بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
- Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
- Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.
- Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.
- Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny On Ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera.
- Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
- Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira. Tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
- Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.
- Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.
- TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
- Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.
- Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan. Wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
- TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
- Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
- TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.
- Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
- Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
- Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.
- CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.
- Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu. Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau berlatih utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang Filipina sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari. Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah In Syaa Allah milik Malaysia sehingga Kiamat.
- Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
- Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
- Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
- Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui oleh sesiapa pun) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut.
- Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani Tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
- Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2.
- Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri.
- Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
- Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing.
- Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem Malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera Malaysia pada meja Pegawai Tinggi . Tujuannye untuk membalas dendam kerana jet Singapore sering ceroboh ruang udara Johor.. deorang melakukan tugas itu 1 hari je tanpa di kesan. Kakitangan Kompleks Pertahanan Singapore yang terlibat telah dipecat kerana insiden itu.
Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA. Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika. Hal ini diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk ke garisan mati.
ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang berjaya mengekang komunisme.
VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.
Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik di dunia. Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.
ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalah anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut. ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia. Kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!
Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura, pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera Singapura yang terletak di Bukit Batuk. Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA..
Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera Singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah gunung yang terletak di Johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah Singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas kelancaran ekonomi Negara itu.
Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesakan. Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan Singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (Briged Para)
Perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan. Mereka juga sukar untuk memohon paspot atau visa ke luar Negara.
Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”
Panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM
ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, ATM menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS. Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan Amerika US ARMY.
Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan. Namun ia dibalas Malaysia apabila gempa bumi di PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut. Makanan inilah yang dikatakan expired.
Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar Angkatan Tentera Kemboja. Tetapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api. Ini amat memalukan mereka.
Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara-negara rantau ini.
Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scoutboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama-sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN. Sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya Melayu malu apabila keMelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia .
Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir. Kontinjen-kontinjen negara PBB yang datangnya dari negara-negara Melayu dan terkenal adalah MALBATT (disertai Angkatan Tentera DiRaja Brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadish.
Sumber: ATM
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG
MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan
Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti
berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu
memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat
118-120]
KLIK
UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha
Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan