بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu. Kegetiran hidup pernah dirasai oleh bangsa ini, sewaktu penjajahan Inggeris dan Perang Dunia Ke Dua. Zaman Jepun menakluk Tanah Melayu. Kesusahan dan kegetiran hidup sebelum dan sesudah merdeka 1957, termasuk zaman komunis dan zaman darurat mengajar sebahagian Melayu erti ketabahan hidup.
Namun sebahagian besar mereka telah pun kembali ke Rahmatullah. Meninggalkan cebisan, catatan dan lipatan sejarah buat generasi depan termasuklah aku. Waktu Tanah Melayu terjajah Inggeris, pejuang Melayu dipanggil pengkhianat bangsa. Kononnya pengkhianat bangsa Melayu. Sebagai satu propaganda ideologi penjajah Inggeris mengekalkan kuasa cengkamannya dan menyedut pindah pulang ke British hasil bumi lumayan Tanah Melayu.
Allahyarham Tok Janggut, Allahyarham Datuk Bahaman, Allahyarham Mat Kilau, Allahyarham Datuk Maharajalela, Allahyarham
Selaras dengan kemerdekaan Tanah Melayu nama-nama pejuang Melayu tidaklah mewajarkan mereka dipanggil pengkhianat bangsa lagi. Merekalah pejuang bangsa mengikut acuan sejarah Tanah Melayu setelah dan selepas merdeka. Tanpa perjuangan mereka tidak akan lahir nama-nama baru yang berjuang atas landasan politik sebelum dan sesudah Tanah Melayu merdeka.
Apakah generasi Melayu dewasa ini masih lagi terasa atau mengenang zaman susah nenek moyangnya?. Melihatkan ciri-ciri dan corak cara kehidupan Melayu dewasa ini tentu sekali kita akan beroleh jawapannya. Tersinggung Melayu bila Inggeris atau sesiapa sahaja mengata Melayu itu satu bangsa yang malas dan bangsa yang suka hidup bersenang-senang.
Aku teringat satu kisah zaman perang yang ditulis oleh Lee Kwan Yew. Waktu itu orang Cina sibuk mengumpulkan bahan-bahan makanan dalam menghadapi zaman perang. Melayu pun sibuk mengangkut perabut dan barang kesenangan dalam menghadapi peperangan. Mungkin Melayu waktu ini telah sedia dan ada bekalan makanan yang mencukupi. Al maklum Melayu kebanyakkannya petani dan nelayan., berbanding Cina yang kebanyakkannya buruh, pekerja lombong dan peniaga.
Kalau dulu Melayu pernah dizalimi Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis., di zaman sekarang ini Melayu menzalimi Melayu?. Mungkin juga, maklumlah Melayu selepas merdeka sebahagian besar dari mereka sudah pun menjadi "Melayu Celup". Hasil dari perkahwinan campur dengan bangsa lain dan meMelayukan bangsa lain sebagai Melayu di Kad Pengenalan Warga Negara Malaysia.
Melayu kebanyakkannya beragama Islam. Sekarang sudah pun tercatit ada Melayu menjadi Islam murtad. Sejak dari dulu lagi sebahagian besar Melayu tinggal di kampung-kampung. Sekarang sudah ada di kalangan mereka yang menetap di bandar-bandar dan juga kawasan perkampungan Felda. Sebahagian besar Melayu tetap seperti dahulu, bertani dan nelayan.
Kalangan Melayu yang berikhtiar menjadi golongan pemodal, biasanya memperolehi cabaran yang amat besar. Cabaran bukan hanya tertumpu dari cabaran kaum Cina dan India tetapi dari kalangan sebangsa Melayu itu sendiri. Melayu cuba berniaga barang-barang runcit, tidak ramai Melayu yang menyokong dengan membeli barang keperluan di kedai Melayu.
Puncanya ada peniaga Melayu yang tidak menjaga kualiti barang jualannya. Berhabuk dan kotor serta berselerak. Harga barangan jualannya lebih ringgit dari harga yang ditawarkan oleh peniaga kaum Cina dan India. Atau memang Melayu tidak akan menyokong Melayu menjadi peniaga.
Peniaga Melayu beri alasan dia perolehi barangan tersebut dari pengedar dan pembekal kaum Cina yang mensabotaj tawaran harga beli yang berbeza antara peniaga runcit Melayu dengan peniaga runcit kaum Cina. Apakah perkara ini realiti yang dihadapi oleh peniaga-peniaga Melayu dewasa ini?. Peniaga Melayu yang dapat menjawabnya.
Maklumlah kaum Cina pemodal besar dalam ekonomi Malaysia masa kini. Asalnya mereka datang ke Tanah Melayu sebagai buruh dan pekerja lombong bijih timah milik penjajah Inggeris. Kemudian memperolehi status warga negara Tanah Melayu.
Pelanggan Melayu pula kata peniaga Melayu, tidak pandai menjaga mulut. Kita beli banyak barang sebagai sokongan kepada perniagaannya, tidak sayang mulut sebab ramah agaknya. Ramah tidak kena tempat. "Banyak beli barang, hendak kenduri ke?". Ada Melayu yang suka beli barang keperluan dapur sebulan sekali. Itu sebab mereka beli banyak barang sekali gus. Ada peniaga Melayu yang menipu timbangan, hendak meniru gaya menipu peniaga bangsa lain.
Sebab itulah agaknya ramai Melayu lebih suka berniaga kedai makan, tak pun niaga warong-warong tetapi harga mengalahkan makan di restoran hawa dingin. RM11.50 bagi harga makanan 4 ketol sop ekor lembu (adalah seketul anggaran panjangnya 4cm dan lilitan 4.5cm, nasi putih separuh (beras bukan special gred, jenis RM2 lebih sekilo) dan segelas kopi O.
Kadang-kadang peniaga makanan Melayu tidak boleh mengamalkan persaingan yang sihat di kalangan mereka. Masak tak sedap, layanan lemah dan harga tidak patut, bukan jadi kajian untuk bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T.. bagi meningkatkan kemajuan perniagaan.
Dibidang pekerjaan, gaji Melayu yang bekerja dengan kaum Cina berbeza ketara dengan Cina yang bekerja dengan Cina, walau pun berkelulusan yang sama dan Melayu lebih lama bekerja dengan pemodal Cina tersebut. Contohnya Melayu berkelulusan ijazah ekonomi dan telah 7 tahun bekerja dengan syarikat pemodal Cina bergaji Ringgit Malaysia lima ribu tiga ratus. Cina yang berkelulusan sama dan baru 4 tahun bekerja telah pun bergaji RM6200. Benarkah perkara ini berlaku?. Hanya yang disitu sahaja dapat menjawabnya.
Ada pula Cina dan India kata Melayu ramai kerja dengan kerajaan, Kerajaan Malaysia.
Sebenarnya ada Melayu yang tidak boleh agaknya melarikan diri dari penyakit hasad dengki, kaki ampu bodek, talam dua muka, tali barut, pengkhianat bangsa Melayu era merdeka, sombong, cakap besar, perasuah, penipu dan pemfitnah. Melayu jenis ini agaknya sudah cair Islamnya. Nauzubillah.
Siap ada yang berjampi berbomoh lagi. Silap gaya kena rogol dengan bomoh jenis putar alam, kononnya nikah berwalikan Allah S.W.T., dan bersaksikan Malaikat kiri dan kanan. Melayu penjual maruah Melayu pun ada. Jantan Melayu penjahanam perempuan Melayu, siap siaga menyundalkan perempuan Melayu yang asalnya suci bersih. Nauzubillah. Hendak naik teksi pun jadi takut kalau pemandu teksinya Melayu, angkara penjenayah menyamar pemandu teksi. Jahanam, Laknatullah.
Cina datang merantau ke sini bawa pengalaman susahnya semasa hidup di Negeri China. Pernah mengalami banjir. Paling tidak pun mereka memilih jirat yang di atas bukit, tidak tenggelam di musim tengkujuh Malaysia. Sebahagian besar mangsa banjir ialah bangsa Melayu. Kampung tepi sungai, buat rumah di kawasan rendah. Sudah kalau musim banjir pokok pun acup, macam mana hendak berumah di atas pokok, macam tanggapan penjelajah eropah terhadap bangsa Melayu satu ketika dahulu.
India satu masa dahulu adalah buruh di ladang-ladang kepada pedagang Inggeris, pengusaha ladang-ladang getah. Itu dulu. Sekarang mereka telah keluar dari ladang dan tinggal di taman-taman perumahan. Sebahagiannya masih meneruskan pekerjaan sebagai penoreh getah, cuma tidak tinggal di ladang lagi. Sudah punya rumah sendiri.
Sebahagian darinya menjadi pengusaha dan pemodal. Menubuhkan syarikat-syarikat berasaskan pembinaan jalan raya, perladangan dan perniagaan. Banyak sudah kedai-kedai runcit kaum India. Mereka telah pun membuka minda. Melayu kebanyakannya terus menjadi pembeli dan pengguna tegar.
Agaknya inilah bekal, wasiat dan warisan Melayu turun temurun. Sukar agaknya untuk berubah. Sama-sama teguh dengan berImankan kepada Allah S.W.T.. supaya usaha jahat kaum kafir dan anti Islam untuk menjauhkan Melayu dari Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W., dan digantikan dengan program hiburan sana sini ternyata gagal.
Allah Maha Besar.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan