بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Peringatan Untuk Diri:
AL QURAN:
Surah Hud Ayat 113 - Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan
janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan
kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain
daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
Hadith yang diriwayatkn oleh Ibnu Majah, Sabda Nabi Muhammad
SAW yang bererti: "Sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak
menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan
tempatnya di dalam neraka"
Pesanan Ibrahim Adham
1. Orang
yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang
yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3. Orang
yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan ibadahnya.
4. Orang
yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
5. Orang
yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang
yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat kelurusan agamanya.
7. Orang
yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan
Allah SWT daripadanya."
Sumber: ijoks2009.blogspot
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Baca juga:Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan