Rabu, 24 April 2013

400. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

Dulu-dulu kisah Raja-Raja, Sultan-Sultan serta kaum kerabatnya dan Pembesar-Pembesar Kerajaan KeSultanan yang memerentah jajahan takluknya, memenuhi ruang minda manusia Melayu. Tersebarlah dari mulut ke mulut tentang baik dan buruk perangai induk dan suku sakat pemerentahan tersebut.

Sekarang kisah-kisah tentang Pemerentahan BeRaja dan BeSultan sekadar menjadi sisipan rakyat.

Yang gahnya sekarang kisah Pentadbir Negara yang dikenali sebagai kumpulan pemimpin ahli politik yang mempunyai penyokong-penyokongnya.

Sementara yang tidak dengar cakap, kalah dalam menguasai majoriti percaturan pilihan raya umum, asyik membantah sahaja kononnya, dinamakan juga pemimpin ahli politik dan penyokong politik, tetapi dipanggil pembangkang.

Sehinggakan Parti Pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang sudah bertahun-tahun menguasai Kelantan, tetap dipanggil Kerajaan Pembangkang. Parti yang kalah menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan, dipanggil apa agaknya di mata mereka.

Tanggapan itu melibatkan juga Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (Yang sekejapan memerentah kerana perbuatan sabotaj individu keluar parti).

Sehinggakan dalam kempen Pilihan Raya yang berlangsung rancak sekarang ini, masih lagi kedengaran istilah parti pembangkang. Patutnya sama taraf sudah parti-parti yang layak bertanding.

Rupa-rupanya keadaan ini sudah berkurun-kurun lamanya menyelimuti minda sebahagian manusia yang dipanggil Melayu. Rupa-rupanya sebahagian Melayu yang terselimut ini penyangak tegar kesucian Islam. Kononnya mengaku Islam. Hinggakan perilaku, perlakuan, perbuatan, cakap-cakap dan tulisan-tulisan lebih memberatkan yang HARAM dari yang HALAL.

Semua tahu Raja-raja dan Sultan-sultan dahulu memelihara seberapa ramai GUNDIK. Islam menegah wujudnya gundik dalam wajah keSultanan. Tetapi disebabkan agaknya individu tersebut ada gelaran gahnya, maka rakyat jelata tidak kisah perbuatan itu haram di sisi Islam. Salah laku ini jika sudah dilakukan oleh Induk, tidak mustahil kaum kerabat dan pembesar-pembesarnya menjejak laku perbuatan mungkar.

Tidak mustahil hal sedemikianlah antara punca kejatuhan Kerajaan Melayu dahulu kala. Akibat ketua kerajaan tidak berwaspada dengan watak talam dua muka, gunting dalam lipatan, harapkan pagar, pagar makan padi, api dalam sekam dan pelbagai lagi perumpamaan dalam kerajaannya. Maka muncullah wajah-wajah mengadu dumba, menabur fitnah dan pelbagai bagi menghancurkan kesetabilan kerajaan dan kemakmuran negara.

Pembesar yang baik dibunuh dan hiduplah pembesar durjana menjahanamkan Empayar KeSultanan Melayu. Untunglah sebahagian Melayu yang memang kaya. Kaya dengan penyakit hasad dengki dan iri hati. Bermusuh-musuhan yang akhirnya membawa malapetaka bila Tanah Melayu terjajah satu demi satu negerinya.

Sekarang seperti ulangan pemerentahan BerSultan dan BeRaja dahulu kala. Sebahagian Melayu yang menjadi pemimpin politik membiarkan penyokong-penyokongnya berwatak salah laku. Sebahagian pemimpin politik mempergunakan kepercayaan rakyat jelata yang mengundinya untuk memfitnah dan mengaibkan manusia Melayu lain. Penentangnyalah katakan. Agaknya pemimpin jenis ini memang jenis suka orang kelilingnya semuanya tidak cerdik belaka.

Orang Melayu yang bagus-bagus habis dikilas segala tutur katanya supaya nampak dipandang serong oleh kalangan terbanyak. Yang penting dapat kuasa, sedangkan Yang Maha Berkuasa ialah Allah S.W.T.. Islam ditolak tepi bila memfitnah, mengaib, memutar belit berita, mengusung tilam, menayangkan video lucah, berkata lucah, menulis kisah lucah dan pelbagai. Nauzubillah Minzaliq.

Azab api Neraka tidak didepan mata, itu jadikan sebahagian Melayu gila kuasa, gila mengampu. Seumpama tiada pasal, cari pasal, buat-buat pasal, asalkan pasal jadi punca pergaduhan, perseteruan dan tercapai cita-cita pecah perentah demi kuasa manusia.

Islam menjadikan Melayu lebih hebat. Tetapi sebahagian kononnya cerdik politik Melayu berfikiran bila berpolitik, Islam ketepikan. Inilah jadinya, tabur berita bohong sampai seluruh dunia tahu hal-hal Malaysia. Berbohong itu dosa. Sebahagian Melayu pula terlalu mudah ditakut-takutkan. Dimomok-momokkan. Macam lawak kononnya sana ada hantu, padahal disitulah tempat orang yang menakutkan itu berbuat jahat selama.

Menyalah gunakan harta Kerajaan Malaysia adalah DOSA. Termasuklah melanun kekayaan Malaysia, dosa juga. Memberi dan menerima rasuah hukumnya haram dalam Islam. Berbuat zalim semasa memerentah, mengundang dosa dalam Islam. Gambarkan perbuatan menyeludup itu salah dari sudut Islam.

Terapkan Islam dalam semua jiwa ahli politik Melayu. Tidaklah tuduh menuduh kalangan Islam. Islam tidak memberi muka kepada mereka yang tidak jujur, berbuat mungkar dan pelanggar hukum Allah S.W.T.. Sampaikan tidak sedar kaum bukan Islam menghina Islam, sebab bukan Islam itu dipihaknya.

Melayu sebahagiannya memang kaya. Kaya mengejek. Kaya memburukkan orang lain. 1 kali buruk tidak boleh lawan 9 kebaikkan, itu penilaian sebahagian besar Melayu. Melayu jadi kuat bila masing-masing kembali kepada Islam.

==================================================================== SUMBER BERGAMBAR 1:

Mahathir melanggar Akta Pilihanraya - Apakah yang menyebabkan Mahathir terlalu TAKUT jika BN kalah?.. sehingga beliau kelihatan amat gelabah jika di bandingkan dengan Pak Lah?. Persoalan ini pasti terjawab andaikata UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU 13 ini..

----------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER BERGAMBAR 2: 

Tun Mahathir bayangkan Pakatan Rakyat akan menang 2/3 kerusi parlimen - sekiranya Pakatan Rakyat menang, perlembagaan Malaysia mungkin diubah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER BERGAMBAR 3: 

STATUS MRCA - Penulis berada di tepi KD Kelantan untuk menikmati jamuan  makan tengahari bersama anak kapal di Langkawi (Kapal ini juga akan diupgrade). SU30MKM, hutang habis bayar 2014.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER BERGAMBAR 4: 

Terpulanglah kepada anda semua untuk mentafsir maksud peristiwa ini.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: