Sabtu, 2 Mac 2013

165. Hikmah Sujud.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Meja pECEq
19 RABIULAKHIR 1434 (02 MAC 2013)



Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan.

Mungkin ramai di  kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi  ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun  ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak  terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,  iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk  ketaatan kepada perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan  sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

Antara Hikmah Sujud

Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya.  Bernafas ketika sujud pula  boleh:

- membetulkan kedudukan  buah pinggang yang terkeluar sedikit 
  dari tempatasalnya.

- membetulkan pundi  peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan  sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud  adalah paling baik untuk berehat dan 
  mengimbangkan lingkungan bahagian belakang  tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah  tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung 
  ketika akan sujud dan bangun daripada  sujud.

- pergerakan otot itu  menjadikan ototnya lebih kuat dan 
  elastik,secara automatik memastikan  kelicinan perjalanan 
  darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan  otot itu menjadikan buah dadanya lebih
  baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar 
  daripada sakit buah dada.

- mengurangkan  kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ  
  peranakan mudah kembali ke tempat  asal serta terhindar 
  daripada  sakit gelombang perut(convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia  menerima banyak bekalan 
  darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika  tiba-tiba menerima 
  pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta 
  terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud  membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus  mengikis sifat sombong, riak, takbur serta membezakan kita dengan syaitan laknatullah, membezakan kita dengan firaun, membezakan kita dengan kafir dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan  sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh  mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal  fikiran  sekali gus menguatkan mentality seseorang. 

Menurut kajian, terdapat  beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan  setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Justeru dengan bersujud akan menyampaikan bekalan darah ke beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sebelumnya.

Kredit: email.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: