Jumaat, 12 April 2013

360. Jiwa yang tidak lagi menjadi pautan.


Kalau dulu engkau jadi sanjungan ramai. Engkau megah di pentas bercahaya. Engkau gah dengan suara yang berbantu dengan sistem audio yang tercanggih. Agaknya bunyi semut bergerak pun dapat didengari. Engkaulah idola kebanyakan kanak-kanak.

Sekarang yang kanak-kanak itu telah pun dewasa. Malangnya tidak kesemuanya masih menjadikan engkau sebagai idolanya. Sebahagian besarnya telah pun merentasi dan melepasi daerah jangkaan pemikiran engkau. Mereka beransur-ansur membaca sejarah hidup engkau.

Sejarah hidup engkau rupa-rupanya penuh dengan kepalsuan, dalam kebanyakan mereka bersangka baik terhadap engkau semasa kanak-kanak dahulu. Rupa-rupanya sejarah hidup engkau penuh dengan gejala "gula tumpah", agar kelihatan manis dipandang orang. Sedangkan sebenarnya sejarah hidup engkau penuh dengan tipu daya, tipu muslihat, pengkhianatan, penderhakaan, penghinaan dan sikap dan sifat yang sekelas dengan perbuatan durjana jin laknatullah.

Buat mereka yang tertutup rapat tentang sejarah hidup engkau, yang sengaja direka agar sentiasa kelihat manis sejarahnya, terus terperdaya dengan tipu muslihat engkau. Sedangkan engkau telah mencuri, merompak sebahagian besar hak mereka, termasuklah meratah hak individu yang menyokong engkau dan menjadikan engkau idola hidupnya.

Apa jenis manusia engkau?. Semuanya engkau ubah, engkau pinda dan engkau pengaruhi, supaya segala-galanya kelihatan cukup teratur dan tidak akan kelihatan tipu daya engkau untuk terus berpengaruh. Kini engkau telah pun dipanjat usia. Apa juga gelaran engkau akan terpaksa menerimanya kerana keceluparan pendapat engkau tentang Islam dan langsung tidak menegur bantah dan memberi amaran serta hukuman kepada suara-suara sumbang tentang Islam Addin.

Bersedialah engkau untuk dituntut di kemudian hari oleh sebahagian kanak-kanak itu tadi. Itu pun kalau engkau masih punya kesempatan untuk terus bernyawa. Pengadilan Allah S.W.T., tidak akan melepaskan engkau sebagaimana kesemua hamba-hambaNya.

======================================================================

Sekadar berita penyerap dan gambar hiasan:

12 April, 2013

Muhyiddin Paksa Guru Cina Hadir Himpunannya.. Surat Ini Sebagai Bukti

KUALA LUMPUR: Guru-guru di semua sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara diarahkan menyertai himpunan dengan Tan Sri Muhyidin Yasin di Johor Bharu 16 April ini.

Himpunan itu akan diadakan jam 3.00 petang di SJKC Foon Yew 1, Johor Bahru. Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri telah mewajibkan setiap sekolah Cina menghantar sekurang-kurangnya enam orang guru bagi menyertai himpunan itu.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur misalnya telah menghantar surat kepada semua sekolah Cina bagi mewajibkan mereka menyertai majlis itu.

Guru besar, seorang guru penolong kanan dan guru biasa diwajibkan menyertai himpunan itu. Ia dibuat kononnya untuk merealisasikan hasrat pendidikan negara, kata surat itu.

Mengikut taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, guru-guru yang menjadi wakil akan dibekalkan bas dari Kuala Lumpur ke Johor dan perlu berkumpul sebelum 7 pagi.



Mereka dijanjikan pulang dan tiba kembali di Kuala Lumpur pada hari yang sama kira-kira 11 malam.

Ini bermaksud kelas dan pengajaran guru-guru yang terpilih akan diabaikan pada hari itu semata-mata untuk menghadiri perhimpunan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang jelas mempunyai motif politik menjelang pilihan raya akan datang.

Sementara itu, prestasi pengajaran guru pada hari keesokannya sudah tentu akan terjejas kerana keletihan wakil-wakil guru disebabkan kepulangan lewat pada tengah malam pada hari 16 April. ~kog

Sekadar berita penyerap dan gambar hiasan.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: