بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agama Ku.
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas
Follow my tweet: (AlWaser) .
Follow my tweet: (AlWaser) .
KASIH SAYANG NILAI KEMANUSIAAN
“Hati gersang jadikan individu tak
bermoral, zalim” Prinsip persaudaraan manusia di dalam
Islam meletakkan seluruh manusia dalam satu keluarga besar yang berasal
dari nabi Adam. Pengertian ini dapat difahami daripada hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Dan aku menjadi saksi bahawa semua manusia adalah saling
bersaudara” (Hadis riwayat Abdu Daud).
Satu daripada prinsip dan nilai
persaudaraan sesama manusia ialah ‘kasih sayang’ (al-mua’akhah bi
al-mawaddah) yang harus disuburkan umat manusia secara tulus dan suci. Pada
prinsipnya kasih sayang adalah sebahagian daripada ‘integriti moral’ yang
menjadi petunjuk kemuliaan manusia.
Ia adalah sifat yang mendorong jiwa
menyempurnakan keluruhan akhlak yang terpuji dan sekali gus menjadi hiasan
kemanusiaan. Dalam masyarakat beragama seperti Malaysia, penghayatan terhadap
ajaran agama secara positif akan mengarah kepada perilaku secara positif
termasuk sikap kasih sesama insan.
Dalam konteks negara kita yang berbilang
kaum, nilai kasih sayang sesama insan dapat mencambahkan nilai-nilai toleransi,
penerimaan dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Melalui penghayatan nilai-nilai asas
kemasyarakatan itu maka akan terbinalah solidariti sosial (ulfah jamai’ah) yang
padu dan mampu membina interaksi rakyat ke arah melakukan kebaikan dan
kebajikan serta keramahan dan kemesraan dalam pergaulan.
Harus dimengerti bahawa perasaan kasih
sayang adalah fitrah yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Ini dapat difahami
dari firman Allah SWT yang bermaksud, “ Maka kalau tidak ada kurnia Allah dan
rahmat-Nya atas kamu nescaya kamu tergolong orang yang rugi” (Al-Baqarah:64).
Justeru jangan digersang atau dimatikan
nilai tersebut dari kalbu kita. Sifat kasih sayang adalah sebahagian daripada
sifat Allah SWT. Sifat ini terkandung dalam beberapa Asma’ atau nama-nama Allah
seperti Al-Rahman (Maha Pemurah) Al-Rahim (Maha Pengasih), Al-Salam,
Al-Muhaiminin (Maha memelihara), Al-Ghaffar (Maha Pengampun) dan Al-Wahab (Maha
Pemberi). Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah maha pengasih
dan penyayang kepada manusia (Al-Baqarah:143).
Sifat rahmat dan kasih sayang adalah
termasuk dalam keutamaan akhlak Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana tingginya nilai
dan perasaan kasih sayang yang dimiliki Rasulullah SAW maka Baginda SAW tidak mahu
mendoakan kebinasaan kepada musuh walaupun musuh melakukan kejahatan
terhadapnya seperti yang berlaku dalam peristiwa Taif.
Baginda SAW terpaksa meninggalkan tempat
tersebut setelah dakwah baginda ditentang keras oleh kabilah Tsaqib. Ketika
Rasulullah SAW meninggalkan tempat tersebut lalu seorang lelaki memohon kepada Baginda Rasulullah SAW agar Nabi SAW berdoa untuk kebinasaan mereka. Namun, Baginda Rasulullah SAW yang memiliki
sifat kasih sayang tidak berbuat demikian. Sebaliknya Nabi SAW memohon agar Allah SWT memberikan petunjuk kepada kabilah itu.
Demikian juga dalam satu peperangan ada
sahabat Nabi SAW yang meminta Nabi SAW melaknat musuh yang sedang dihadapi itu. Namun,
baginda menjawab: “Sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat dan bukan sebagai
pelaknat”.
Begitulah keperibadian Rasulullah SAW yang
memiliki sifat kasih sayang tidak tergamak untuk memohon kebinasaan untuk musuhnya.
Kemuliaan hati nabi yang penuh kasih sayang itu adalah kurniaan Allah SWT
seperti maksud firman-Nya, “Maka disebabkan rahmat dari Allah maka kamu berlaku
lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu” (Ali-Imran: 159).
Individu akan hilang keseimbangan diri
apabila nilai kasih sayang tidak wujud dalam dirinya. Mereka yang gersang
hatinya dari nilai kasih sayang sesama manusia biasanya gagal menggunakan akal
dan hati yang dikurniakan Allah kepadanya.
Kalbu kemanusiaannya mungkin terkunci
rapat menyebabkan ia mudah melakukan penderaan, keganasan, penganiayaan dan
keganasan ke atas orang lain. Jika dia seorang suami atau bapa yang tandus
nilai kasih sayang maka ia akan cenderung melakukan penderaan ke atas isteri
dan anak-anaknya.
Jika ia seorang majikan atau ketua jabatan
yang tidak ada belas ihsan dan kasih sayang kepada pekerjanya maka ia akan
menzalimi atau menganiaya pekerja bawahannya. Jika dia seorang pemerintah yang
kontang perasaan kasih sayangnya maka dia akan berlaku zalim kepada rakyatnya.
Hakikatnya, kita disuruh mengamalkan dan
menyuburkan nilai kasih sayang sesama insan, hatta sesama haiwan sekali pun.
Rasulullah ketika melihat seekor himar yang telah diberi tanda pada
mukanya dengan besi panas telah menentang perbuatan pemilik haiwan itu. Baginda SAW bersabda: “Allah SWT melaknat orang yang menyeksa haiwan dengan memotong
anggota badannya”.
Baginda SAW juga pernah berpesan dengan pesanan
‘takwa’ supaya berlaku baik kepada binatang seperti maksud hadis: “Bertakwalah
kamu kepada Allah SWT di dalam memperlakukan binatang, menjadikannya sebagai
kenderaan dan sembelihlah ia dengan cara yang baik”. Baginda SAW juga bersabda:
“Siapa yang memiliki kasih sayang walaupun terhadap burung sembelihan maka dia
akan disayangi Allah pada hari kiamat’.
Kesimpulan, nilai kasih sayang adalah
kurniaan Allah SWT yang wajar disuburkan sepanjang masa dan sepanjang zaman. Ia
adalah sebahagian daripada unsur penting bagi membina masyarakat penyayang dan
bermoral.
Justeru, sebagai masyarakat yang beragama
dan bertamadun, marilah kita sama-sama menyubur dan mengamalkan sifat
kasih sayang. Hentikanlah segala bentuk kezaliman, keganasan, penderaan dan
penganiayaan sesama manusia kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
– BH 18/9/2012 (rencana agama)
____________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media, di
Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG
MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan
Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti
berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu
memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat
118-120]
KLIK
UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha
Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan