PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
Si kitol lagi.....
Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia. Saya terfikir di sudut manakah situasi ini cuba diperkaitkan.
Siapa sebenarnya memecahbelahkan orang melayu ? Siapa sebenarnya si kitol dalam konflik di Perak ini. Watak hitam Si Kitol yang menyuburkan api permusuhan dengan dendam kesumat, fitnah, nafsu dan rasuah ini sebenarnya lebih menepati kerajaan haram yang tertubuh di Perak sekarang. Merekalah ‘Si Kitol’ sebenarnya yang menjual ‘kedaulatan suara rakyat’ demi kepuasan nafsu mereka untuk berkuasa.
Si kitol lagi.....
Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia. Saya terfikir di sudut manakah situasi ini cuba diperkaitkan.
Siapa sebenarnya memecahbelahkan orang melayu ? Siapa sebenarnya si kitol dalam konflik di Perak ini. Watak hitam Si Kitol yang menyuburkan api permusuhan dengan dendam kesumat, fitnah, nafsu dan rasuah ini sebenarnya lebih menepati kerajaan haram yang tertubuh di Perak sekarang. Merekalah ‘Si Kitol’ sebenarnya yang menjual ‘kedaulatan suara rakyat’ demi kepuasan nafsu mereka untuk berkuasa.
Cuma apa yang terbayang pada saya dalam hal kejatuhan Melaka, bukan Si Kitol saja yang jadi puncanya. Sultan Melaka yg pada masa itu sangat lemah dan buta mata hati juga terlebih dahulu patut disalahkan. Kezaliman raja dan pengabaian terhadap rakyat oleh raja itu terlebih dahulu patut dikecam.
Baginda tidak tahu menilai yang mana intan yang mana kaca . Raja yang tidak mempercayai kejujuran bendaharanya dengan mudah menerima fitnah tanpa mahu terlebih dahulu untuk usul periksa adalah raja yang tiada keadilan. Raja itu juga tiada ketelitian apabila menggantikan pembesar-pembesar yang baik di Melaka dengan mereka yang rendah moral mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa menjadi pembantu baginda adalah punca kemusnahan baginda sendiri.
Bayangkan Raja Melaka langsung tidak peka pada perubahan di Melaka. Baginda leka dengan kemewahan dunia dan banyak ‘berehat’ di istana. Sedangkan di kalangan rakyat Melaka pengamalan Islam mereka semakin lama semakin pudar. Rasuah, fitnah, dendam, permusuhan dan pecah belah semakin menular di kalangan rakyatnya…..suara rakyat yang mencemuh kezaliman baginda langsung tidak diendahkan kerana tenggelam dalam nafsu ‘rajanya’.
Akhirnya bila Melaka di ambang kemusnahan barulah baginda Raja sedar bahawa Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mendorongnya melakukan banyak kezaliman. Orang yang baik, beriman, jujur dan taat setia seperti bendahara Tun Mutahir telah menjadi mangsa baginda. Baginda mula mengeluh mengatakan sepatutnya baginda teliti dan selidiki dahulu sesuatu perkara sebelum memutuskan apa-apa keputusan darinya.
Ketika baginda menangis kesal di atas dosa-dosanya, sudah tidak apa lagi yang boleh baginda ubah. Nasi bukan sahaja menjadi bubur, tetapi turut basi dan tiada dapat dimanfaatkan lagi. Baginda hilang takhta dan kerajaannya. Kedua-duanya sekali.
Tentu sesiapa pun tidak mahu sejarah di Melaka turut berulang
di Perak. Sultan Mahmud Shah mengharapkan masa dapat diundur ke belakang agar
baginda dapat menebus semula dosa-dosanya. Tapi apa yang berlaku baginda tetap
terpaksa belayar ke Kampar melintasi selat Melaka dengan linangan airmata . “
Selamat tinggal Melaka. Negeri yang dulunya makmur kini terjajah akibat
kesilapan seorang sultan” kata sultan Mahmud
Shah..........................................
Sedutan dari: khamleng
shafeeq berkata,
ummuhanah berkata,
dasyat juga sebenarnya sejarah kita ni…:D
rahman berkata,
kita lihat bagaimana kisah begini sebenarnya telah berlaku pada zaman firaun dahulu….sebagaimana firaun dilantik menjadi pemerintah,melantik pula penasihatnya hamman…
kita lihat bagaimana seorang manusia yang diberi secebis kelebihan oleh ALLAH apabila dikurniakan jawatan dan kuasa untuk mentadbir negara dan dikurniakan keistimewaan oleh ALLAH pada lakhnatullah firaun ini iaitu tidak pernah sakit sepanjang hidupnya.akan penyebab kelebihan dan keistimewaan ini…maka riak,sombong,angkuh dan takabburlah si firaun ini sehingga sanggup mengaku bahawasanya dia adalah tuhan…
apakah tiada insan yang memberikan nasihat atau petunjuk pada firaun ini?
tentu saja ada….sebagaimana diutuskan seorang rasul iaitu MUSA A.S yang membawa kitabullah taurat untuk peringatan dan panduan bagi semua umatnya pada masa itu termasuklah firaun.
apakah tiada nyawa yang terkorban sepanjang perjalanan dakwah nabi MUSA A.S?
ya..tentu saja ada….mungkinkah 10,mungkinkah 100,mungkinkah 1000 atau mungkin lebih dari itu…
namun,kita tidak akan lupa akan kisah seorang wanita yang gugur sebagai syahid.seorang wanita yang rela mati kerana mempertahankan akidahnya.seorang wanita yang dikurniakan keistimewaan oleh ALLAH akan jasad syahidnya yang harum mewangi sehingga hari kiamat.itulah wanita yang bernama MASYITAH….
apa yang den nak sampaikan disini adalah,sejarah akan berulang dan terus berulang…mungkin tidaklah sampai mengaku tuhan,namun sifat riak,sombong dan ketamakan terhadap harta dunia tidak kalah seperti firaun.ditambah pula penasihat2 ala2 hamman yang memberi nasihat kearah kehancuran keatas sultan.lebih parah lagi apabila ada penasihat agama yang menjadi kaki bodek yang mengejar kemewahan dunia berbanding memperkatakan perkara yang benar kerana takutkan murka ALLAH….sanggup memalsukan hadith sepertimana yang dikeluarkannya dalam BERNAMA….’Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat.”….tidak takut dengan amaran RASULULLAH dalam hadithnya..”Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat dalam neraka Allah”(Sahih Al-Bukhari).
semoga ALLAH melakhnat pembuat hadith palsu….
apakah seorang sultan(pemerintah) itu mampu menjadi sultan(pemerintah) yang adil dan jujur dalam memegang amanah seperti UMAR IBNU AZIZ sekiranya melantik penasihat2 seperti orang atasan UMNO?
apakah seorang sultan(pemerintah) itu mampu memartabatkan agama ALLAH seandainya dibantu oleh penasihat agama seperti mufti yang wilayah yang mengeluarkan hadith palsu itu?
sejarah akan berulang dan akan berulang….
INSYALLAH….sebagaimana amukan sijebat yang menderhaka kepada sultan dek kerana marahkan ketidakadilan yang terpampang didepan mata….
PARTI RAKYAT juga akan mengamuk bak jebat yang dianggap penderhaka itu….
bukan menggunakan taming sari…..bukan jua menumpahkan darah kebumi….
kepercayaan rakyat dicari…..kita hancurkan umno dan barisan nasional pada pru13 nanti….
takbirrrrrr……….
Who is the modern Si Kitol? Barisan or Pakatan? « On da street berkata,
rahman berkata,
sekali lagi den dah terbuat macam blog den….
sori kak cik….
hehehehe……..
ummuhanah berkata,
tapi ia satu perkongsian yang menarik…terima kasih…..tapi lambat lagi la rahman nak tunggu masa untuk keluarkan taming sari kita tu….pru13 banyak tahun lagi oooo…..kak cik rasa yang paling dekat dua bukit yang ada kat perak dan kedah ni…..kak cik berdoa kita menang besar kat Bukit Gantang dan Bukit Selambau….Allahuakhbar
.cuma sedikit kebimbangan….nampak gaya najib dan soldadunya agak ganas berpolitik….entah apa lah percaturan mereka di Perak nanti, teruk nampak ‘aksi’ najib sebulum naik takhta ni….ishh….kena husnu zhon nih…
ummuhanah berkata,
there’s no doubt that we have many moden si kitol in UMNO…
ondastreet berkata,
pertama sekali, nukilan yang baik. Dan sebab itulah saya linkkan artikel ini ke artikel saya.
Tentang siapa Si Kitol Moden, terpulang kepada persepsi masing-masing. Ramai berpotensi, baik daripada Barisan, Pakatan mahupun orang kebanyakan. Cuma, saya harapkan tiada Si Kitol zaman Moden. Artikel ini dan artikel yang saya nukilkan sekadar luahan pendapat dan harapan seorang rakyat supaya tiada Si Kitol.
Wallahualam..
ummuhanah berkata,
UMNO ibarat menunding jari telunjuk kepada pakatan rakyat sedangkan 4 jari lagi menunding pada diri sendiri….saya nampak mereka lebih dekat dgn kitol, terutama dari segi makan suapnya dan tamak haloba…
saya tak boleh menjiwai tulisan TDM yg anda sertakan diblog anda…kerana sedari awalnya saya menolak apa saja tulisan berbaur kesedaran utk kembali memartabatkan bangsa …..kerana saya tak rasa hebat sangat pun berstatus bangsa melayu…..kenapalah ramai org bila bercerita ttg Melaka, mesti berpusat pada kehebatan bangsa melayu ??
rasa kira kehebatan melaka yang pernah gah namanya dimata dunia bukan kerana bangsa melayu yang menjadi sandaran tulang belakangnya….tetapi kerana kekuatan Islam yang semakin disemai dlm kehidupan masyarakat rakyat maupun istana ….. kekuatan raja-raja yang tinggi minatnya terhadap agama, termasuk tun perak dalam hal kesufiannya….ini yg kita tak highlightkan sangat bila bercerita tentang kehebatan kesultanan Melaka.
ondastreet berkata,
Saya hormati pandangan anda, dan sebab itulah saya “link”kan artikel anda ke artikel saya untuk pembaca membuat penilaian sendiri.
Saya sesungguhnya bersetuju, Islam itu lebih besar ertinya daripada Melayu. Amat jauh. Tiada bandingan. Islam merentasi bangsa, kaum mahupun etnik.
Jika anda merasai tidak rasa hebat sangat pun melayu, itu hak anda, dan saya tiada niat mahu mempersoalkannya. Cuma, saya pinta, jangan terus menuding UMNO semata, kerana atas asas yang sama, tiada siapa yang sempurna.
Jika PAS mahu memartabatkan Islam, saya sokong. Hudud? Saya sokong. Tetapi mengapa harus bersatu dengan DAP yang terang-terang menentang pembentukan negara Islam? PAS tiada mempunyai isu-isu yang berat, tetapi mengapa harus bersatu dengan parti-parti yang mempunyai masalah? Saya sendiri telah menegaskan PAS lebih kuat sekarang, dan tentu lebih kuat tanpa Pakatan.
Satu lagi, mengapakah PAS mengkafirkan UMNO? Apakah semua yang masuk UMNO kafir? Apakah maknanya kafir? Dan, satu yang saya kurang faham (dan harap anda boleh terangkan), apakah hak untuk mengkafirkan UMNO? Kita sesama agama. Apakah kerana berlainan ideologi politik jatuh hukum kafir?
Saya tidak dapat mencari mana-mana kisah, hatta kisah antara Sunnah Wal Jamaah mengkafirkan pengikut Syiah dan begitu juga sebaliknya. Bertentangan ideologi ya, tetapi tidak menjatuhkan hukum kafir antara mereka. Tolonglah beritahu dan jelaskan. InsyaAllah, mudah-mudahan penerangan dari anda akan memberi kefahaman tentang kekafiran UMNO dan mulianya PAS.
Harap anda dapat jelaskan.
Sebagaimana nama yang saya gunakan, terdapat pelbagai pendapat di jalanan. Bezanya, apakah kita mampu menghormati pandangan orang lain dan berbicara secara ilmiah. Dan saya harapkan kita dapat berbincang secara ilmiah.
Wallahualam…
rahman berkata,
sebab raja/sultan pada hari ini tiada kuasa seperti raja/sultan dulu2….
kalau ada pun…dah tak perlu si kitol tu menjaja fitnah kepada pemerintah semata mata untuk menjatuhkan seseorang…kerana si kitol itu sendiri telah menjadi pemerintah….boleh menjatuhkan sesiapa sahaja hatta si raja itu sendiri…..
ondastreet berkata,
ummuhanah berkata,
saya sebolehnya tidak mahu tegang dgn pengunjung blog saya, mereka tetamu yang saya hormati. Kalau ada respon saya yang nampak keras, saya minta maaf.
saya menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, tapi kerana unsur jahat yang ada dlm perjuangan UMNO. Saya tahu pas bukan sempurna tapi ia jauh lebih baik dari UMNO….kalau pun saya nampak keterlaluan menunding kesalahan pada UMNO itu sebab saya tak jumpa di sudut mana saya patut memuji UMNO…..
anda marah kerana bersatu dgn DAP yang menentang Islam , tapi anda tak pula marah UMNO yang memutarbelitkan Islam. Anda marah pada parti kufur seperti DAP kerana menolak Islam tapi anda tak pula marah parti melayu UMNO yang ragu-ragu dgn Islam.
Saya tahu cita-cita hudud sukar dicapai dlm kerjasama dgn DAP tetapi cita-cita itu hampir mustahil dicapai jika bekerjasama dgn UMNO….kerana UMNO tidak pernah menyimpan hasrat utk itu bahkan menimbulkan banyak penentangan dan keraguan kepada org ramai terhadap keadilan hudud.
Anda perlu lebih halus dlm meneliti, pas bukan bersatu dengan DAP sebab penyatuan membawa nilai hubungan yg sangat akrab sehingga boleh saling meresap antara satu sama lain.Pas sekadar saling bekerjasama dgn DAP di atas beberapa perkara yang boleh diambil sikap kerjasama, sebab itu dalam banyak hal anda akan melihat sekali pun didalam barisan pakatan pas dan DAp masih banyak perbezaan.
saya tahu pakatan ini sangat banyak halangan kerana matlamat perjuangan yg berbeza. Tapi ia masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan yg saya kira memberi keuntungan utk kemenangan parti Islam. Saya menilainya sebagai sebahagian strategi perjuangan….tapi mungkin ada yg merasakan ia mengadai prinsip dan pegangan.
harap anda tidak lagi highlightkan isu kafir mengkafir….ia sudah lapuk lagi basi dan menjadi senjata UMNO yang tumpul utk menentang pas apatah lagi kita telah mendapat banyak ‘pencerahan’ dalam isu ini. Tidak ada sesiapa pun diantara kita yang berhak utk menghukum kafir pada sesama kita selagi dia tidak secara terangan mengaku murtad.Itu jelas. kalau ada diantara ahli pas yg pernah mengkafirkan UMNO maka ahli pas itu salah dan dia perlu dimuhasabah supaya tidak mengulanginya. Tapi sebagai muslim kita boleh mengatakan kufur pada perbuatan yg menolak Islam dan boleh mengatakan batil pada perbuatan dan perjuangan yg tidak di atas landasan Islam.Cuma saya ingin bertanya isu kafir mengkafir ni muncul semula ke ?….masih ada org pas yg mengkafirkan UMNO ?
ondastreet berkata,
Saya tidak marah, sedikit pun tidak. Isu kafir ini tidak timbul sebagaimana dulu, tetapi, saya cuma harap dapat penjelasan, kerana saya tidak dapat jawapan yang jelas kenapa isu itu timbul dahulu. Itu sahaja. Maaflah jika lawatan saya ke blog ini menimbulkan suasana tegang.
Anda berhujah dengan baik dan professional, dan saya hormati. Soalan-soalan saya lebih kepada mendapatkan pandangan, bukan tandanya saya marah. Soalan-soalan sebegini memang saya tanyakan kepada yang lain, dan tidak semua dapat menjawab sebaik anda.
Saya mungkin berbunyi seperti menyokong UMNO, tetapi saya juga punya penilaian yang tersendiri bagaimana setiap perjuangan parti politik. PAS juga saya kagumi, itupun kalau anda melawat blog saya bagaimana saya mengambil contoh bagaimana UMNO boleh berubah dengan mencontohi PAS. Saya mahukan persaingan yang sihat, kerana kedua-dua parti ahlinya Islam.
Terima kasih kerana sudi berbalas pandangan.
ummuhanah berkata,
izzati berkata,
missB berkata,
ummuhanah berkata,
sukar sungguh nak faham tulisan anda……kerana anda salah faham sebenarnya.
Irfan Hafiz berkata,
ummuhanah berkata,
sop_kari berkata,
ummuhanah berkata,
sejarah juga peristiwa penting utk dijadikan pengiktibaran…maka kita ambil lah iktibar darinya..
aini husna berkata,
henzem berkata,
ummuhanah berkata,
NurKhairunnisa berkata,
ummuhanah berkata,
sofia berkata,
fiffy dayanah berkata,
Safiyyah as-Sakinah berkata,
ummuhanah berkata,
Teliti juga mengapa proses kemerdekaanyg diperolehi dulu berlaku cukup aman tanpa tentangan bersenjata, sedangkan sebelumnya British telah membunuh, memenjara dan membuang negeri para pejuang kemerdekaan tanah air yg tak kompromi dgn dasar2 British?…kenapa sebuah pertubuhan Melayu muslim masa itu boleh berjaya dalam ‘kerjasamanya’ dengan British menuntut merdeka??….kerana mereka telah jualkan ‘agama’ sebagai sandaran utk sekadar memperolehi jeritan ‘merdeka’….hakikatnya mereka dan rakyat kekal ‘terjajah’ sampai sekarang.
siapakah yg membantu British menumbangkan komunis utk menggantikannya dengan Demokrasi Barat lantas menyuapkan menyuapkan perlembagaan Lord Reid utk memijak perlembagaan Al Quran dan Sunnah baginda saw ?
si kitol yg bekerjasama dgn portugis boleh juga di samakan dgn pemimpin negara yg bekerjasama dgn syarikat Israel….yg menjual tanah air pada negara lain, Bahkan sultan Mahmud Shah yg boros membina roda kereta kuda baginda dari emas bolehlah di samakan dgn pemimpin hari ini yg menggunakan duit rakyat utk membeli cincin isterinya yg bernilai puluhan juta ringgit.
khairi berkata,
aidil fitri berkata,