Rabu, 24 April 2013

396. Jaringan Sosial.

Sumber: PMR Penerangan.


23 APR- RAKYAT PERLU BIJAK PILIH CALON PRU-13: TPM 

muhyidin-dan-najibKuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya menggunakan kebijaksanaan ketika memilih calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memastikan Malaysia terus stabil dan maju menjelang 2020.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri meminta pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), yang mempunyai hala tuju jelas dan mengembalikan semula kawasan dikuasai pembangkang supaya rakyat terus dapat manfaat melalui program yang dirancang kerajaan sebelum ini. 
PRU amat penting 

PRU kali ini amat genting dan penting menentukan masa depan Malaysia selari aspirasi menjadikan negara ini maju dan berpendapatan tinggi pada 2020, katanya berucap di depan kira-kira 1,000 penduduk Flet Seri Melaka, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.

Muhyiddin berkata, di bawah pemerintahan BN, Malaysia terbukti maju dengan kedudukan ekonomi yang kukuh sehingga rakyat mendapat pelbagai nikmat, termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Katanya, Malaysia juga mendapat banyak pujian daripada ramai pemimpin dunia Islam lain kerana berjaya memajukan pelbagai perkara, termasuk ekonomi, sosial dan meningkatkan syiar Islam di negara ini melalui program mengimarahkan masjid.

Beliau berkata, sejak sekian lama BN berjaya mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara ini sehinggalah berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Juanda sokong BN

Insiden itu ada hikmahnya kerana berjaya menyedarkan kita mengenai nilai keamanan yang dinikmati sekarang, katanya.

Mengulas mengenai manifesto pembangkang, beliau berkata, ia hanya sedap didengar tetapi hakikatnya akan terus meruntuhkan negara. Terdahulu, Juanda secara terbuka menyokong BN untuk menjaga agama dan keamanan negara.

Beliau berkata, perubahan wajar berlaku tetapi ia perlu ke arah kebaikan dan bukannya kemusnahan.
Berita ini disunting daripada Berita Harian 
Sekadar Berhibur (Tidak saya dan Tanggungan ANDA) : Saluran & Rangkaian Pautan 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 


Tiada ulasan: