Selasa, 30 April 2013

417. Doaku.

In Sya Allah, harapan, impian dan cita-cita apabila dimurnikan dengan berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah S.W.T., berserta sentiasa berdoa memohon keredhaan, keberkatan, kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T., dengan tidak mengenal erti jemu, harapan, impian dan cita-cita In Sya Allah dimakbulkan Allah S.W.T., kerana Allah S.W.T., jua. 

Dulu.

Keikhlasan memang sudah abang gambarkan semasa keluarga abang melamar sayang tempuh hari. Semuga sayang dapat mengertikan kesungguhan dan keikhlasan abang untuk In Sya Allah memperisterikan sayang di satu hari nanti dengan izin Allah S.W.T..

Kini. 


Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua pihak, berserta dengan izinNya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, kita kini telah bertaut membina sebuah mahligai bernama rumah tangga.

In Sya Allah kita suami isteri terus berusaha dan berdoa mengisi mahligai kita dengan pemberatan mengutamakannya dengan berIman kepada Allah S.W.T.. In Sya Allah mahligai kita terisi dengan kalimah-kalimah Allah S.W.T.. Islam Addin bergemerlapan menyinarai rumah tangga kita sayang.

Perjuangan kita kerana Allah S.W.T., belum lagi tamat. Selagi adanya nyawa dikandung badan kurnia dan pinjaman Allah S.W.T..

Sebuah peringatan untuk diri sendiri dari meja www.peceq.blogspot dan sebuah peringatan dan penghargaan kepada mereka yang telah berumah tangga dan yang akan berumah tangga umumnya tanpa mengenepikan Iman di jiwa masing-masing sebagai penganut Islam umat kepada Nabi Muhammad S.A.W., dan hamba kepada Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 

Sumber Gambar: Keluarga Sakinah



Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..


KL

Tiada ulasan: