Rabu, 3 April 2013

341. Johor

Daerah-daerah Dalam Negeri Johor Darul Takzim: 

i).     Johor Bahru. 
ii).    Kulaijaya. (Tiada dalam peta: Sebelumnya Dalam Daerah Johor Bahru). 
iii).   Pontian. 
iv).   Batu Pahat. 
v).    Muar. 
vi).   Ledang. (Tiada dalam Peta: Sebelumnya sebahagian Daerah Muar). 
vii).  Segamat. 
viii). Kluang. 
ix).   Mersing. 
x).    Kota Tinggi.
Orang Johor patut belajar dari peristiwa  bersejarah berikut: 

Terlepasnya Kepulauan Riau Lingga dan Singapura sebagai sebahagian Jajahan Kerajaan Melayu Johor Lingga satu masa dulu. Peta Singapura.

Melepaskan kedaulatan wilayah Johor Darul Takzim iaitu Pulau Batu Puteh ke Republik Singapura yang disusuli tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang. Seterusnya berkaitan dengan perlepasan hak bersyarat rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura, adalah diharapkan menjadi gadaian termahal dan terakhir pemimpin Melayu dan ahli politik Melayu Malaysia. Di bawah ialah Peta Kepualauan Riau.

In Syaa Allah peristiwa-peristiwa penting Sejarah Malaysia yang tersebut menjadi titik tolak lebih ramai pengundi Johor bersikap lebih rasional untuk memilih parti yang lebih layak memimpin Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim khasnya dan Kerajaan Malaysia amnya., di masa depan.

Sejarah mencatitkan fakta logik bahawa senya pemimpin politik umno"lah" yang menyingkirkan Singapura dari Malaysia dan bertanggung-jawab sepenuhnya memberi ruang Singapura menjadi sebuah negara republik serta secara tidak langsung mengizinkan apa yang terjadi di Singapura seperti yang anda maksudkan dewasa ini.

Kita juga harus sedar tanpa umno, Singapura sekarang telah menjadi sebuah negara "tanah sekakang kera" (meminjam apa yang pernah ahli politik kata semasa penyingkirannya satu masa dulu) yang berstatus Negara Maju.

Tanpa umno juga Brunai menjadi Negara Islam berstatus "kaya" kerana kebijaksanaan Sultan Brunai menolak lamaran umno menyertai Malaysia 1963 dahulu.

Begitu juga keadaan semasa parti gerakan yang umno amanahkan memimpin Pulau Pinang. Persoalannya mengapa mereka kalah dalam piliharaya lalu, tentu ada silapnya. Jabatan Audit Negara telah memperakui Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang adalah antara dikalangan Kerajaan Negeri yang terbaik dari sudut pengurusan kewangannya.

Hakikat sejarah juga menunjukkan parti gerakan semasa diberi peluang mentadbir Pulau Pinang memperuntukan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan data dana yang tidak dapat menandingi peruntukan dana saban tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran sekarang.

Keputusan muktamadnya ialah PRU13 yang bakal menjelang. Saya tetap mengharapkan pemaju politik yang berhak memenangi pilihanraya tersebut dengan mengira mereka pemimpin politik yang berasaskan penganut Islam yang menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., dan pemimpin yang patuh kepada amalan agama masing-masing.

Tidak salah rasanya saya mencadangkan pemimpin dan ahli politik yang berjaya menguasai Kerajaan Malaysia berdasarkan PRU13., antaranya belajar dengan Lee Kwan Yew cara memerangai rasuah supaya Malaysia sifar rasuah.

Pilahanraya melibatkan pertandingan antara parti dengan parti ... Pilihanraya bertujuan memilih parti yang layak menang dan menjadi parti yang diamanahkan memimpin kerajaan dan parti yang kalah menjadi pembangkang seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor., sekarang.

Semua telah sedia maklum pilihanraya tidak pernah melibatkan pertandingan antara kerajaan dengan parti. Pilihanraya hanya melibatkan parti dengan parti.

Hanya di Malaysia diwar-warkan Kerajaan Pembangkang Pulau Pinang, Kerajaan Pembangkang Selangor, Kerajaan Pembangkang Kedah dan Kerajaan Pembangkang Kelantan. Sepatutnya parti yang kalah di negeri tersebut dinamakan pembangkang.


Tiada ulasan: