Isnin, 25 Mac 2013

239. Apa yang sering kita hadapi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Dalam meniti hari-hari kehidupan macam-macam perkara kita temui. Sama ada perkara itu sesuatu yang seronok kita tempuhi atau menjadi sebaliknya. Sebagai individu dan ahli masyarakat, bijak-bijakkanlah diri menilai dan merumus sesuatu perkara itu dengan sebagus mungkin.

Ada orang suka bercerita dan kita menjadi pendengar yang setia. Tidak komen, tidak mengiakan atau membantah apa yang kita dengari. Apa pun tergantung kepada orang yang sedang bercerita. Kita juga akan menemui seseorang yang boleh bercerita tetapi tidak memiliki sikap dan sifat pendengar yang setia.

Pendengar setia tidak akan menceritakan hal yang diperdengarkan, kepada orang lain dengan sewenang-wenagnya. Lebih-lebih lagi perkara yang bersangkut paut dengan aib seseorang. Lagi pun orang yang bercerita penuh dengan pengalaman, punya skil yang tidak kita punyai dan yang berkata cerita bijak menghuraikan sesebuah kisah. Jadi kita terimalah keadaan itu seadanya, di pihak diri kita.


Sesetengah orang boleh bercerita merangkumi hal-hal seseorang, tidak kira sama ada orang itu masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Tidak menjadi hal jika perkara yang diceritakan itu sebagai sesuatu perkara yang bagus tentang seseorang.

Bagaimana pula halnya jika apa yang diceritakan itu merangkumi hal-hal yang buruk seseorang yang telah meninggal dunia, yang pernah dilakukan semasa hayatnya. Kalau yang ada perasaan simpati atau bertentangan pendapat, tentu rasa sedih bila perkara sedemikian digembar-geburkan.

Hidup manusia berbagai ragam. Kalau kita mendengar seseorang mengumpat tentang seseorang yang lain, tidak dinafikan kemungkinan kita juga akan diumpat-kejinya, bila pengumpat itu berbual pula dengan orang lain. Ubatnya berwaspadalah bila berhadapan dengan orang yang sedemikian sikap dan sifatnya.

Manusia pengumpat ini, bolehkah kita kategorikan sebagai orang yang boleh dipercayai?. Lebih malang lagi jika hasad dengki menjadi amalan. Sebaik-baiknya elakkanlah diri kita dari bercerita tentang hal orang lain, terutamanya keburukkan seseorang. Itulah caranya untuk mengelak diri dari ber"title"kan "pengumpat".

Katakanlah seseorang itu kesempitan wang dan telah meminta jasa baik kita untuk berhutang. Wajarkah kita bercerita dengan orang lain, tentang keberhutangan seseorang itu dengan orang lain?. Sedangkan orang itu seorang yang jujur, boleh dipercayai dan tidak pernah memperagakan jajaan hal peribadi kita kepada orang lain. Lainlah halnya dengan orang yang berhutang tetapi penipu. Maksudnya beria-ia berhutang tetapi jauh di lubuk hati, untuk tidak akan melunaskan keberhutangannya itu.

Berwaspadalah mencari teman atau kawan. Tidak mudah teman itu menjadi sahabat dan tidak semua kawan itu sahabat. Kawan adalah teman sewaktu kita suka, sahabat adalah teman sewaktu kita gembira dan juga masa duka. Orang dulu-dulu pernah berkata "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya" dan "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: