Sabtu, 13 April 2013

366. Forum - Ada Apa Pada PRU13.

Sumbernya:

RUZY ADILA IDRIS
12 April 2013

Timbalan Dekan Industri dan Alumni Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin berkata, dari segi teori politik, sistem tersebut akan memberikan kesan yang baik kepada rakyat dan negara.

“Persoalan suara dalam demokrasi yang matang, kita sepatutnya mempunyai satu semak dan imbang dalam politik.

“Semak imbang dalam konteks di Malaysia ketika ini, kita mempunyai satu kerajaan yang kukuh dan mempunyai pembangkang yang agak kuat untuk mengukuhkan negara,” katanya dalam Forum “Ada Apa Pada PRU13’ yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM di sini, hari ini.

Forum yang dipengerusikan Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali itu turut menampilkan panel, pengamal undang-undang, Kamarudin Ahmad.

Menjelas lanjut perkara itu, Saharuddin berkata, untuk menuju ke masa depan yang cemerlang, gambaran-gambaran negatif terhadap pembangkang harus dikurangkan.

Katanya, politik Malaysia harus menuju ke langkah yang seterusnya iaitu menjadi parti politik yang akan menjadi semak imbang kepada parti pemerintah dan parti politik itu mestilah kuat.

“Kenapa perlu kuat? Supaya dapat menyemak segala perbuatan oleh kerajaan.

“Sejak 2008, saya melihat suasana politik negara dari sudut positif, tidak dari negatif. Apa yang berlaku, ia sebenarnya menguntungkan rakyat,” katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan perlu melakukan sesuatu yang lebih kepada rakyat memandangkan terdapat persaingan apabila Pakatan Rakyat (PR) juga ada memerintah empat negeri.

Cabaran itu katanya, membuatkan kerajaan pusat bersedia memberikan lebih kepada rakyat termasuk kesediaan untuk lebih merancang.

“Manifesto yang dikeluarkan oleh kedua-dua parti ada kelemahan dan kelebihan.

“Kelebihan PR kerana buat dulu manakala kelebihan BN sebab boleh lihat dulu perancangan PR dan boleh atasinya.

“Tetapi yang paling pentingnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah kedua-dua parti mengemukankan manifesto yang agak terperinci,” katanya lagi.

Jelas beliau, BN telah mengeluarkan manifesto setiap kali pilihan raya tetapi pada kali ini, manifesto yang dikeluarkan itu agak terperinci dengan menyatakan sasaran penerima, berapa tempoh yang akan diambil untuk mencapai sasaran tersebut dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, walaupun PR juga mengemukakan manifesto, ia tidak selengkap BN tetapi ia ada juga perinciannya seperti menyelesaikan masalah kereta, masalah anak muda.

Sehubungan itu katanya, saingan itu telah menyebabkan parti-parti politik di Malaysia lebih bersiap sedia.

“Dari konteks demokrasi ia memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat kerana kerajaan menjadi lebih bersedia kerana sudah memerintah lebih 55 tahun dan pembangkang juga menjadi lebih bersedia kerana bercita-cita untuk dapat memerintah negara.
SHAH ALAM – Sistem dua parti dalam sesebuah negara adalah baik untuk memastikan kedudukan negara itu adalah seimbang dan kukuh.

“Sebab itu di setiap negara-negara maju, sama ada di New Zealand, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) maka sistem dua parti itu dibuat secara kukuh.

“Apa yang penting, kedua-dua manifesto (BN dan PR) mengukuhkan asas pembentukan negara Malaysia iaitu yang berlandaskan Melayu dan Islam, masyarakat berbilang kaum, menghormati perlembagaan serta menyertakan agenda-agenda tertentu untuk pembangunan negara,” katanya lagi.
 








Tiada ulasan: