Rabu, 3 April 2013

339. Demokrasi

Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan "Demokrasi Terpimpin" sebenarnya memerlukan sebuah kerajaan yang mantap,sihat dan berwibawa.

Kemantapan sesebuah kerajaan memerlukan wujudnya keseimbangan di antara parti yang diamanahkan memerentah sesebuah kerajaan dengan parti yang diamanahkan sebagai pembangkang didalam sesebuah kerajaan.

Kewujudan 2 parti yang seimbang antara parti memerentah dengan parti pembangkang, sebenarnya akan lebih menyelamatkan negara atau negeri dari penyalahgunaan kuasa, ketidak jujuran politik dalam seluruh organisasi kerajaan yang memerentah.

Individu yang diamanahkan sebagai pemimpin sebuah kerajaan akan menjadi lebih telus, cerdik dan tidak sewenang-wenangnya menurunkan jawatannya dalam kerajaan kepada jawatannya didalam parti yang memerentah., contohnya semasa berucap merasmikan Majlis Kerajaan Negeri.

Mereka yang lebih cerdik akan dapat membezakan pentas sama ada seseorang itu bercakap didalam sesebuah majlis sebagai pemimpin kerajaan atau sebagai pemimpin politk. Jika majlis itu majlis rasmi kerajaan sewajarnyalah pemimpin politik bercakap sebagai pemimpin kerajaan.

Tiada ulasan: