Isnin, 25 Mac 2013

243. Macam-macam bukan semacam ada.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

 nedruto • Jumaat Lepas Saya Kebumikan Emak Tiri Saya 
Jumaat lepas saya kebumikan emak tiri saya. Beliau meninggal di kampung kerana kebocoran usus. Sebelum ini saya tidak pernah turun sendiri ke dalam liang lahad. Itu pertama kali. 

Saya agak emosi dalam liang lahad emak tiri saya kebetulan masa itu saya sedang memangku kepalanya dan kain kafan pula terbuka menampakkan mukanya, dengan jelas saya memandang wajah pucatnya. Saya lebih teremosi. Kerana hari itu saya baru sedar. Kematian itu perkara benar. 

Bukan gurauan. Baru juga saya sedar, kecilnya liang lahad saya nanti, gelapnya tempat saya nanti. Saya juga begitu bakal dikebumikan keseorangan.

Untuk beberapa hari sebenarnya saya agak termenung. Terfikir. Kalau itu pengakhiran saya nanti, saya sebenarnya takut. Sangat takut.Tidak bersedia mungkin. Terasa seperti tiada bekal yang dibawa. Rasa kosong. Untuk berhari-hari saya pura-pura tidak kisahkan rasa takut itu. 

Tapi hari ini mungkin kerana terlampau banyak benda depan mata yang buat saya rimas. Jadi rasa takut saya kembali.

Rimas kerana saya terbaca tentang "fatwa lapuk" dari peserta ratu cantik, pasal "abang" saya tak romantik tapi saya bersyukur pada Tuhan, pasal cantiknya awak kalau pakai produk Kak Ton hari raya nanti" dan yang paling tragis "kita dah kapel seminggu, yeay". (Lagi saya tengok. Kali ini tidak rasa kelakar.)

Rimas betul. Entah kenapa.

Sebab sebenarnya saya cuma ingin khabarkan lebih-lebih lagi kepada peserta ratu cantik tu kalau sebenarnya dengan masuk pertandingan tu boleh membantu di dalam liang lahad sana, jadi teruskanlah. Jika rasa tidak, tariklah diri. 

Betul juga kubur masing-masing. Cumanya nanti akan ada manusia yang tidak angkuh bukan seperti anda untuk solatkan anda, bersusah-payah gali tanah dan masukkan anda ke dalam sana.

Kepada yang selalu meluahkan rasa hati "abang saya begitu, tidak begini, mengapa tidak seperti yang lain, oh saya bersyukur" lagi sekali kalau itu akan membantu anda di alam kubur, teruskanlah dengan perkara-perkara remeh itu. Kerana nanti anda akan ditinggalkan seorang-seorang dengan perkara remeh-remeh tersebut.

Ada lagi satu, kepada yang tidak henti-henti drama, menipu, suka sembang tahap "tidak agak-agak" kononnya kalau tiada fb boleh mati, boleh mati jiak tidak bersama kekasih tercinta, biar mati dari tidak dapat hidup bersamalah, pendek kata suka benar dengan kematian, teruskanlah. Sebenarnya jika ingin rasa pengalaman mati-mati ini, bolehlah cuba duduk liang lahad dalam 2-3 minit, untuk lebih selesa berbaringlah. 

Untuk kesan yang lebih mantap kambuskan sahaja tanah itu biar rasa seperti kematian tulen. Jika suka, silalah berehat lama-lama pun tidak mengapa. Kalau tidak suka, hentikanlah drama-drama ini, penipuan-penipuan ini dan sembang-sembang ini.

Jangan salah faham, ini bukan nasihat. Siapalah saya nak menasihat. Cuma satu entri ceritatakbenar.

http://ceritatakbenar.blogspot.com/2013/07/jumaat-lepas-saya-kebumikan-emak-tiri.html

Jom ke sini : http://grenlifee.blogspot.com
Cedukkan dari (virtualfriends.net).

Bestt : Pesawat pemadam Api Terbesar Dunia
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Kecantikkan Paling Menyeksakan..
Popular : Stesen Keretapi Yang Unik
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kapal Penumpang Terbesar Dunia
Meriah : Eskalator Terbesar Dunia
Mewah : Tower Bridge London Diciplak

Dan Banyak lagi di Green Life..

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 


Tiada ulasan: