Rabu, 3 April 2013

340. Aib


Membuka aib orang dalam "keadaan benar" yang diharus atau diwajibkan oleh Islam WAJIB tertakluk kepada kaedah yang betul.

Tetapi mendedahkan aib orang, walau pun memang "aib itu benar-benar berlaku"...jika tidak melalui saluran yang betul maka ia menjadi satu dosa besar di isi Allah S.W.T., dan kesalahan jenayah yang besar terhadap sesama hak manusia.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W., bermaksud "...dan jangan kamu memalukan sesama muslim (dengan mendedahkan rahsia keaiban silam mereka tanpa keperluan syarie/syarak untuk anda melakukannya), jangan juga engkau cuba mencari peluang mendedah keaiban mereka, kerana sesiapa jua yang mendedahkan keaiban saudaranya (secara zalim).

PASTI Allah S.W.T., akan memerhatikan keaibannya...dan bila Allah S.W.T., sendiri memerhatikan keaibannya pasti Allah S.W.T., akan dedahkannya (kepada awam) walau pun keaiban itu isi rumah tangga di dalam ceruk rumahnya sendiri".

APATAH lagi kalau keaiban itu merupakan tohmahan jahat dan REKAAN PALSU semata-mata. Allah S.W.T., tidak akan membiarkan selama-lamanya kejahatan itu bermaharajalela dan berkuasa....walau pun Allah S.W.T., menangguhkan kuasa ALLAH S.W.T., keatasnya.

Kuasa Allah S.W.T., selalunya akan datang mengejut hingga "membingungkan" pihak yang zalim tersebut.... اللهم رد كيدهم على نحورهم واجعل بأسهم بينهم



Tiada ulasan: