Khamis, 18 April 2013

381. Sebahagian memikirkan begitu dan tidak begini seperti yang sepatutnya.

Salam All tetamu blog ini. In Syaa Allah kita sentiasa dalam perlindungan, keberkatan, keredhaan dan kerahmatan Allah S.W.T..

Barisan Nasional adalah parti yang dipilih menguasai Kerajaan Malaysia. Kalau di Singapura dipanggil "Pemerentah" dan "Pihak Pemerentah Singapura". Sebarang hujah untuk menegur Barisan Nasional atau pemimpinnya akan dianggap sebagai menentang kerajaan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.” 

Dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kerusi-kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, sebarang undi yang memihak kepada selain dari Barisan Nasional, akan dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa. Individu itu akan dianggap sebagai tidak mengenang budi dan tidak tahu bersyukur kerana kononnya hanya Barisan Nasional sahaja yang berhak menerajui Kerajaan Malaysia, sehingga kiamat.

Ke mana perginya hala tuju seseorang tentang "demokrasi" kalau berpandangan sedemikian sehingga mati. Dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.

Maaf kata perangai pengundi yang berpendirian sedemikian kebanyakkannya adalah Melayu. Mereka terdiri dari orang kampung, golongan muda yang lahir selepas 1980an, penjawat awam dan sebagainya. Mereka ini biasanya tegar dengan Parti Umno yang dulunya tegar dengan lambang kapal layar. Agaknya bimbang ditohmahkan sebagai kapal yang salah berlayar, maka ditukarkan kepada lambang "keris bogil" bagi sesetengah pihak yang dengki dengan Umno.

Sebahagiannya pula buta sejarah. Mereka ini dianggapkan oleh sesetengah pihak lain, yang kononnya tahu sejarah, sebagai terlalu bodoh dan dungu, kerana mudah diperkotak-katikkan dengan penipuan bahan sejarah.

Mereka ini dikatakan tidak dapat membezakan antara zaman penjajah British terutamanya dengan zaman selepas kemerdekaan, walau pun sesetengahnya ingat dan tahu Tanah Melayu merdeka pada 31. OGOS, 1957. Polis zaman British dianggapkan hero Malaya dan hero orang Melayu.

Yang membunuh Polis Melayu British dikatakan pengkhianat, penderhaka dan sebagainya. Nampak sangat dakyah penjajah British tertanam terlalu mendalam dalam jiwa yang mengaku Rakyat Malaysia, walau pun British telah memerdekakan Tanah Melayu dan lebih malang lagi mereka ini lahir selepas merdeka.

Kasihan. Nama-nama Melayu yang berjuang membebaskan Tanah Melayu, masih ada yang dianggapkan sebagai pengkhianat dan petualang Melayu. Sebabnya nama-nama Melayu yang berjuang membebaskan Tanah Melayu dari terus dijajah, berjuang dibawah panji komunis. Mereka ini berjuang dibawah panji komunis kerana perjuangan yang berlandaskan Islam diharamkan oleh British penjajah.

Berbalik kepada pengundi Melayu yang tegar dengan Umno dan Barisan Nasional, mereka agaknya memang tidak peduli atau memang tidak tahu menahu, bahawa sesetengah pemimpin Umno kesayangan mereka melakukan salah laku, pengkhianatan Islam dan Bangsa Melayu, menderhaka kepada Raja-raja Melayu, melakukan perompakan harta Kerajaan Malaysia dan menyalah guna kuasa.

Agaknya mereka terlalu tertutup dengan berita sebenar, mereka tidak tahu agaknya beberapa syarikat atau sumber bacaan dan pengetahuan mereka telah beberapa kali kalah dalam pernyataan saman yang telah diistiharkan oleh mahkamah.

Penulis sampai sekarang tidak lagi dapat pasti punca sebenar pergaduhan kaum 13 MEI 1969. Ada yang kata DAP mulakan. Ada yang kata UMNO penyebabnya. Sejarah kejadian tersebut masih belum terungkai ketepatannya. Ada yang masih terlindung. Ada rasa berkepentingan. Perikatan berganti kepada Barisan Nasional, wadah politik Melayu dewasa ini.

Apabila melihat kepada suasana Pilihan Raya Umum ke 13, yang rajin membuat onar, provokasi kepada pihak lain ialah Umno. Sampaikan ada yang sudah kena takok dengan parang, kerana memasang bendera selain dari Umno.
Satu lagi ungkapan yang sering digunakan, sepatutnya salah tetapi jadi betul, kerana mereka berkuasa agaknya. "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" sepatutnya "Projek Kerajaan Malaysia". Agaknya jenama tersebut kalau dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, laku atau tidak berbanding dengan wakil Kerajaan Malaysia. Atau pun Rakyat Malaysia belum pandai, belum berani dalam bab saman menyaman.

Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Perak (Runtuh selepas beberapa YB keluar dari parti memerentah)., kerajaan tersebut dipanggil "Kerajaan Pembangkang". Sedangkan pembangkang dalam kerajaan negeri tersebut ialah Barisan Nasional. Alasannya kerajaan Pusat dikuasai parti pembangkang dalam negeri-negeri tersebut.
Kain rentang yang mencerminkan...  .
Dalam suasana dewasa ini, Program Kerajaan Malaysia, tetapi yang jadi kenyataan ialah Program Barisan Nasional, rasmi itu rasmi ini dan projek itu projek ini., dengan menggunakan gelaran menteri dan pelbagai milik Kerajaan Sementara Malaysia. Mohon peluang untuk terus berkuasa lagi. Baru nampak kuasa rakyat.

Mintalah kepada Melayu supaya tidak mudah termakan budi. Sebab bagusnya Melayu ialah satu bangsa yang bijak mengenang budi. Waspadalah kepada pihak yang menabur budi. Mungkin ada udang disebalik batu.

Melayu juga kaya dengan watak-watak dalam masyarakatnya, seperti watak talam dua muka, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, baling batu sembunyi tangan, harapkan pagar, pagar makan padi, haruan makan anak dan pelbagai yang busuk lagi membusukkan. Natijahnya Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Ubatnya berusahalah dan berdoalah, In Syaa Allah Malaysia dipimpin oleh pejuang Muslim yang benar lagi benar, agar kita sama-sama beroleh Rahmat Allah S.W.T., dan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.. In Syaa Allah tanah Malaysia terus aman tenteram, makmur, menjadi tanah yang subur dan kaya dengan sumber alam., rezeki dan pinjaman milik Allah S.W.T., Tuhan Yang Maha Agong. Amin Ya Rob.

Tindakkan kita memilih parti yang tepat untuk menguasai Kerajaan Malaysia, antaranya akan melonjakkan nilai Ringgit Malaysia agar memiliki daya saing berbanding dengan nilai mata wang dunia yang gah.

Dalam suasana pilihan raya umum Malaysia dewasa ini, waspadalah dengan perangkap hadiah-hadiah yang lebih mirip kepada umpan. Kita semua bukan ikan, kita manusia dan wajar jika menjadi pemancing, jadilah pemancing yang bijak. Sekarang tiada lagi parti kerajaan dan tiada lagi parti pembangkang, semua parti-parti tersebut sama tarafnya. Menagih undi kita Rakyat Malaysia.

Tunggulah malam pengumuman 5 Mei 2013., parti mana yang bakal menjadi kerajaan dan pembangkang, kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri.

Apakah wajar saban tahun kita melaungkan pekikkan "Merdeka"., berulang-kali. Cukuplah sekali pada 31 Ogos, 1957. Jadikan pengisian erti kemerdekaan sebagai acap kali dalam jiwa rakyat Malaysia. Malu melaungkan merdeka, seolah-olah kita "menggenahkan" Malaysia terus dijajah hatta di tahun 9013., itu pun kalau dunia belum kiamat. Bangga British mendengarkan pekikkan "merdeka", dari anak tirinya kalau pun mungkin.

In Syaa Allah Tidak akan tergadai lagi harta Malaysia seperti.,
1. Landasan Keretapi ke Tg Pagar, Singapura (Bersyarat), 
2. 2008 Pulau Batu Puteh menjadi Republik, 
3. Dua Blok Cari Gali Minyak kepada Brunai DS (Isu tuntutan Limbang), 
4. Tidak dapat menguasai sepenuhnya kepulauan Spartly, 
5. 1965 Menyingkirkan Singapura untuk menjadi Republik, seterusnya Azan tidak boleh berkumandang seperti di Malaysia DAN 
6. Kelakuan, kerakusan dan penjarahan harta Kerajaan Malaysia. 

Nota paksi: 

Peruntukan RM100 000 untuk satu program - Telah habis diguna pakai sebanyak RM120 000 - Sebagai Bendahari anda diarahkan mengatasi masalah belanja program yang telah berlebihan dari peruntukan tersebut., dan mempastikan RM10 000 adalah tabung organisasi. 

Peruntukan RM100 000 - Guna RM120 000 - Tabung organisasi RM10 000 - Sebagai Bendahari yang kononnya cukup jujur, bagaimanakah caranya anda mendapatkan wang sebanyak RM30 000 bagi menampung kos sebenar RM130 000., sebagaimana yang diarahkan?. Berjayakah anda berlaku jujur, bila bekerja dalam organisasi yang sedemikian rupa. 
Klik:
Laman Terkini Semak Mengundi. (Suruhanjaya Pilihan Raya-semakan daftar pemilih)






Lain-lain urusan SPR klik saya . (Anika Layaran)  








Pemberitahuan
Blog ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi penulis. Untuk tambah jaringan layaran: (current.com)

To Our Faithful Current.com Users: Current's run has ended after eight exciting years on air and online. The Current TV staff has appreciated your interest, support, participation and unflagging loyalty over the years. Your contributions helped make Current.com a vibrant place for discussing thousands of interesting stories, and your continued viewership motivated us to keep innovating and find new ways to reflect the voice of the people. We now welcome the on-air and digital presence of Al Jazeera America, a new news network committed to reporting on and investigating real stories affecting the lives of everyday Americans in every corner of the country. You can keep up with what's new on Al Jazeera America and see this new brand of journalism for yourself athttp://www.aljazeera.com/america. Thank you for inspiring and challenging us. We are incredibly proud of what we have been able to accomplish together! – The Current TV Staff
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, admin lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 


-----------------------

Tiada ulasan: