بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ
المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ
المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Thursday, June 7, 2012
Dr Muhammad Afifi al-Akiti : Budak Sekolah Pondok Jadi Pensyarah Melayu Pertama Di University Oxford
Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College,
Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya
menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling
berprestij di dunia.[5]
Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil)
dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti
Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008.
Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval).
Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.[6][7]

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia,
telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam
kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan
tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast,
dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk
meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di
Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam,
falsafah dan sains.[8]
Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT,
Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang
tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya
menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.[10]
utusan online |

Jom Kenali Beliau dan Keilmuannya
Video 1:
Semasa hidup sederhanakanlah
kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan
yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum
mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat
sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat
peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik
dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T.,
antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian,
tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan
berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah
S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan