Isnin, 25 Mac 2013

244. Aku jadi segan, kalau ...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Jom teman aku pergi ... ... Aku pun ada kelapangan dan menyetujui untuk menemaninya pada hari tersebut. Kadang-kadang kerap juga kawan kita, mempelawa kita menemaninya.

Sekerap itu pasti kadang-kadang kita berhenti untuk makan minum. Takkanlah segala-galanya mahu percuma. Jadi kawan yang baik, walau pun kawan kita itu bagus orangnya, tidak kira mengira, bukanlah untuk menjadi peluang kita segala-galanya adalah percuma dan dibawah tanggungan.

Sepatutnya terfikir jugalah untuk sama-sama tuang minyak kereta dan membelanja rakan yang mempelawa kita menemaninya itu. Bukannya mudah mendapat kawan yang baik dengan kita.

Tidak dinafikan tentu ramai yang jumpa kawan kaki bedal. Memang walau 10 kali pun kita belanja dia, belum boleh menggerakkan hati dia untuk mencuit dompet duitnya. Rugi besar agaknya kalau membayar. Orang kedekut ini macam-macam alasan adanya.

Segala-galanya hendak percuma, sedangkan sesetengah fasiliti di Malaysia masuk tandas pun kena bayar. Itu pun minta juga duit kawan, alasan "aku tak ada duit silinglah?. Orang yang menjaga tandas, bukan tak ada duit tukaran pun.

Berpada-padalah dalam menjalankan ibadah iteraksi dalam masyarakat. Sebenarnya payah hendak menyukakan orang lain. Muhasabah dirilah seadanya kerana Allah S.W.T.. Bukan niat diri hendak mengata, tetapi kalau tidak dibongkarkan perkara sebegini, kita pun tidak sedar yang kita telah silap besar dalam pergaulan.

Ada sesetengah orang masa susah dia cari kita. Masa dia sudah senang dia akan lupakan kita terus. Ada yang terus mengelak dari bersua muka dengan kita. Senang kata menyorokkan diri dari pandangan kita atau pun buat-buat tidak nampak.

Lebih teruk lagi buat-buat tidak kenal. Eh! awak siapa ye?. Aduhai ... suaranya seperti aku pernah dengar, tetapi bila dan di mana ye ... jawab ajelah di dalam hati.

Rumusannya jadi kawan, jadi sahabat, jadi teman, usahlah mengharap balasan dari orang lain. Mudah kata pandai-pandailah membawa diri. Sejujurnyalah dalam melayari kehidupan sementara ini, sementara kematian belum menjemput kita atas perentah Allah S.W.T.. Manusia adalah hambaNya.

Wassalamu.
DNA Towers Project, Abu Dhabi. Beautiful world. Nature, love, art.-^_.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: