PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS. 
melayucyber: mula buat pening2 lalat bab 'Kesultanan Sulu'
melayucyber: mula buat pening2 lalat bab 'Kesultanan Sulu'
UMNO mula buat pening-pening lalat bab 'Kesultanan Sulu'
Posted by Kedah Lanie
Hairan kenapa 
Umno iktiraf 'Kesultanan Sulu' yang tak wujud 
KUALA LUMPUR: Undangan yang dibuat oleh pihak 
Umno ke atas keluarga Kiram dari Sulu, Filipina pada Perhimpunan Agung Umno 
menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai.
Bekas Setiausaha Eksekutif Umno Silam, Mutalib 
MD berkata, jemputan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Umno kerana keluarga 
Kiram bukan lagi mewakili sebarang kerajaan.
Menurut beliau, Kesultanan Sulu sudah hancur 
sejak 1936 dan kini keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi bukan 
sahaja di Sabah tetapi juga di Filipina.
Katanya, orang Sulu yang tinggal di Pulau Sulu 
di Filipina sememangnya orang Sulu, tetapi mereka yang tinggal di pulau itu 
sekarang bukan lagi keturunan Kesultanan Sulu yang sebenar.
"Jadi, jika ada pihak yang mendakwa mereka 
Sultan Sulu atau keturunan Kesultanan Sulu, itu adalah bohong atau pihak yang 
menyamar semata-mata.
"Ini termasuklah dalam kalangan keluarga Kiram 
yang dikaitkan dengan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sejak 9 atau 12 
Februari lalu," katanya ketika dihubungi 22 Mac lalu.
Mutalib MD yang juga penulis buku politik 
mendakwa, jemputan ke atas keluarga Kiram bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno 
itu dilakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd 
Shafie Apdal sehingga dilihat seperti mempunyai motif tertentu.
"Untuk apa jemputan ke atas Sultan Ismail 
Kiram, adik kepada Jamalul Kiram itu dibuat? Mereka bukan pun mewakili mana-mana 
kerajaan, malah sekarang dikaitkan dengan tragedi berdarah di Sabah pula?" 
katanya.
Lebih mengelirukan keadaan, apabila keluarga 
Kiram ini mendakwa mereka dari keturunan "Kesultanan Sulu", pada hal keturunan 
Kesultanan Sulu yang sebenar bukanlah pengganas, malah telah pun tiada lagi, 
ujar beliau.
Mutalib berkata, bukti tiada lagi keturunan 
Kesultanan Sulu, boleh dirujuk kepada tiada sebarang peninggalan Kesultanan 
Sulu, baik perkuburan, masjid dan sebagainya di Sabah dan di Filipina.
"Yang masih ada lagi sekarang hanyalah pemegang 
amanah keturunan Kesultanan Sulu, iaitu Ulka Ulama. Ulka Ulama itu adalah 
peguam, bukan pun waris Kesultanan Sulu.
"Tetapi Ulka Ulama itulah yang memegang amanah 
penyerahan pembayaran nafkah oleh Sabah bagi pihak Malaysia kepada pihak 
keturunan Kesultanan Sulu, ekoran penyerahan Sabah yang dilakukan oleh pihak 
Kesultanan Sulu kepada British dahulu atau kini kepada Malaysia.
"Wang itu pun tiada pihak yang berhak 
menuntutnya sebab keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi.
"Keluarga Kiram III tak boleh menuntutnya sebab 
mereka bukan keturunan sebenar Kesultanan Sulu. Kerajaan Filipina juga tidak 
berhak mengambilnya.
"Ulka Ulama hanya sekadar memegang amanahnya 
sahaja, berdasarkan keputusan Mahkamah Filipina, Macaskie Judgement pada 18 
Disember 1939 dahulu. 
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan