Jumaat, 29 Mac 2013

312. Budaya bodek.

#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Negara pun boleh runtuh bila ada watak pembodek yang biasanya adalah pendusta tegar. 

PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.

Budaya bodek di tempat kerja: Majikan zalim, undang musibah
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 September 2012
Pendakwah terkenal, Wan Akashah Abdul Hamid
Pendakwah terkenal, Wan Akashah Abdul Hamid
Pendakwah terkenal, Wan Akashah Abdul Hamid berkata, perbuatan membodek atau mengampu dalam dunia pekerjaan wajar dikategorikan sebagai tingkah laku tidak bersih.

“Ini semua bergantung kepada niat. Sekiranya seseorang pekerja itu membodek ketuanya untuk dinaikkan pangkat atau dibayar gaji lebih sedangkan dirinya tidak layak, gaji yang diterima adalah tidak bersih.

“Malah, ia jatuh pada syubhah kerana dirinya tidak layak tetapi menonjolkan diri dengan cara tidak wajar sehingga mengatasi orang lain yang lebih layak,” katanya.
Wan Akashah berkata, dalam konteks ini, sekiranya pekerja itu mendapat apa yang dihajati menggunakan cara salah tersebut, rezeki yang diperoleh serta jawatan yang disandang tidak berkat.

“Sedangkan majikan atau ketua pula, apabila berlaku keadaan ini dia sebenarnya telah berlaku zalim. Ini kerana telah meletakkan seseorang yang tidak layak sehingga menzalimi (peluang) kepada pekerja lain yang lebih layak.

“Jelas tindakan itu salah kerana meletakkan pekerja itu tidak layak, tetapi diberi kenaikan gaji dan pangkat,” tegasnya sambil memberitahu majikan atau ketua yang cuai mengendalikan amanah adalah mengundang kemusnahan kepada organisasi yang dikendalikan.

Beliau berkata, dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah tanda-tanda kiamat? Baginda menjawab, “Apabila amanah itu disia-siakan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu disia-siakan?” Jawab Baginda, “Apabila diserahkan satu urusan pada bukan ahlinya. Maka tunggulah berlakunya kiamat.” (Riwayat Bukhari)

“Merujuk kepada konteks ini, boleh dikatakan budaya membodek, mengipas, mengampu atau lain-lain istilah seumpamanya adalah antara tanda-tanda kiamat.

“Golongan majikan atau ketua, jadilah pihak yang adil. Pilih pekerja berdasarkan kelayakan bukan kelebihannya mengambil hati (ketua), bagi mengelakkan timbul dendam di kalangan pekerja yang akhirnya melemahkan perjalanan organisasi. Kepada golongan pekerja, ingatlah rezeki di tangan ALLAH, bukan di tangan manusia. Carilah penghargaan ALLAH bukan manusia,” katanya.

Tiada ulasan: