Jumaat, 12 April 2013

361. Mencipta reka dan reka letak.

Bila Melayu telah biadap kurang ajar. Buruk padahnya. Padahnya ialah neraka jahanam. Berulang kali diberi peringatan. Rupa-rupanya ibarat "Mencurah air ke daun keladi". Kalis dan semakin menjejak diri kepada palis. Nauzubillah.

Memang kaya tetapi kaya jahanam, apabila jiwa telah dibanjiri dengan kelodak dan lumpur serta nanah dan darah kotor.

Dendam.

Dendam kesumat seperti ayat-ayat yang menyantuni satu jiwa yang berpengaruh tetapi telah menjadi tidak sedar diri. Tidak sedar diri bila terasa jiwa semakin terancam seumpama tabir besi bakal memagari jiwa yang dulunya kaya, kaya harta, kaya pengaruh dan kaya dengan pengkhianatan.

Satu jiwa yang berpengaruh tetapi sebenarnya semakin miskin dengan peradaban hidup. Semakin miskin jiwanya kerana tiada lagi rasa hormat terhadap undang-undang dan peraturan hidup. Menjadi semakin miskin jiwanya kerana sentiasa memikirkan untuk menjahanamkan nama baik orang lain  dengan cara diluar batas kemanusiaan dan melanggari peraturan serta undang-undang kehidupan.

Hidup ibarat roda, katanya sesetengah bijak pandai. Sebenarnya hidup di dunia ini akan ada kesudahannya. Kesudahan pertamanya ialah "mati" atau "maut" setelah beberapa ketika sahaja hidup di dunia. Buat mereka yang percaya kepada dendam kesumat, seperti tiadanya hari khiamat dan alam akhirat serta syurga dan neraka. Agaknya yang dia tahu, pengaruh kuasanya, kekayaan meterealnya dan lingkungan kehidupannya yang seolah-olah seperti tidak disedari semakin dekat dengan penghujung.

Aku sentiasa memohon rahmat Allah S.W.T., dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W., sebagai satu perlindungan abadi dari Yang Maha Esa. Termasuklah untuk ibu bapaku, keluargaku, sanak saudara dan seluruh muslimin dan muslimat.

Firman Allah S.W.T:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.(Suran An-Nur Ayat 4)

Ayat ini kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma' ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

Agaknya si pembuat fitnah, si penipu dan si pengkhianat, memang menjadikan dirinya dan membentuk dirinya menjadi tidak takut kepada kematian.

Cacat dahulu baru mati.

Maksudnya kerana menyalah gunakan rezeki panca indera pinjaman Allah S.W.T., maka Allah S.W.T., tarik satu persatu nikmat rezeki pinjaman itu. Buat peringatan. Agar individu itu nampak bunga-bunga keinsafan dan sudi sedia setulus hatinya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan "taubat nasuha"., sebelum Malaikat Maut datang memanggil.

Jiwa pendendam biasanya merasakan dirinya kebal dari undang-undang dunia. Undang-undang yang nampak. Ada kesombongan dalam jiwanya. Sombong untuk membuktikan kepada mata dunia, dia bukanlah seseorang yang sebenarnya telah rosak akhlaknya.

Lambat laun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Lagi mudah bagi orang terkenal, seantero dunia akan tahu hari-hari kejatuhannya. Sikap parasitnya dan lebih bobrok dari segerombolan ikan pirana di Sungai Amazon.

Catatan: 
Kalis:
1 tidak basah atau tidak dpt dimasuki sesuatu spt air dll: ~ air tidak dpt diserapi (dimasuki) air; ~ api tidak boleh terbakar atau tidak boleh dijilat api (bkn pakaian, pintu dll); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah pd cuaca (bkn cat dsb); ~ gas tidak dpt dimasuki gas; ~ karat tidak dpt berkarat (kerana disaluti sesuatu bahan yg menahan karat); ~ tiris tidak tiris. 2 tidak dpt dihinggapi penyakit. 3 suram (bkn barang-barang spt kaca); pudar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tr biasa dgn sesuatu: perut dia tak kembung makan nasi mentah sebab sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Palis:
; berpalis, memalis memandang ke arah lain kerana malu dll: Gadis itu menjawab sambil ~ dgn manisnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

; ~ palis sj mantera utk menjauhkan (menolak) bahaya; bersiah 1. berganjak ke tepi (utk mengelak­kan sesuatu), menepi (utk memberi jalan dll): waktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis; 2. ark berlari dgn tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang; menyiah, menyiahkan 1. mengganjakkan ke tepi, mengetepikan; 2. menguakkan (me­nolakkan) ke tepi: ~ rambut; 3. ki meng­elakkan bahaya dll: apabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke tempat lain dgn isyarat dan ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sumber Rujukan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: