Sabtu, 2 Mac 2013

166. Terjemahan Bacaan Talkin.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Meja pECEq
19 RABIULAKHIR 1434 (02 MAC 2013)
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
 
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang
baik dan siapa yang kecewa.
 
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran
kepada orang yang masih hidup.
 
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan inasa,melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita 
sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
 
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.
 
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku 
bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, 
dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
 
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka
janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau 
serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
 
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
 
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
 
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
 
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, 
janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
 
Hendaklah kamu jawab begini:
 
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam Agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
 
Baitullah itu Qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan 
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah 
Muhammaddur rasulullah".
 
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam 
alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan 
semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
 
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira 
segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, 
ada syurga dan neraka adalah benar.
 
Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
 
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala.
 
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala 
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada 
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan 
akan memberi  keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima 
segala amal kebajikan kamu.
 
 
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
 
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinw 
alhamdulillahi rabbil alamin.
 
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
 
Firman Allah S.W.T., "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal 
soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang 
ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .
 
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun satu ayat..."
 
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN"
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
 
Bertanya orang kepada Rasulullah SAW : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
 
Maka jawabnya Rasulullah SAW "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."
 
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas
SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. 
Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah 
debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka 
melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga 
setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah 
pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.  
 

Kredit: email.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: