بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ
المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ
المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
[BONGKAR] UMNO lama HARAM.. dan UMNO (Baru) pun HARAM..!!!
Umno bukan
sahaja membiarkan parti mereka dulu haram, malah sehingga hari ini parti umno
adalah HARAM.
King
Jason
Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah
difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya
12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai
UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan
bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987
sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal,
serta tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan
30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan
yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak
diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung,
keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara
pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang
tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761
berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang
mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan
Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun
telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan
mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa
cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan
1966.
Pengharaman
UMNO
Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim
Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana
UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO[2] tetapi hanya mahukan supaya
keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata
mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana
rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan[3]. Mereka
sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan
Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan
parti.
Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara
pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan
orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei
1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung
dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988[4]. Antara arahan Tun Salleh Abas yang
diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George
Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes
UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim
Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada
13 Jun 1988[5].
Sumber: melayucyber: lama HARAM.. Barupun HARAM..!
Semasa hidup sederhanakanlah
kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan
yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum
mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat
sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat
peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik
dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T.,
antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian,
tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan
berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah
S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan