Isnin, 25 Mac 2013

238. Money, Media dan Machinery.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

KUALA LUMPUR 24 Mac: Hanya parti politik yang takut kehilangan kuasa akan merancang agenda untuk melakukan huru hara ketika pilihan raya umum (PRU), kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah. “Pihak yang takut kalah itu sebelum ini berpaut dengan 3M untuk terus berkuasa iaitu Money (wang), Media dan Machinery (jentera).

“Selepas duit dan media gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka, maka jentera seperti samseng akan digunakan untuk membuat kekecohan ketika PRU nanti,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz dalam laporan media hari ini mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha pihak tertentu menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam PRU ke-13. Pengerusi SPR itu mendakwa demikian berdasarkan nota diterimanya, berhubung panduan menimbulkan protes kesahihan kertas undi.

Mengulas lanjut, Borhan menasihati suruhanjaya itu agar menangani khabar angin itu secara bijaksana kerana dibimbangi akan menakutkan pengundi. “SPR sebaliknya perlu bertindak proaktif bagi membasmi kejadian seumpama itu,” ujarnya ketika dihubungi. Menurutnya, Pakatan Rakyat juga sedia memberi kerjasama penuh dengan SPR bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari pengundian.
                                                         Pengerusi SPR Kerajaan Malaysia.
Sebelum ini, media kawalan Umno cuba menggambarkan Pakatan Rakyat akan melakukan huru hara sekiranya kalah dalam PRU. Namun hal sebaliknya berlaku apabila program-program Pakatan menjadi sasaran serangan ganas dan samseng dari Umno BN.

Terbaru, sekumpulan samseng dipercayai penyokong Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu ketika menuju ke Kampung Melayu Majidee di Johor, malam tadi.

Dalam tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya tujuh kejadian serangan samseng dilapor berlaku dalam program Pakatan, antaranya di Selangor, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. ~keadilandaily

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: