Rabu, 27 Mac 2013

272. Cara.

PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.

Pakatan Rakyat Tolak Kerjasama SAPP Dan STAR

Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).

Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.
 Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.

Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.

Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.

Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.

Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.

Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.

Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.

Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.

Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.

Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib Altantuya mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.

Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.

Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib Altantuya dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib Altantuya menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti. ~mpr

Sumber: 

                                                                                                                                                      
Nasional
Pembangkang di Sabah mula bertelagah
Kota Kinabalu: Janji pakatan pembangkang memberi kuasa autonomi kepada Sabah mula dipersoalkan berikutan tindakannya meminggirkan parti tempatan dalam berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pemberian autonomi penuh kepada Sabah adalah satu daripada janji pakatan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 2010 jika berjaya mengambil alih Putrajaya.

Ragui keikhlasan  

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar), berkata pihaknya sangsi dengan keikhlasan pakatan pembangkang membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

“Tindakan mereka (meminggirkan parti tempatan pada PRU-13) bererti mereka tidak ikhlas dan tidak menghormati autonomi Sabah, yang kononnya menjadi satu daripada asas perjuangan di negeri ini. Apa yang menjadi matlamat utama mereka ialah mahu menawan Putrajaya.

“Akhirnya janji memberikan kuasa autonomi kepada Sabah tidak dilaksanakan dan ini merugikan rakyat negeri ini. Parti tempatan seperti STAR masih berpegang kepada perjuangan mengembalikan kuasa autonomi kepada Sabah dan kita akan bekerjasama dengan pihak yang menyokong perkara ini,” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Kelmarin, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pakatan pembangkang tidak akan bekerjasama dengan parti tempatan seperti STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) pada PRU-13, walaupun sudah mengadakan perbincangan sejak sekian lama.

Kegagalan membentuk kerjasama itu dipercayai berpunca daripada perebutan kerusi di sesetengah kawasan yang turut menyebabkan pertelingkahan sesama pembangkang.

Antara kawasan yang menjadi rebutan parti pembangkang berpangkalan di Semenanjung dan tempatan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Tanjung Papat dan Parlimen Sandakan.

Beri tentangan hebat

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, perkembangan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga kumpulan pada PRU-13 di Sabah dan pihaknya akan memberikan tentangan hebat.

“STAR kini berbincang dengan SAPP, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru, yang menyatakan minat berjuang bersama kita berhubung pembahagian kerusi.

“Kalau pakatan pembangkang ‘serang’ kita, kita akan ‘serang’ balik,” katanya.

Sumber: bharian

Tiada ulasan: