PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
melayucyber: Khasiat dan kelebihan daging kambing
Khasiat dan kelebihan daging kambing
Ramai orang kata daging kambing ini panaslah,
dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda
khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa
membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni
sehingga menjadikan ia daging yang terbaek!
Kelebihan Daging
Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita
supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh
menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan
kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding
sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan
kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana
orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka
keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan
daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar
terapi kambing.
Daging kambing adalah
daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika
menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan
jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah
kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza
menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka
yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan,
daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan
mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu
dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging
kambing.
Pengurai Kolestrol
Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya
menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat
amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya
Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol
yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja
yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan
melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging
serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus.
Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan
makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti
MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus.
Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh
menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah
Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol
dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing
yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan
isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan
mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti
pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai
pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan
dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil
daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah
tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing
untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat
kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti
(kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang
mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil
dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh
kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang
berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala
pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
Mencantikkan
Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga
terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk
pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan
menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan
kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan
menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan
bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan
mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah
sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan
terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya
matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah
satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan
cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih
Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan
Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah
yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu
mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar
pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut
akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan
mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu
ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih
sayang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan