بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
melayucyber: Pertembungan Antara Dua Saudara Tak Dapat Dielakkan
Pertembungan Antara Dua Saudara Tak Dapat Dielakkan Dalam PRU-13
telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot
ROZAID A. RAHMAN
WALAUPUN mereka bersaudara tetapi itu tidak bermakna mereka berada
dalam barisan yang sama.
Ahli parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad, 63, dan adiknya,
ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, 55, adalah contoh
terbaik.
Shahrir adalah orang Umno tetapi Khalid adalah ahli
PAS.
Sejak awal lagi kedua-duanya bergerak di atas platform yang
berbeza.
Walaupun Shahrir terlebih dahulu menerjunkan dirinya dalam politik
dengan menjadi setiausaha politik Tun Musa Hitam sejak tahun 70an lagi tetapi
Khalid tidak pernah sama sekali melibatkan diri dengan Umno.
Sebaliknya beliau memilih Pas. Sementara karier politik Shahrir ada
pasang surutnya tetapi beliau terlebih dahulu lebih berjaya daripada adik
bongsunya.
Karier politik Shahrir ada pasang surutnya tetapi beliau terlebih dahulu lebih berjaya daripada adiknya, Khalid.
Memenangi kerusi parlimen Johor Baharu tanpa kalah sejak 1978 dan
kemudian dilantik menjadi menteri kabinet pada usia 28 tahun dan hari ini masih
lagi mempertahankan kerusi JB dengan penuh semangat.
Khalid pula hanya mula bertanding pada pilihan raya 1986 dan
selepas itu diikuti pula pilihan raya umum 1999, 2004 dan
2008.
Tidak sepertimana Shahrir, Khalid tewas di ketiga-tiga percubaan
dan hanya berjaya pada percubaan keempat pada tahun 2008 di parlimen Shah Alam
dengan menumpaskan penyandang kerusi yang juga menteri pusat, Datuk Sri Aziz
Shamsuddin.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, nampaknya kedua-dua bersaudara
ini akan terus mempertahankan kerusi masing-masing.
Sementara itu di Utara tanah air, kita juga bakal menyaksikan satu
lagi pertembungan antara dua bersaudara iaitu antara Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail, 49, dan juga abangnya Datuk Sahlan Ismail, 54, yang
merupakan setiausaha politik kepada perdana menteri.
Saifuddin buat masa ini adalah ahli parlimen Machang Kelantan,
perlu mencari kerusi baru.
Ini kerana telah menjadi satu amalan tidak bertulis di negeri
Kelantan, bukan anak Kelantan cuma diizinkan bertanding tidak melebihi dua
penggal oleh PAS Kelantan di negeri itu.
Atas sebab itu jugalah, Saifuddin yang berasal dari Kedah dan
Salehuddin Ayub yang berasal dari Johor perlu mencari kerusi baru menjelang
PRU-13 nanti.
Salehuddin siang-siang lagi telah menyatakan yang beliau akan
bertanding di kerusi Pulai, Johor kali ini.
Sehubungan dengan itu, Saifuddin disebut-sebut akan memilih
Kulim-Bandar Baru di Selatan Kedah - kerusi yang sebelum ini disandang oleh
Datuk Zulkifli Nordin dari PKR sebelum menjadi ahli Bebas.
Kulim-Bandar Baru bukanlah satu kawasan yang asing buat Saifuddin.
Pada tahun 2000 beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan
Negeri Lunas yang terletak dalam parlimen berkenaan dan
menang.
Sementara abangnya, Sahlan Ismail, disebut-sebut akan diletakkan
bertanding di Parlimen Pokok Sena atau pun Dewan Undangan Negeri Bukit
Lada.
Pokok Sena adalah tempat asal keluarga Saifuddin dan abangnya
itu.
Jika ini benar berlaku, ia adalah percubaan yang pertama buat
Sahlan.
Kerusi Pokok Sena kini disandang oleh Naib Presiden PAS, Datuk
Mahfuz Omar.
Mahfuz pertama kali memenangi kerusi itu pada tahun 1999 tetapi
kemudian tewas pada 2004 sebelum merampasnya semula pada
2008.
Berbanding Saifuddin, Sahlan agak terkemudian bergerak aktif dalam
politik kepartian walaupun sebelum ini beliau sudah dikenali sebagai seorang
fisilitator dan aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau telah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku
pegawai khas sejak 1995 lagi sebelum diangkat sebagai setiausaha politik pada
April 2008.
Tidak sepertimana Shahrir-Khalid yang sejak dari awal lagi
berkecimpung dalam politik atas platform yang berbeza, Saifuddin-Sahlan tidak
sebegitu.
Ini kerana Saifuddin pernah bergerak aktif di dalam PAS dan
kemudian Umno dengan menyandang jawatan selaku setiausaha Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia pada era Datuk Ahmad Zahid Hamidi menerajui pergerakan itu antara tahun
1996-98.
Namun begitu apa yang unik ialah kedua-dua bersaudara itu
masing-masing pernah menjadi setiausaha politik.
Saifuddin pernah menjadi setiausaha politik menteri pertahanan dan
kini Sahlan setiausaha politik kepada perdana menteri.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan