PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
Tumbangnya Mat Sabu Di PRU12 Harus Jadi Ikhtibar
Tumbangnya Mat Sabu Di PRU12 Harus Jadi Ikhtibar
Soalnya,
apakah calon bebas seperti ini akan diterima oleh para pengundi
agaknya?. Tinjauan kami mendapati kebarangkalian itu mungkin ada
sekiranya calon terbabit memang seorang yang "popular" dan
diterima oleh semua pihak diperingkat akar umbi. Namun, bertanding
dengan emosi mungkin tidak akan membuahkan hasil. Justeru, kenapa pihak
terbabit beriya-iya benar untuk sertai PRU kali ini. Mungkin, dengan
cara itu kepuasan hati mereka yang tidak terpilih sebagai calon akan
terubat. Tragedi Mat Sabu (kini Timbalan Presiden PAS) yang tewas ditangan calon UMNO Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu akibat calon bebas, Maimun Yusof (foto)
harus dijadikan renungan. Walau pun, calon yang popular dengan gelaran
Mek Wok itu bukanlah orang yang dikenali dan hebat, namun dia berjaya
mencuri undi yang menyaksikan "ayam sabung PAS" itu tumbang di
kerusi tersebut. Apa hebatnya Mek Wok jika dibandingkan dengan Mat
Sabu?. Ramai yang mengatakan beliau akan hilang wang pertaruhan dan
tewas teruk jika bertanding. Malah, tidak ketinggalan mengatakan ia
tidak memberi kesan kepada pihak terbabit (pembangkang) ketika itu.
Tapi, lihatlah apa yang berlaku?. Bukankah tragedi kekalahan Mat Sabu
ini harus dijadikan ikhtibar oleh semua pihak. Ini
bermakna, calon bebas yang tidak popular pun boleh memberi kesan
mendalam terhadap kemenangan dan kekalahan calon-calon tertentu. Apatah
lagi jika calon bebas terbabit sememangnya popular dan dikenali ramai.
Bukankah ini akan memberikan impak yang besar kepada parti yang
bertanging apabila "winable candidate" yang sepatutnya menang tertewas gara-gara "undi pecah"
di kerusi tradisi mereka. Perkara ini harus dipandang serius oleh
parti-parti bertanding terutamanya pembangkang (Pakatan Rakyat)
sebenarnya. Jika tidak apa yang berlaku kepada Mat Sabu ini pasti akan
berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan