بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
19 RABIULAKHIR 1434 (02 MAC 2013)
Asal 4 Batang Sungai Di Syurga.
Bersabda Nabi Muhammad S.A.W., "Semasa aku Isra' dan naik
ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku
untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah.
Aku lihat di dalamnya terdapat (4)
empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari
susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan
ada airnya yang tidak masin. Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman
Allah di dalam al-Qur'an: "Didalam Syurga itu ada sungai yang airnya tidak
masin. Ada sungai yang airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai
dari arak yang lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s: "Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya
sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?". Jibrail a.s menjawab: "
Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar,
asalnya tidak aku ketahui".
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah
seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia
munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula,
aku berada dekat sepohon pokok yang besar. Aku lihat ada sebuah kubah yang amat
besar diperbuat dari permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari
jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas. Dan, aku lihat mengalir empat batang
sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan
bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?".
Aku pun
bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci?
Dimanakah kuncinya". Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam
tanganmu". Tanyaku : "Dimana?". Jawabnya: "Cukuplah engkau
ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim". Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun
terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat
menakjubkan ciptaan Allah Azza Wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya
dari (4) empat buah liang yang besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, Malaikat
itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat
permandangan ini?. Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah
engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu
memancutkan airnya".
Lalu, aku perhatikan sekali lagi.
Aku lihat terdapat
kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya.
Dari
huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
Dari lubang huruf ha'
perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari Lubang huruf min perkataan
Arrahmaan, keluar air sungai arak.
Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim,
keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari
umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air
sungai ini di akhirat kelak.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
oitg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan