Selasa, 23 April 2013

393. Semakin Afdal.

In Syaa Allah usaha-usaha di bawah akan menjadi lebih afdal, apabila seseorang Islam itu sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.. Elak dari mengamal perkara tipu daya jin laknatullah, perkara yang dilarang Allah S.W.T..
In Syaa Allah, Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi jasad dan roh sepanjang hayat mengikut acuan Islam yang menurut perentah dan larangan Allah S.W.T..

Kulit Muka

Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu.

Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.

Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Dah cuba pelbagai produk di pasaran tapi masih belum ada yang sesuai dengan kulit anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit muka anda ? Jom cuba petua di bawah ini :

Tips Melicinkan Kulit Muka

1. Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.

3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda bertambah licin.

4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.

5. Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 

Tiada ulasan: