PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
Wajarkah Calon Wahyu Rampas Kerusi Calon Pilihan
Wajarkah Calon Wahyu Rampas Kerusi Calon Pilihan
Soalnya, wajarkah "calon wahyu" dihantar
untuk bertanding di kerusi tertentu sedangkan kelibat mereka langsung
tidak dihidu oleh rakyat sebelum ini. Mereka datang umpama membasuh
kaki, untuk terus menjadi calon sedangkan mereka tidak pernah "buat kerja" atau
sumbangkan jasa kepada parti selama ini. Senario ini berlaku di seluruh
negara dan ia mungkin menyebabkan parti tertentu kalah gara-gara
kewujudan calon bebas terbabit. Terkadang kesilapan pemimpin atasan yang
rakus untuk membina proksi mereka di peringkat akar umbi sebegini boleh
mengundang padah akhinrya. Apatah lagi jika calon bebas itu sememangnya
diterima oleh seluruh rakyat setempat, baik kawan mahu pun lawan. Jika
ini berlaku, pasti parti akan kehilangan undi yang boleh mengundang
padah termasuk tewas dikerusi tradisi serta "kubu kuat" mereka
selama ini. Di Pihak Barisan Nasional (BN) mungkin fenomena ini tidak
berapa terasa sekarang. Namun di pihak pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya ia kini menjadi bualan hangat di seluruh negara. Terdapat dakwaan pemimpin tertentu kini cuba menggunakan kuasa yang ada untuk menguatkan cengkaman politik mereka.
Lantaran itu sanggup melobi pucuk pimpinan tertinggi parti untuk
menerima calon pilihan (kroni) mereka. Lebih parah lagi lima nama yang
dicalonkan oleh cabang-cabang ditolak bulat-bulat oleh parti atas alasan
mereka akan "jual perlawanan jika menang". Tragedi ngeri yang
berlaku di Perak selepas PRU-12 lalu kini menjadi igauan buruk buat
mereka. Namun, ramai juga yang mempertikaikan tindakan ini sebenarnya.
Lihat apa yang berlaku kepada Datuk Zaid Ibrahim (foto) ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dulu?. Beliau yang diwahyukan oleh pemimpin tertentu hinga menerajang calon popular peringkat cabang iaitu Dr.Hariri Rahmat akhirnya
sama-sama telah meninggalkan parti tersebut selepas itu. Siapa yang
hantar Zaid? Sudah semestinya pemimpin tertinggi PKR, malah mungkin juga
atas arahan Ketua Umumnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Parti jadi pecah belah dan kecoh dibuatnya, akibat tindakan tersebut
yang menyaksikan PKR tewas ketika itu. Namun, pengajaran langsung tidak
diambil untuk PRU-13 ini. Calon wahyu masih terus dihantar, dan ini
pasti menyebabkan undi protes berlaku yang menjurus kekalahan kerusi
pembangkang di kawasan yang dijangka akan menang.
[Dengan kenyataan ini, maka semua pihak tidak boleh terlalu memandang enteng kepada calon bebas yang bakal bertanding pada pilihanraya umum akan datang. Memang benar, kehadiran mereka kebanyakkannya bukanlah untuk menang atau menajdi wakil rakyat. Namun, mereka juga boleh memberi mimpi-mimpi ngeri kepada calon-calon tertentu yang jauh lebih popular sebenarnya. Apatah lagi jika calon bebas itu lebih popular dari calon yang ditampilkan oleh parti atau calon wahyu itu sendiri. Oleh itu semua pihak tidak wajar memperkecilkan kewujudan calon-calon bebas pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti harus diambail perhatian serius oleh parti-parti yang bertanding kerana mereka boleh merobek kekuatan parti terbabit sebenarnya. Nantikan laporan eksklusif seterusnya tentang ciri-ciri dan kategori calon bebas yang boleh diterima oleh rakyat atau pun tidak selepas ini. Apapun, kehadiran calon-calon bebas ini diharap akan memeriahkan lagi pilihanraya umum kali ini. Amalan demokrasi berparlimen harus disuburkan demi masa depan generasi akan datang. Lakukan perubahan demi masa anda sekarang!].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan