Rabu, 20 Februari 2013

87. Macam mana ni...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
09 RABIULAKHIR 1434 (20 FEBRUARI 2013)
Berbuat baik sesama mahluk Allah S.W.T., tetapi orang lain mengambil kesempatan tidak elok ke atas perkara baik yang kita lakukan. Mengambil kesempatan perbuatan baik kita maksudnya  dalam baik kita terkena, tertipu, terpedaya, terperangkap dan menjadi pihak yang dipersalahkan.

Perkara begitu mengajak dan mengajar diri agar bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., sentiasa. Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali., kata Perumpamaan Melayu menasihat dan mengingatkan kita zaman berzaman dan turun temurun.

Maaf kata., perbuatan jahat yang dilakukan generasi terdahulu, yang menanggungnya ialah generasinya yang kemudian, sebagai galang-gantinya., jika sipembuat jahat masih lepas bebas sampai mati. Kuasa Allah S.W.T., tidak siapa pun boleh menggodam kekuasaanNya. Hidup ibarat roda kata bijak pandai. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Paling tidak pun hari ini masih lagi menjadi perompak, peleset, penjenayah, peragut dan sebagainya., agak-agaknya bagaimana hari-hari terakhir nyawanya, andai sipenjenayah itu tidak sempat bertaubat?.

Dalam pada itu Islam tetap mengusulkan kita sentiasa berdoa agar diri sentiasa mendapat Perlindungan dariNya dan juga berdoa supaya yang berbuat jahat, semuga dibukakan pintu hatinya dan Allah S.W.T., memberi hidayah untuk penjahat itu kembali ke Jalan Yang Benar dan diRedhai Allah S.W.T.. Ada pula soalan dari hati kecilku, kalau penjahat itu orang-orang kafir, bagaimana?. Mohon kepada Allah S.W.T., supaya penjahat kafir itu sedar dan ada baiknya didoakan agar sipenjahat kafir  itu akan mengucap Dua Kalimah Syahadah. Kalau tidak pun doakan supaya sipenjahat kafir itu segera tertewas dengan Kekuasaan Allah S.W.T..

Berdoa kepada Allah S.W.T., agar kita sentiasa mendapat rezeki yang berkat juga sebagai satu pelindung diri., dari ancaman jenayah. Menunaikan zakat fitrah dan zakat harta., terselit didalamnya amanah Allah S.W.T., untuk kita. In Syaa Allah rezeki kita yang berfitrah itulah yang melindungi kita dari marabahaya dan malapetaka. Tentu kita tidak sanggup menjadikan diri kita menjadi terancam. akibat tingkah laku dan penampilan diri di khalayak. Wajarkah kita memiliki sifat menunjuk-nunjuk?. Sanggupkah kita kehilangan tangan akibat dicantas penjahat kerana hendak mendapatkan aksesori emas yang kita miliki?. 

Bila kita bermuhasabah diri keranaNya., In Syaa Allah kita beroleh keberkatan hidup., antaranya menemui amalan berbahasa yang lunak, bersopan santun dan lemah lembut sama ada ketika bertutur atau menulis. Menjauhkan diri dari menyinggung perasaan orang lain. Sentiasa merendah diri. Tidak menggarap diri dengan amalan ketuanan. Ketuanan kita sebenarnya ialah Allah S.W.T., kita ini hambaNya, ciptaanNya. Rezeki, Nyawa, Fizikal dan Roh yang ada pada kita semua Allah S.W.T., Yang Punya. In Syaa Allah bila hal-hal begitu dekat dengan kita, perkara-perkara buruk jauh dari kita. 

BerZikir dan berSelawat Nabi S.A.W., In Syaa Allah melindungi kita dari ancaman kejahatan. Bukan niat aku., menulis untuk menunjuk diri bagus. Dengan rasa rendah diri, pengetahuan dan pengalaman sebagai hamba Allah S.W.T., yang terbaiklah aku kongsikan manafaatnya dengan orang lain. Yang utama Nawaitu kita hanya kerana Allah S.W.T.. Selalu kita dengar orang menyebut "nasib baik" dan "nasib tak baik"., dulu aku sebut macam ini. Lebih bermanafaat dan afdhal menyebut Alhamdulillah atau berIstigfar dan sebagainya., yang lebih mendekatkan diri kepadaNya., Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana.


Dalam menggapai kesejahteraan hidup, kesenangan hidup dan kebahagiaan hidup, bukan semua orang dapat melalui jalan mudah. Ada saja halangan dan dugaan. Sebagai contoh semalam sahabat aku ada membincangkan satu perkara "kes ragut"., yang begitu menjadi-jadi abad ini. Sempat juga sahabatku menyoal, kebanyakkan mangsanya siapa?... tentulah wanita. Jadi timbullah cadangan sahabat aku tadi., tidak salah wanita jalan berlenggang macam lelaki. Maksudnya wanita tidak perlu ada beg tangan. Mereka cipta pakaian yang boleh membantu wanita menyimpan barangannya, juga satu impian yang In Syaa Allah jadi nyata satu hari nanti.

Kenalah wanita cari alternatif untuk tidak mewajahkan beg tangannya di kawasan khalayak. Soroklah. Sorok macam mana? pandai-pandailah menyesuaikan keadaan. Tidaklah ketika memandu kereta meletakkan beg tangan ditempat duduk penumpang hadapan., walau pun kereta anda sentiasa berkunci ketika sedang memandu. Menonggang motosikal atau membonceng motosikal dengan menyelempangkan beg tangan., keadaan ini tentu sekali akan menarik perhatian penjenayah.

Akhir kalam, maaf atas tutur tulisku, aku insan yang lemah hamba kepadaNya Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Wassalam.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

muitre. 

Tiada ulasan: