بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sumber: melayucyber.
Pakar Perunding
Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah
Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.
Adalah diharap perkongsian artikel ini akan
memberi manfaat.
Salam
ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab
dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena
semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang
tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang
lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi
peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak
campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang
itu.
Terbaru, hari ini (21
Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali
ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi
amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi
kainnya’.
Sedih dan sayu rasa hati
membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan
golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr
Har jawab `I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu
sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti
diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT
yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah,
dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu
sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia.
Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan
manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah,
tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang
luarbiasa!
Janganlah pula terlupa,
tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan
sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak
pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua
terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di
Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan
mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang
bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita
takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi
kainku!’
Jangan lupa, selain hak
adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities,
Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd
mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna.
Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita
yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan
asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa
sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita
manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita
manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak
individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di
sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa
– ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah
ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari
kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak
individu.
Mungkin yang paling
mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan
teguran.
Tak mengapalah, Dr Har
yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan
tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz
zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang
berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah
:
Dr.Harlina Halizah Siraj
( Dr.Har)
- Kalau jenis inilah perempuan yang sesaorang lelaki yamg hendak dijadikan isteri sebagai pasangan hidup untuk mengembangkan zuriat umat Junjungan Besar kita Nami Muhammad (SAW) lupakanlah ,belum pun diterima Ijab Qabulnya sudah sudah ingkar dengan perentah Allah (SWT) dan enggan pula menerima teguran ikhlas dari hamba Allah (SAT) yang bagitu ikhlas untuk membetulkan keadaan, apakah bakal sisuami hendak menanggung dosa seorang perempuan yang jelas tidak sanggup menerima kenyataan, itu belum lagi duduk sebumbung apatah lagi bila telah duduk bersama mungkin dalam rumah nanti bertelanjang bulat, apa peduli ini dalam rumah aku, hak peribadi ku. Tahniah Dr.Harlina kerana ikhlas menegur kaum sejenis yang sudah tersasar dari landasan Islam itu.
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan
Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti
berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu
memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat
118-120]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha
Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan