Allah S.W.T., sentiasa bersama-sama dengan orang yang sentiasa bersyukur dengan mengucap Alhamdulillah, sentiasa bermuhasabah diri keranaNya, sentiasa redha dengan ketentuanNya, sentiasa pasrah dengan kudrat daya usahanya kerana Allah S.W.T., sentiasa berdoa kepadaNya, sentiasa memohon ampun kepadaNya dan sentiasa mendahulukan ucapan In Syaa Allah dalam setiap kata-kata serta setiap usaha pekerjaannya.
Kepada yang tidak mengamal atau berpegang kepada perkara yang tertera di atas, pastinya dia termasuk kedalam golongan yang ingkar. Apabila ingkar sudah pasti amalannya bergelumang kepada tipu daya, putar belit, memfitnah, menuduh, hasad dengki dan mengenepikan haknya sebagai seorang Muslim. Malah golongan ini tergamak berpura-pura dan mewar-warkan tanpa segan silu, dirinya kononnya cukup terbaik di mata masyarakat.
Sebenarnya mereka inilah kalangan yang berjiwa resah gelisah. Resah kerana bimbang tewas dalam mengejar impian hidup. Mereka sanggup mengenepikan hak orang lain untuk bersaing dalam suasana yang sihat. Merasakan jika orang lain diberi peluang bersuara, akan menjejaskan ruang dan peluangnya untuk mengatasi orang lain dalam perjuangan hidup yang pada dirinya seumpama tidak berpenghujung.
Berbeza dengan mereka yang berjuang dengan berlandaskan kalimah Allah S.W.T., mereka lebih tabah, sanggup menempuh segala dugaan dan cabaran hidup. Kadang waktu diri dicerca, dimalukan, dihina, difitnah, dikhianati dan digembar-gemburkan aib yang hanya menjadi rekaan pihak yang sebelah sana.
Tidak dinafikan pihak yang tidak jujur juga sanggup menggunakan kalimah Allah S.W.T., dalam perjuangannya merentasi kehidupan yang bercelaru dan bersimpang siur dengan sikap dan sikap tamak haloba, penipuan, penyalahgunaan ruang dan peluang. Kalimah itu seumpama hanya berpura-pura, yang hanya bersifat mengaburi mata khalayak.
Percayalah serta yakinilah lambat laun orang yang teraniaya dan sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T., akan sentiasa dekat denganNya dan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Allah S.W.T.. In Syaa Allah akan beroleh kemenangan kerana Allah S.W.T., jua.
Nota: Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Aniaya:-
i. perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. *(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
ii. perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. *(Kamus Pelajar)
iii. perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. *(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Hasad dengki:-
i. 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat); *(Kamus Dewan Edisi Keempat)
ii. personaan - kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; *(Kamus Dewan Edisi Keempat)
iii. menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. *(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan