بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Sumber: Azizan-jatuh-Kedah-pun-jatuh
APA SAHAJA DIJADIKAN ISU
Sehari selepas Parlimen dibubarkan, seorang pemimpin pembangkang mempersoalkan sama ada pembubaran yang diumum Najib Tun Razak, sah atau tidak. Ini kerana dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, Najib tersilap menyebut tarikh 3 April 2012, bukan 2013.
Lalu dipersoal sama ada pembubaran itu memenuhi kehendak undang-undang kerana pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.
Keghairahan mencari isu menyebabkan ada yang terlupa bahawa yang diambil kira adalah watikah pembubaran yang ditanda tangani Yang di-Pertuan Agong, bukan pengumuman televisyen.
Dalam keadaan ini, pembangkang yang dilihat begitu yakin akan mengambil alih Putrajaya pada PRU13, seharusnya bersikap lebih matang dan profesional, bukan tingkah laku biasa yang seperti kemaruk isu untuk dipolemikkan.
MANIFESTO: SIAPA TIRU SIAPA
Sekarang kita tertunggu-tunggu, apa isu yang benar-benar jadi perhatian pengundi pilihan raya edisi ke 13 ini. Persaingan manifesto - yang paling diberikan perhatian dalam mana-mana pilihan raya di seluruh dunia tetapi mungkin agak kurang perhatiannya di negara kita - kini dimomok dengan isu ciplak.
Soal sejauh mana rakyat akan dapat dipujuk untuk terus memberi mandat kepada BN, masih jadi persoalan dalam keadaan pembangkang dilihat makin berupaya memberikan alternatif dalam isu-isu tertentu - seperti menurunkan harga kereta - hingga mempengaruhi kerajaan untuk menyemak semula dasar yang berkaitan.
Dalam pada itu, tradisi berpolitik di Malaysia yang sentiasa hangat sepanjang tahun masih juga dilihat memberi tempat kepada isu-isu picisan, terutama berkaitan agama yang sudah sekian lama jadi jadi garis pembahagi antara Pas dengan Umno.
Media tertentu masih memomokkan apa yang disebut sebagai fatwa Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa solat orang Umno tidak dapat pahala. Dalam masa yang sama, media propembangkang terutama media baru pula mendedahkan kenyataan sebenar Nik Aziz bahawa solat atau amalan kebajikan sama ada oleh orang Umno atau orang Pas, jika dilakukan dalam keadaan menolak Islam, riyak atau kedekut, sama-sama tidak akan mendapat ganjaran pahala di sisi ALLAH.
Beliau merujuk ayat 4 hingga 7 surah al Ma’un. Situasi hangat musim pilihan raya dapat dilihat apabila Muhyiddin Yassin sendiri turut memberi perhatian terhadap kenyataan Tok Guru Pas itu hingga melabel Pas sebagai ‘parti ajaran sesat’ dalam satu kenyataan pada 6 April 2013.
BILA DAP GUNA SIMBOL BULAN
Kita juga tertunggu-tunggu apakah silent majority dalam Pas merestui keputusan pucuk pimpinan parti itu membenarkan DAP menggunakan simbol mereka pada pilihan raya ini? Apakah hati mereka tidak tambah terluka setelah Lim Guan Eng pada penghujung tahun lalu mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH?
Meskipun pimpinan Pas sudah menyatakan keputusan mereka berhubung perkara itu dalam kenyataan kelihatannya seperti mudah tetapi tidak mudah untuk difahami, apa lagi dipatuhi, dipercayai silent majority di kalangan akar umbi, masih sukar untuk memahami pendirian pemimpin parti.
Jauh di lubuk hati, mungkin masih ada ragu dan kecil hati dan apakah mereka menunggu untuk memberikan reaksi menerusi kertas undi pada pilihan raya umum ini?
=======================================================================
Seladang Muda Jr. · Top Commenter · Lain-lain Pangkat (LLP) at Kais pagi makan pagi enterprise
Abang mat...inilah gayanya manusia berpolitik di negara dunia ketiga...cuba lihat di Australia contohnya, segala berjalan lancar, nak pilihanraya bulan 9 nanti, bulan dua PM dia dah umum tarikh siap-siap...setiap kali parlimen bersidang dan berbahas satu-satu isu, PM dan Ketua pembangkang dapat liputan langsung sama...tak dak lah rakyat nak peduli hal-hal dosa pahal, itu bukan manusia tentukan, wartawan pun satu juga...isu -isu ni kalau tak di bawa wartawan takkanlah ada orang nak ambil pot...kalau wartawan didunia ketiga tak bawa cerita titik bengik ni,tak ada lah ceritanya...saya fikir wartawan pun kena ada etika dalam melaporkan...itu sebab kita kena berubah...kalau tidak pilihanraya ke 14 pun sama juga...
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan