Rabu, 10 April 2013

356. Merasa mudah, senang dan selesa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 


Mengambil jalan mudah akan menghasilkan rasa senang kepada seseorang dan menjadikan diri seseorang itu jadi selesa atau tambah selesa. Itu pun sebenarnya hanyalah bersifat sementara dan tidak menguntungkan kepada yang memilih jalan mudah untuk senang dan rasa selesa.

Apabila seseorang menjadi semakin cerdik, lambat laun akan menyedari bahawa jalan mudah, rasa senang dan mudah jadi selesa yang dipilih sebelumnya telah membunuh wataknya bukan sedikit masa. Akhirnya akan disedari dirinya telah tertipu kerana sering terpaut dengan perkara yang berbentuk digula-gulakan.

Menyedari diri tertipu dan sering diperalatkan dengan sogokan perkara yang tidak tepat, adalah satu kemenangan peribadi untuk berubah kepada watak yang lebih baik.

Malang sungguh buat individu yang tidak menyedari hal-hal sebegini sehingga lanjut usia. Sering pula mengharapkan segala-galanya percuma mengikut musim. Ingin hidup senang dengan cara paling mudah. Tanpa disedari diri sering diperbodoh-bodohkan oleh individu lain yang kononnya sedikit cerdik.

Sebenarnya orang yang cerdik tidak akan sanggup menipu atau membohongi orang lain. Orang cerdik biasanya akan mendalami ilmu pengetahuan dan mengamalkan ilmu itu sebaik mungkin. Orang cerdik akan sanggup mengajar orang lain untuk menjadi lebih bagus di masa hadapan. Tidak timbul soal perasaan dengki, khianat, fitnah, caci maki dan sebagainya.

Banyak perkara baik dan sebaliknya kita temui di luar sana, apabila kita bersama-sama ahli masyarakat, membaca, melihat dan menonton dari pelbagai sumber berita dan dari sumber yang bukan hanya sepihak. Ada yang berpendapat untuk mendapat rawatan kesihatan terbaik untuk diri, tidak hanya bergantung kepada seorang doktor sahaja. Bertemu dengan lebih dari seorang doktor tentang kesihatan kita, kita akan temui rumusan kesihatan diri yang berbeza dan nasihat berbeza. Sudah namanya manusia, begitulah keadaannya.

Perasaan mudah merasa senang dan mudah merasa selesa, sebenarnya mematikan diri seseorang dari sudut keupayaan dan kemahiran individu. Perasaan itu juga boleh dinyatakan sebagai satu perangkap maut, yang mengakibatkan seseorang mudah merasa malas.

Jenis-jenis manusia yang mencari jalan mudah untuk cepat rasa senang dan cepat rasa selesa, adalah golongan yang mudah untuk dimangsakan dengan ciri-ciri yang tidak baik. Mudah tertipu, mudah dipengaruhi dan jarang membuat keputusan yang bijak dalam sesuatu perkara. Biasanya golongan ini langsung tidak mempunyai rasa kesal.

Manusia yang cerdik akan sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.. Dengan rasa bersyukur itulah membentuk jiwanya jadi penyabar dan berani menghadapi cabaran hidup sebelum mati. Mereka ini tergolong sebagai manusia yang hidup dengan cara antaranya bersaing secara sihat. Keterampilan peribadi yang lebih menyerlah akan menjadikan seseorang itu dihormati, sebabnya yang empunya diri bijak menghormati orang lain.

Merasa mudah untuk senang dan selesa akan menjadikan seseorang itu tamak dan menjadi lupa fitrah kehidupannya kerana Allah S.W.T.. Menjadi manusia yang mengharap tetapi malas berusaha. Daya fikiran golongan ini akan kelihatan janggal dan dangkal.

Waspadalah dalam mencari kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Hidup yang bersederhana dalam serba serbi seperti yang dianjurkan ajaran Islam Addin.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 


Tiada ulasan: