Jumaat, 29 Mac 2013

320. Aliran.




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS. 

Berkarya dengan Bismilah. Kerana Allah S.W.T., aku berkarya dan mohon perlindungan darinya dalam menyempurnakan akal tanpa didorongi nafsu jin laknatullah. 

Menyentuh soal perpecahan di kalangan Melayu ada banyak perkara yang terlintas di fikiran. Aspek punca, adalah sasarannya. 

Umum sudah tahu bagaimana sikap dan sifat Melayu sebenarnya. Walau pun asasnya kebanyakan Melayu adalah Islam. 

Tetapi kelihatannya ada sebahagian Melayu yang sanggup mengenepikan apa itu Islam dalam menyerlahkan budaya ancaman, dengki, khianat, fitnah, tuduhan, penipuan dan boleh di klasifikasikan sebagai sebahagian penyakit hasad dengki yang menjadi darah daging Melayu sejak berkurun lamanya.
Cuma era moden belum pernah terjadi perang saudara antara Melayu dengan Melayu. Kalau pun pernah berlaku perang saudara "Melayu", tentu ada pandai Melayu yang menyembunyikan fakta dengan alasan yang tidak menjurus kepada istilah perang saudara.  

Kenyataan diatas adalah peringatan dan bukan sebagai hasutan dan bukan sebagai kecaman. Jauh di sudut hati, 100% tidak ingin perkara ini terjadi. Natijahnya jauhilah punca-punca yang mendekatkan diri kepada keadaan sebegitu. 

Sebahagian besar Melayu yang memiliki sikap hasad dengki, bersikap liar, memperalat, mengupah, membuat bising dan onar. Semata-mata untuk menyerlahkan sikap hasad dengki untuk ditonton oleh masyarakat umum. Tidak malukah dengan bangsa lain, yang sama-sama rakyat Malaysia. 

Sampai sekarang aku tercari-cari mana satukah "Melayu". Kelihatannya ada yang berkulit gelap dan hitam legam. Ada yang mendakwa Melayu, putihlah. Ya ada melayu yang berkulit putih, putih melepak dan putih mulus "gitu". Katanya keseluruhan Melayu berkulit "sowo matang" (sowo mateng). Apakah Melayu sekarang ini sebenar adalah Melayu asal?.  

Ialah Melayu sejak dahulu memang terpegun bila tengok orang luar datang ke tempatnya. Kalau tidak percaya, tanyalah diri sendiri. Pernah atau tidak bila tengok orang lain datang ke kelompok kita, kita akan saling memerhati sesama sendiri sambil mata tertumpu kepada subjek. 

Yang jelasnya menegur orang itu pun tidak. Sebaliknya menunggu orang itu menegurnya. Alasannya ahh! dia budak, dialah tegur aku dulu. Dia orang luar, dialah tegur aku dulu dan macam-macamlah kebiasaan alasan Melayu.

Silap haribulan menjadi topik umpat dan keji, yang menjadi darah daging Melayu. Kalau dahulu bila bab umpat-mengumpat ini, perempuan Melayu sahajalah yang kena. 

Sekarang? lelaki Melayu lagi handal mengumpat-keji. Siap ada video lagi. Untuk tontonan antarabangsa. Megah agaknya yang upload ke youtube, fail-fail sedemikian rupa. Peleset jantan Melayu megah merosakkan betina Melayu atau perempuan Melayu. 

Cuba komen apa barang Melayu yang tidak boleh dijual-beli?. Maruah?. Bangsa lain pun boleh tolong jualkan pun ada, bagi pihak peleset pekhianat Melayu.

Mari perhatikan dan selidiki bab kahwin campur "Melayu". Sambil lalu cuba perhatikan dan ingat-ingatkan sikap dan sifat anak-anak yang lahir dari perkahwinan campur tersebut. Melayu dengan China bagaimana?. Kalau emaknya Melayu dengan bapanya China., apakah lain keterampilannya dengan perkahwinan campur yang melibatkan emaknya Cina dengan bapanya Melayu. Ada orang kata anak-anaknya pandai-pandai belaka dan kulitnya putih?. 

Ini belum masuk lagi "Melayu murtad", Melayu terus keluar Islam (Ikut hukum Islam "pancung") dan keluar Islam atas sebab perkahwinan. Pemimpin Islam semasa kejadian kena hukum pancung juga tidak?. Ialah katanya dia parti "pembela" Islam dan "tuan" kepada Melayu?. 

Melayu kahwin dengan India, macam mana?. Ada Melayu kata anaknya kalau jadi peguam pandai, lebih pandai dari India ori. Aku pun tidak tahu sebab musababnya. Allah Maha Mengetahui.

Sekarang pun ramai sudah Melayu kahwin dengan warga Indonesia. Dilarikan dan melarikan ke Lombok pun ada. Itu sebabnya Melayu bukankah memang suka mengejek. Kalau mengejek pun, tidak memberi kesan kepada pihak lawan., ha apa lagi buatlah fitnah.

Buat fitnah lisan tidak jalan, ok kita "go on" bawa ke mahkamah "usung tilam", kita hina dia cukup-cukup. Akhirnya terpenjaralah "somebody". "Tup, tap" mahkamah mendapati "sipolan yang sudah terpenjara sekian tahun"., tidak bersalah. Itu pun ada Melayu tidak percaya lagi, sedangkan perkara ini boleh disabitkan "menghina mahkamah".

Eh!. Melayu "kan-kah" hebat!. Pelayar terunggul. Kalau tidak percaya ada Melayu yang sudah jadi warga negara Afrika Selatan, Madagaskar, Britain dan sebagainya. Sebahagiannya, apa jadi dengan Islamnya wawallahuaklambissawab. Bersangka baiklah.

Melayu terkenal dengan muka tidak tahu malu. Betul?. Berani tegurlah tentang pakaiannya. Engkau baik sangatkah?, pandai-pandai hendak tegur aku. Macam-macamlah jawapannya termasuklah hak asasi manusia dan cermin diri sendiri dulu., habis keluar. Nauzubillah ...

Umat Nabi Muhammad S.A.W., Ahli Sunnah Waljamaah., Islamnya berpegang teguh kepada Al Quran dan Hadis (Hadis Soheh). Tetapi Malaysia perlukan satu lagi, yang dikenali Majlis Fatwa Kebangsaan. Entah siapa yang memulakan epik klausa kata "Amanat"., yang aku lihat sebagai satu permainan atau sebagai bahan untuk berlaga-laga taji. Tetapi yang berlegai dan berlaga itu bukannya ayam jantan.

Teringat satu peristiwa dahulu. Aku sketsakan peristiwa itu dalam bentuk dialog. "Mak, aku bawa babu dari Malaysia, mak". "Wah!, hebat anak aku, tidak sia-sia merantau ke Malaysia". Itulah malang dan padah seorang perempuan Melayu bergelar jurutera., bila berkahwin dengan warga negara Bangladesh. Orang Melayu sebut "Bangla". Macam "Indon" for Indonesian. Agaknya "bukan sekadar rupa", tak dapat Shah Rukh Khan., dapat "Bangla" pun jadilah. Astagfirullah ...

Macam satu peristiwa dulu, aku kena ejek "Jawa makan katak".. Akhirnya yang mengejek bermenantukan Jawalah juga. Sudah hendak jadi cerita menantunya itu keluarga aku sebelah emak. Bukan "sumpahan budak kecik, k!". Allah Maha Kuasa. Kepadanya kita panjatkan kesyukuran atas segala limpah nikmatnya. Bukan berterima kasih kepada benda maujud ciptaan Allah S.W.T., seperti yang dilaung-laungkan sesetengah pihak. 

Itu hari terbit satu peristiwa pekerja Bangladesh merusuh. Dekat jugalah dengan "my hometown" tempat aku dilahirkan. Nepal cederakan "ketua" warga negara Malaysia. Sudahlah aku terkejut besar sewaktu melancong ke Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas. Kuala Lumpur yang aku jengah sesekali yang dulunya kota tempat aku menuntut ilmu, sudah layaknya semakin asing buat diri aku. Penuh dengan Myanmar, Bangladesh, Indonesian, Nepal, African etc lah. 

Aku pun sedar pihak mana yang paling beruntung dengan kebanjiran tenaga kerja asing ini. Bekalan tenaga pekerja murah, untung banyak maaaaa!. Warga tempatan, umpama bayar seorang boleh gajikan dua orang pekerja warga asing. Alasan dangkal, warga tempatan tak mahu, tak minat kerja-kerja macam itu. 

Satu kes lagi di Lahad Datu Sabah. Suluk, Suluq, Sulu ... macam-macam kisah disebalik kita rakyat Malaysia kehilangan perajurit dan pahlawan. Sempat lagi tuduh-menuduh, baling telur, protes, tabur fitnah, mengambil kesempatan lagi atas nama "politik quo". 

Negara sudah kena serang, lagi mahu bertikam lidah. Menariknya di waktu itu Perdana Menteri Singapura mengajak rakyatnya "jimat air" sebagai agenda nasional. Bukan aku gahkan tentang negara seberang tambak. Tetapi itulah hakikatnya Malaysia sedang diperhatikan dan mungkin sedang ditertawakan oleh tetangganya dan global. 

Dibimbangai ada tangan jahat, baik dari dalam Malaysia atau dari luar Malaysia, duduk berdiri mengambil kesempatan. Sebab mereka sudah masak dengan sikap Melayu sebahagiannya yang hipokrit, korup dan berhasad dengki sesama bangsa. Dengan lain bangsa tidak berani pula, sebahagian Melayu jenis ini.

Untuk ke Pulau Langkawi, perjalanan era moden dengan menaiki bot laju dari jeti Kuala Perlis memakan masa kurang lebih 45 minit. Dengan tenaga tulang empat kerat yang digabungkan, agaknya berapa lama masa yang diambil oleh Pahlawan-pahlawan Melayu Kerajaan Sultan Melayu Kedah, belayar untuk menguasai kepulauan tersebut satu masa dulu?.

Sekarang tinggal 99 buah pulau dari 104 pulau gugusan Pulau Langkawi.  Lainnya jadi milik Siam (Sekarang Thailand) sebagai sebahagian bayaran perlindungan yang dinamakan "Ufti Emas", antara Kerajaan KeSultanan Melayu Kedah dengan Kerajaan Siam.

Perasaan hiba tiba-tiba melanda jiwa, bila pemandu bot pelancungan mematikan enjen bot dan berceritalah menunjukkan pulau itu dulunya kita punya. Sepontan aku bertanya tanpa segan silu "tidak bolehkah kita tuntut balik". Jawapannya "tidak, itu kisah dulu-dulu". Sedih aku keluarga Lagenda Mahsuri terpisah jadi rakyat dua negara Malaysia dan Thailand.

Sebagai contoh, seseorang yang ingin menjadi warga negara perlu memiliki sejumlah wang atau kekayaan. Misalnya 250 ribu mengikut mata wang negara yang dipohon kerakyatannya. Cara Malaysia untuk warga asing memperolehi kad pengenalan Malaysia, berapa agaknya kekayaan yang harus ditunjukkan oleh warga asing tersebut dalam permohonannya untuk menjadi warga negara Malaysia?.

Puncanya Melayu, sebahagiannya bersikap perosak, penyamun, penipu, perompak amanah, tega dengan hasad dengki, gemar melucah, seronok memaki hamun dan terjerit-jerit sambil anak dara dan mak dara Melayu goyang ponggong di khalayak. Jahanamkah Melayu?. Agaknya masing-masing cuba membuktikan dan menunjuk-nunjuk, sewaktu bersekolah di darjah enam bukannya murid darjah enam tetapi "dah-jahanam". 

Bab politik aku bukan pak turut dan 100% "untick" politik samseng, politik "bersadur" - mungkin politik yang bersadur emas atau yang bersadur kaca. Aku benci bila melihat Melayu gaduh dengan Melayu dan tidak pula bermaksud suka tengok Melayu bergaduh dengan bangsa lain.

Politik yang berunsur tuduhan, fitnah, menghasut, hipokrit, memperkudakan orang lain, politik hujung nyawa - ibarat aksi nyawa-nyawa ikan dan sebagainya, memang tidak masuk dalam kepala untuk didokong. Aku tengok rumah orang kebanyakan dengan rumah orang kaya dengan rumah orang politik, dalam menentukan hala tuju pemimpin mana yang aku setujui. Memang dari kecil aku suka tengok model pelbagai jenis rumah.

Cuba anda semua perhatikan filem-filem Melayu dan drama-drama Melayu yang ditayangkan dan disiarkan. Kebanyakan temanya tentang apa?. Bahasa sekarang "genre". Tentu banyak tentang cinta dan sejumlah besar genre perbalahan dan perebutan. Tidak kiralah apa yang direbutkan. Itu sebab anak-anak aku pun tahu, aku kurang minat untuk menontonnya. 

Berbeza zaman Allahyarham P.Ramlee dulu. Sampai sekarang aku masih ingat kata-katanya "dari mata turun ke hati". Dari situ aku tahu pintu hati ialah mata, bagi kebanyakan manusia yang celik dan bukan termasuk orang yang diistilahkan sekejap-kejap jadi orang cacat, orang istimewa, kekurangan upaya dan kelainan upaya. 

Akhirnya nama si kitol dan si bendahara mamak mendeliar serta kuncu-kuncunya, terjerat kerana dosanya berkurun yang lalu terhadap kerajaan KeSultanan Melayu Melaka. Itulah akibatnya Sultan, selaku pemimpin waktu itu, mudah percaya kepada seseorang tanpa usul periksa. Padahnya semua hilang kuasa. 

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama berupaya untuk tidak dikelirukan oleh pemimpin pemerentah mahu pun pembangkang. Kita ada otak pinjaman Allah S.W.T., habis baik kita fikir, supaya si kitol tidak akan menjadi pemimpin kita, walau pun satu masa dulu si kitol atau mamak mendeliar dan kuncu-kuncunya pernah terlepas memimpin. 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Balai Polis Sungai Koyan shared Kelab Penyokong Persatuan Veteran Vat69 Komando's photo.
SAYA DITEMBAK DAN DITETAK, TANGAN HAMPIR PUTUS - INSP MOHAMAD HASNAL 
Inspektor Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar. 

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.
SAYA DITEMBAK DAN DITETAK, TANGAN HAMPIR PUTUS - INSP MOHAMAD HASNAL
Inspektor Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Contoh Kempen 1: Politik "berbukti"

Apakah anda percaya atau menidakkan ... dapatkan sumber maklumat yang betul dari "Ketua Audit Negara":


Contoh Kempen 2: Politik Baby. 

Politik Sabotaj


Politik Rekaan atau Politik Andaian?. Laporkan kepada pihak berkuasa, untuk membuktikan benar dakwaan anda.
ketahuilah:

1) Anwar akan menggunakan keluarga Saiful Bukhari untuk menentang Saiful Bukhari 

2) Anwar akan merancang pelbagai “bencana” yang kononnya menimpa beliau, termasuk cubaan menembak beliau, demi meraih simpati rakyat sewaktu kempen PRU13 sedang berlangsung. 

3) Anwar akan menghasut serta menyogok pegawai-pegawai kanan kehakiman untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kes Sodomy 1 dan Sodomy 2 adalah rekaan semata-mata. 

4) Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, demi mengaburi minda penyokong-penyokong beliau 

5) Anwar akan tunjukkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi 

6) Anwar akan memujuk ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR dan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana telah disogok dengan wang ringgit. 

7) Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya Peguam-peguam dan anggota-anggota polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk oleh Anwar supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam! kes tersebut 

8) ????

9) Mereka akan hina dan fitnah Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal 

10) Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti/

Sumber: Syoknya jadi KETUA PEMUDA UMNO PERAK..!!!


Contoh Kempen 3: "Suasana Berpolitik, kesan dan akibat".

Contoh Kempen 4: 

Samseng BN Kecut Telur (Nak buat kacau akhirnya terkucil)




EXCLUSIVE...cubaan remaja2 mat rempit yang di upah oleh BN untuk menyerang Bas Jelajah PKR..tetapi BN cuba memutar belitkan cerita yang kononnya ahli PKR yang ada pada ketika itu menyerang remaja-remaja tersebut menggunakan Parang & Besi..Lihat aksi remaja-remaja yang datang dengan besi dan parang yang dibungkus dengan surat khabar & etc....- Jahar



Rujuk link jika ada yg terlepas mengikuti kes ini :








PKR SABAH POWER!!!!





Peceq talk about it:-

GUNALAH HAK MENGUNDI ANDA DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN USAH LIBATKAN DIRI DENGAN GEJALA POLITIK TIDAK SIHAT YANG AKAN MEMUSNAHKAN MASA DEPAN DIRI SENDIRI DAN MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DAN NEGARA MALAYSIA.

Wassalamu ... 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

2 ulasan:

ijoks2009 berkata...

Memang terpaksa dia kui melayu memang hati busuk,mungkin persekitaran yang membuatkan benda ini berlaku.Melayu tipu melayu dah jadi perkara biasa.

Comtoh mudah dalam bab perkahwinan,kalau ustaz berpoligami dikatakan gatal,isteri muda pula di katakan tamakkan wang ringgit sebab tu sanggup kawin dengan orang tua.Sedangkan bila berlaku kes bersekedudukan tanpa nikah tak ada pula yang mengata.

Kalau masuk bab politik dan perniagaan pula lagi banyak mehnahnya..
Hanya melayu yang beriman sahaja yang selamat dari penyakit ini.
Maka itu sama-sama didik anak bersandarkan ajaran Rasul bukan ajaran melayu.

3v0.Malaysia berkata...

Terima kasih.