بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
19 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 02 Mac 2013.
2 Kisah Negara Kota.
1. PM Lee: Jadikan jimat air projek nasional
WARGA
Singapura harus memainkan peranan menjimatkan air, sedang pemerintah
mendirikan infrastruktur penting seperti Bendungan Marina untuk terus
membekalkan air bersih kepada semua.
Demikian kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di pelancaran sambutan Hari Air Sedunia di sini semalam.
Dalam acara di Bendungan Marina itu, Encik Lee menggesa warga
Singapura agar menjadikan penjimatan air sebagai satu projek kebangsaan.
"Pemerintah berperanan dalam membangunkan infrastruktur, kolam air,
taman-taman dan rangkaiannya. Tapi ia juga bergantung kepada semua,
setiap orang,'' kata Encik Lee.
Beliau menambah, warga Singapura harus bekerjasama menjimatkan
penggunaan air dan melakukannya menerusi cara yang berbeza dan
kadangkala melalui cara yang 'comel'.
Memberi contoh, Encik Lee berkata salah satu idea 'comel' menggalak
penjimatan air ialah seperti yang diusahakan projek Let Aaron Shower
atau 'Benarkan Aaron Mandi', menunjukkan seorang pelajar politeknik
berusia 19 tahun berikrar tidak mandi sehingga mendapat sejumlah orang
bagi menyokong mesej menjimatkan air yang disampaikannya.
Sekitar 18,000 orang berada di Bendungan Marina bagi menyambut Hari Air Sedunia di sini.
Turut hadir ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan.
Sambutan tahunan itu dilancarkan apabila Encik Lee menuang secangkir
air yang dikumpul daripada beberapa kolam air di sini ke dalam sebuah
bekas.
Ia melambangkan peri pentingnya kolam-kolam air tempatan sebagai satu sumber bekalan air.
Berikutan itu, Encik Lee dan Dr Balakrishnan naik ke bumbung
Bendungan Marina bagi menyertai lebih 3,000 penduduk Singapura membentuk
setitis air raksasa.
Pembentukan titisan air itu melambangkan usaha bersama menjimat air.
Selain di Bendungan Marina, sambutan turut diadakan di lima lagi
lokasi di serata negara iaitu di Lorong Halus Wetland, Sungai Geylang,
Kolam Air Lower Seletar, Sungai Kallang@Bishan-Ang Mo Kio Park dan Jurong Lake.
Di Kolam Air Lower Seletar, sekitar 4,600 peserta berpeluang
menyertai acara berjalan pantas, klinik memancing dan pertandingan
masyarakat bot naga yang diadakan di sana.
Di Lorong Halus Wetland pula, hampir 1,000 peserta termasuk Timbalan
Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, menyertai acara berkelah
beramai-ramai manakala di Sungai Kallang@BishanAng Mo Kio Park seramai 6,000 peserta berpeluang menyertai acara berjalan pantas beramai-ramai dan senaman yoga.
Beberapa acara juga berlangsung di lokasi lain termasuk kolam air
Pandan, Marina, Kranji Marshlands, Berlayer Creek dan Pusat Pelawat
NEWater pada hujung minggu ini dan hujung minggu depan bagi meraikan
Hari Air Sedunia yang disambut setiap tahun pada 22 Mac.
17 Mar 2013
2. Sistem S'pura faktor kejayaan Ustaz Alfian
PENCAPAIAN
beliau dari sebuah sekolah kejiranan hingga ke Universiti Columbia
tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa usaha gigih dan sokongan
masyarakat.
Bagi Presiden Mahkamah Syariah, Ustaz Alfian Yasrif Kuchit, beliau
menyifatkan peluang dan modal yang disediakan sistem Singapura
mendorongnya mendaki tahap pencapaian yang lebih tinggi.
Meraih pendidikan di sebuah sekolah rendah kejiranan, kemudian di
Sekolah Victoria dan seterusnya di Maktab Rendah Victoria, beliau
didorong mendalami bidang sains kemasyarakatan oleh guru-guru sastera,
sejarah dan bahasa.
"Mereka bukan sekadar mengajar fakta untuk dihafal bahkan kepentingan
memikirkan isu-isu masyarakat serta keprihatinan kepada yang lemah dan
terpinggir," kata Ustaz Alfian, 35 tahun.
Pencapaian beliau diketengahkan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim di Parlimen kelmarin.
Kisah Ustaz Alfian, menurut Dr Yaacab, adalah antara contoh
pencapaian masyarakat Melayu/Islam yang berjaya memanfaatkan peluang
dalam sistem Singapura yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan
meritokrasi.
Dalam wawancara bersama Berita Minggu semalam, Ustaz Alfian turut menekankan sokongan masyarakat antara kunci pencapaiannya.
Di sekolah beliau akrab dengan guru-guru Melayu yang mendedahkannya
kepada buku agama dalam bahasa Melayu seperti karya Allahyarham Profesor
Hamka.
"Saya juga berjiran dengan guru-guru agama seperti Ustaz Sallim
Jasman dan Allahyarham Ustaz Mofradi yang mendedahkan saya kepada dunia
asatizah," ujar beliau.
Hasil keputusan baik dalam peperiksaan GCE 'A', beliau memohon dan
berjaya meraih Biasiswa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Biasiswa
itu dijadikan modal melanjutkan pengajian dua ijazah (Undang-Undang dan
Syariah Islam) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Selain modal ilmu, pusat pengajian itu memberinya modal rangkaian kenalan yang membuka pintu peluang yang lebih luas.
Ramai gurunya berpendidikan madrasah, yang kemudian melanjutkan
pengajian sarjana dan PhD di univeristi terkemuka di Britain. Ramai
teman sekuliahnya juga kini berjawatan tinggi dalam bidang korporat dan
pemerintah.
"Pengalaman saya di Malaysia memberikan inspirasi bahawa saya juga
mempunyai kebolehan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dan PhD,"
katanya.
Sistem pendidikan Singapura yang menekankan penggunaan bahasa
Inggeris turut memberi modal mempertingkatkan ilmu - membantunya
menyelami bahan-bahan pembelajaran.
Digabung dengan modal sosial seperti persahabatan dengan seorang
profesor lulusan Universiti Cambridge, Ustaz Alfian berupaya mendapatkan
maklumat cara membuat permohonan ke Universiti Columbia di New York,
salah satu pusat pengajian terkemuka di dunia.
"Kesemua modal itu serta sokongan kewangan daripada masyarakat
membolehkan saya kemudian meneruskan pengajian sarjana undang-undang di
Universiti Columbia," katanya.
Di Parlimen kelmarin, Dr Yaacob menyebut Ustaz Alfian sebagai Presiden paling muda di Mahkamah Syariah.
Namun, ketika ditanya tentang pencapaian tersebut Ustaz Alfian
berkata tumpuan utamanya 'meneruskan usaha murni Mahkamah Syariah dalam
menangani isu-isu masyarakat'.
Selain tugas di Mahkamah Syariah, Ustaz Alfian juga merupakan anggota Jawatankuasa Penasihat Bioetika (BAC).
Jawatankuasa peringkat nasional itu mengkaji isu-isu etika, guaman
dan sosial berkaitan penyelidikan biologi manusia dan kesannya kepada
masyarakat.
Mengenai masa depan masyarakat Melayu, Ustaz Alfian yakin lebih ramai di kalangan masyarakat boleh mencapai kecemerlangan "Sebagai sebuah masyarakat, kita boleh mencapai kecemerlangan
sekiranya kita dapat memupuk satu lingkungan di mana kita dapat
menyokong dan menggalakkan fikiran yang luas, pada masa yang sama
masyarakat juga perlu berperikemanusiaan, yang sedia bersuara untuk
golongan yang tertindas.
"Kita juga perlu mengikuti perkembangan ilmu dan wacana kesarjanaan,
yang sentiasa memikir dan mempersoal maklumat yang diperolehi, "Hasilnya kelak kita berupaya menjadi insan pemangkin idea bernas
yang menghargai warisan serta kebudayaan manusia. Kita boleh menjadi
insan yang menulis untuk meneroka pemikiran dan tidak mudah termakan
dengan cogan-cogan kata yang indah," ujar Ustaz Alfian.
shared Cosmas Jep's photo.
shared Huk alorhhhhh.'s photo.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan