Jumaat, 26 April 2013

401. Diamanahkan.

25 Apr 2013
PEMBERITAHUAN - Admin Bercuti Selama 10 Hari
Labels: Santai

Assalamualaikum dan salam bloger,mulai esok 26/4/2013 sehingga 34/4/2013 blog ini akan di update oleh Matt Evo ,kerana Admin bercuti dari blogingkerana ada urusan penting
Mohon doa dari pembaca agar segala yang dirancang berjalan lancar.Wasalam..

"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa).

Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."
(Riwayat Sahih Muslim)

Sumber Pautan: ijoks2009 blogspot  

===================================================================

Judul Pertama sepeninggalan percutian 10 hari Admin ijoks2009:

26 Apr 2013
Isu Semasa - Memikul Amanah.
Labels: Isu Semasa

SUBHANALLAH.


Gambar menunjukkan arteri di kaki manusia. Allah Maha Agung. Namun masih ramai lagi manusia yang sombong dengan Allah, tidak taat perintahNya, riak dengan pencapaian yang sedikit dan melakukan dosa dan maksiat. Marilah... jadilah insan yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa.

Sumber Gambar: Green Project

Dengan Lafaz Bismillah saya menyambut amanah yang diberi oleh Admin sahabat saya untuk mengupdate blog ini sepeninggalan 10 harinya. Memang berat amanah yang diberi kepada saya. Saya rasa terkejut, Alhamdulillah saya temui pengubatnya dengan izin Allah S.W.T.. Seronok untuk berkongsi ubat yang saya temui dengan Admin dan tetamu blog ini, seperti dalam gambar di bawah.
Sumber Gambar: Nurul
Sumber Gambar: IslamicMotivationIndonesia

Rumusannya memikul amanah jika tidak tentu jalannya, apa lagi melakukan pelanggaran terhadap Perintah dan Larangan Allah S.W.T., antara akibatnya akan beginilah jadinya.

1. Sedemikian rupa langkahnya: 

Nak baiki dunia, kena baiki manusia...
Nak baiki manusia, kena baiki hatinya...
Nak baiki hati, kena baiki solatnya...
Sumber Gambar: IslamicMotivationIndonesia

2. Sebab akibat sedia menanti kerana terperdaya dengan janji dan bisikan jin laknatullah. Akibat tidak bersangka baik dalam menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan. Fitrah hidup sebagai hamba Allah S.W.T., sebaik-baiknya dahulukan Islam baharulah kita berbahasa mengikut bangsa dan mengikut acuan negara. 

Contoh 1:
PERTEMUAN - AJAL - MAUT KUASA ALLAH S.W.T..  


Dulu kamu memandu kereta dengan tidak mengindahkan isyarat pemandu dibelakang anda yang meminta laluan kerana pemandu tersebut dalam perjalanan ke hospital untuk menghantar isterinya sakit untuk bersalin anak sulung.

Hari ini kamu dalam kecemasan dan meminta laluan kerana isteri kamu sakit tenat. Pemandu-pemandu tidak kisahkan permintaan anda. Akhirnya isteri anda meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Anda menghentikan pemanduan anda.

Mungkin anda tidak ingat perbuatan anda dahulu terhadap orang lain.

Contoh 2:
BAYANGAN KEINSAFAN, ITU PUN KALAU SEDAR DIRI, BERKAT DOA SENDIRI DAN ORANG LAIN YANG INGIN ANDA KEMBALI KE JALAN YANG LURUS YANG DIREDHAI ALLAH S.W.T.. Hidup Ibarat Roda.  


Dulu Anda Berkuasa - Sekarang Tidak Lagi Kerana Orang Semakin Sedar Anda Bermasalah.

Dulu Anda Kaya Raya - Sekarang Telah Banyak Kehilangan Harta Kerana Beroleh Kekayaan Dengan Tipu Helah Yang Tentunya Tiada Keberkatan Allah S.W.T..

Dulu Anda Pendengki - Sekarang Anda Berfikir Adakah Orang Akan Dengki Terhadap Anda Sebagaimana Tingkalaku dan Sikap Anda Terdahulu.

Dulu Anda Pendendam - Sekarang Anda Bimbang Orang Berdendam Dengan Anda Dan Mengharapkan Orang Memaafkan Anda.

Dulu Anda Pemfitnah - Sekarang Anda Dalam Penjara Usia Dan Menunggu Hari Untuk Di Hakimi Selagi Anda Belum Tamat Riwayat Dengan Kehendak Allah S.W.T..

Dulu Anda Pemaki - Sekarang Anda Sepatutnya Dalam Muhasabah Diri Kerana Allah S.W.T..

Dulu Anda Penyibar Aib - Sekarang Orang Belum Tentu Melupakan Keburukan Anda Dan Aib Anda Memang Wujud Dan Menunggu Dihakimi Kerana Kedangkalan Anda Semasa Berkuasa.

Dulu Anda Menyalahguna Kedudukkan - Sekarang Mana Anda Mahu Lari.

Dulu Anda Merasakan Orang Lain Mudah Lupa - Sekarang Rupa-Rupanya Anda Banyak Sudah Tidak Ingat.

Dulu Anda Pemutar Belit - Sekarang Anda Terbelit Dengan Putar Alam Anda.

ALLAH MAHA KAYA, MAHA PEMURAH, MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, MAHA BERKUASA, ALLAH PEMBERI DAN PEMILIK REZEKI.

Kesimpulannya:

 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. In Syaa Allah kita sama-sama bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T.. Setelah kita puas berusaha marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Dia Pencipta, Pemilik dan Penguasa seluruh isi alam, Allah S.W.T..
Sumber Gambar: MARI BERKONGSI ILMU

Dari Meja : PECEQ

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: