Jumaat, 31 Mei 2013

554. Pandangan aku tentang Demo-krasi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 
Sebagai sebuah jawapan: 

Islam adalah Agama Yang Syumul. Merangkumi semua bidang kehidupan di dunia dan di akhirat. Penyerahkan diri sebagai hamba kepadaNya dan melakukan ibadat hanya kerana Allah S.W.T.. Patuh kepada Perentah dan Larangan Allah S.W.T..

Amalan Politik Malaysia ialah Demokrasi. Demokrasi Terpimpin. Ada Kuasa Raja-Raja Melayu yang dikepalai DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong. Demokrasi bermaksud bebas memilih parti dan fahaman politik mana yang aku suka. Langsung aku tidak pilih mana-mana parti dan fahaman politik pun dibolehkan.  

Contoh sedutan ayat nukilan forum akhbar Utusan, seorang Ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO. Salah pangkah Ustazah?. Jadi betul Ustazah kalau pangkah Umno (Barisan Nasional)?. Berkepentingankah Utusan Melayu (M) Bhd., menyiarkan nukilan forum sebagai tajuk siaran arkibnya bertarikh 28 Mei 2013.,?. Hanya Allah S.W.T., yang tahu Nawaitunya.

Sebagai organisasi atau ahli dalam parti politik Umno yang bertunjangkan demokrasi, kenalah faham kenapa ada yang benci dan sakit hati dengan Umno. Untung yang sakit hatinya dan rasa bencinya terhadap Umno itu membuat peristiharan. Jika tidak tentu Umno dah Ahlinya tidak tahu siapa yang benci dan sakit hati dengan Umno. Makan sop tulang gear box pun ada benda yang kena kita sisihkan, "takkan tulang pun nak sebat". Sop tulang gear box bukan bugger. Yang penting Bismillah dan doa makan. Mohon keberkatan Allah S.W.T., Pemilik dan Pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya.

Amalan Demokrasi ini jugalah yang Umno mahukan dan patuhkan sejak tertubuhnya 1946 dengan pandu, tatih dan tunjuk serta tudingan dari penjajah British DAN Umno 1946 telah pun ada pewarisnya, Umno 1998. Umno anak emas pejajah British sebelum kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957. Amalan Demokrasi juga tidak membakul sampahkan hak kebebasan bersuara dan hak memilih parti dan fahaman politik. 

Umno juga pernah bertindak sedemikian rupa "nampak tetapi diam dan bisu" dalam situasi masyarakat Islam berjuang mempertahankan Akidah Natrah, Singapura 1950. 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. Turut menyertai, ada protes masyarakat Islam di Karachi, Pakistan., yang bersimpati dengan Natrah. Umno?.

Peristiwa Bukit Kepong, Muar, Johor. 23 Feb 1950. - PDRM atau Polis British?. Tanah Melayu Merdeka. 31 Ogos 1957. Umno bukan main mempertahankan Polis British. Ramai melenting. Filem Bukit Kepong langsung penuh dengan penipuan, kerana apa?. Apalah yang bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yang dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Sumbangan Masyarakat Islam serta Pejuang Islam Melayu Singapura dan Pejuang Islam Melayu., Tanah Melayu 1950., kecuali atas nama Umno. UMNO tidak terbabit pertahan akidah Natrah. Orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama masyarakat Islam atau rakyat Islam berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walau pun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946. Polis British bukan alang-alang semangat pembela untuk mereka yang dilakukan oleh Umno, berbanding peristiwa Akidah Natrah. Tahun sama 1950.

Menentang Umno (Barisan Nasional) maknanya menetang Kerajaan Malaysia?. Satu contoh dari Dato Khairy Jamaluddin., "Saya Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia, bukan Menteri Belia Barisan Nasional". Satu lagi contoh "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" dengan "Satu Lagi Projek Kerajaan Malaysia". Mana yang benar dan tepat?, yang mengiring condong ke kanan atau yang tegak tebal taipannya?. 

Apa tiada beza Sebuah Parti Politik dengan Sebuah Kerajaan?. Kalau tiada bezanya mengapa perlunya parti politik saingan. Apa perlunya Pilihan Raya Umum Malaysia?. Mengapa pula perlu adanya Pembangkang di Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri?.

Kalau tahu ada dan teguhnya perbezaan antara fahaman dan parti politik dengan Kerajaan Malaysia, mengapa Semasa Kempen Pilihan Raya masih ada pihak mendakwa mereka Kerajaan Malaysia dan menganggap seterunya atau saingannya sebagai "Pembangakang". Hakikatnya Dewan Undangan Negeri dan Dewan Negara telah pun dibubarkan.

Kedapatan juga individu "Kerajaan Sementara Malaysia" menggunakan nama jawatan kabenet semasa berkempen bagi pihak parti politiknya. Moralnya adakah tingkah laku sedemikian amat murni bagi sebuah Negara seperti Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi. Mahu berkempen tanggalkan jenama Kerajaan Malaysia. Guna pakai nama dan kepentingan serta harta parti. Nutralnya tiada pihak kerajaan dan pihak pembangkang semasa kempen pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Yangku tahu, Kerajaan Malaysia hak Rakyat Malaysia. Sebilangan besar Rakyat Malaysia percaya dan tidak mengingkari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali serta amanah, yang tidak dibelenggu oleh mana-mana parti dan fahaman politik sama ada parti yang pernah diamanahkan rakyat Malaysia menguruskan dan memerentah tadbir Kerajaan Malaysia atau perti politik pembangkang.

Begitu juga aku menyakini Petugas-Petugas dan segala bagai Kaki dan Tangan SPRM ketika Pilihan Raya Umum sentiasa bersikap dan berfikiran berkecuali, walau pun mereka juga ahli mana-mana parti politik.

Aku yakini jenama parti, jenama jawatan, mereka sangkutkan dan tinggalkan di pintu pagar semasa hendak memulakan tugas sebagai Anggota SPRM sama ada di Pusat-Pusat Mengundi dan Pusat-Pusat Pengiraan Undi.
Pemomokan tentang Singapura dan watak Lee Kuan Yew. 

Baca atau kisahkan tentang Singapuraterpahat sekali nama Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama. Benarkah dia sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok, semata-mata bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia?. Betulkah akhirnya Melayu dapat hampas saja?. 

Macam-macam versi orang Umno berkata tentang Singapura dan Lee Kuan Yew. Mana satu yang betul?. Siapa yang memperbanyakkan versi tentang keluarnya Singapura dari Malaysia?. Bukan orang Umno?. 
Satu pihak kata Malaysia singkirkan Singapura. Satu pihak lagi orang Umno juga kata, tidak tercapailah hajat Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia. Siap ada makalah entah betul entah tidak Lee Kuan Yew kata "B4 i die, give me Malaysian PM, sesaat pun cukuplah".

Banyak lagi surat-surat betul atau tidak isiannya, yang didokumentasikan di ruang-ruang cyber menyatakan itu ini keburukkan kalau "Pembangkang" (Ini masa kempen - adakah pembangkang lagi?). Dulu diphotostat dan diedar, untuk umpan undi.

Dahulu selepas berpisahnya Singapura dari Malayasia, yang berkata tak boleh hidupnya Singapura tanah sekangkang kera, siapa?., bukan orang Umno?. Sekarang Singapura menjadi Negara Maju, siap dapat lagi Pulau Batu Puteh dan menjadi sebahagian Republik Singapura. Apa Malaysia dapat?. Landasan Keretapi ke Singapura pun sudah Kerajaan Malaysia dibawah tadbiran dan amanahnya Umno, jual dengan bersyarat kepada Kerajaan Singapura., termasuklah Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan Bukit Timah. 

Perkara-perkara inilah agaknya menyebabkan sesetengah Rakyat Malaysia benci dan sakit hati dengan Umno. Ada Umno kisah?. Selain perkataan "win!., win!" mengiringi perpisahan Pulau Batu Putih menjadi Republik Singapura. Emak aku orang Singapura pun tahu sedih dengan perkhabaran tersebut. Pandai pula budak-budak Umno., berkempen sempena pilihan raya, nasihatkan Rakyat Malaysia, jangan undi Pakatan Rakyat nanti Malaysia jadi Republik. 

Bila sudah jadi Republik "kaaaaaan", nanti Raja-Raja Melayu tak ada. Sejarahnya Umno pernah tidak menderhaka kepada Raja-Raja Melayu?. Lagi bijak kata nanti Kristian jadi Agama Rasmi. Azan tidak boleh berkumandang. Lunaknya menyapu bersih minda khalayak dengan imagenasi yang pernah Umno lakarkan menjadi nyata.

Ialah nasihat dari parti politik yang cukup berpengalaman jual sana jual sini, serah sana serah sini dan singkir sana singkir sini, termasuklah menyerahkan dua blok minyak kepada Negara Brunai Darussalam., konon untuk memujuk Kerajaan Brunai jangan menuntut Limbang kawasan yang menyebabkan Brunai terbelah dua. Amanahnya Umno dan kejujuran tiada tandingan yang tidak boleh dibangkang-bangkang pada mata penyokongnya. 

Siap boleh tanya lagi kenapa benci kerajaan. Kerajaan sudah buat macam-macam. Ada juga tukang menjawab, kita orang bukan benci Kerajaan Malaysia, kita orang benci Umno terutama pemimpin-pemimpinnya yang curang. Itu betapa pentingnya membezakan antara Kerajaan Malaysia dengan parti yang diberi amanah mentadbir dan memerentah Kerajaan Malaysia. Sama tetapi tidak serupa dan bukan Sama juga Serupa. 

Bolehkah diguna pakai Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam?. Ayat yang ini boleh diguna pakaikah?. Umno adalah Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia ialah Umno. Patut banyak rugi dan lingkup segala syarikat milik Kerajaan Malaysia, sebab mentadbir Kerajaan dibuatnya cara mentadbir sebuah parti politik.

Satu lagi kisah Empangan Pengeli. Aku sedang usaha cari sumber benar tentang perkara tersebut yang terletak di Negeri Johor. Siapa sebenarnya yang mengusakan dan menyelenggarakan Emapangan tersebut?.

Dokongan pendapat dan hujahan:
(l)
"Yang betul-betul berjuang dengan darah Perjuangan Islam dipanggil kiri. Yang pengampu, sampah, pemberi maklumat kepada penjajah dipanggil kanan". Cuba anak-anak muda dan kita semua fikirkan kembali kenyataan itu tadi. Fikir dengan sejarah yang benar dan bukan dengan sejarah yang telah ditonggang langgangkan. Siapa agaknya yang berikan istilah kiri dan kanan?. 
(ll)
Justeru, tidak ada Nabi yang datang kepada ummah lalu berkata “Apa yang semua kalian lakukan adalah benar. Semua nabi dipilih Allah S.W.T., untuk menjadi pahlawan ummah untuk menentang dan merubah semua keadaan yang buruk dan keji.

Dan menjadi sunatullah, semua penentang dan musuh ketat para Nabi adalah kaum prostatus quo. Mereka adalah kaum yang tidak inginkan perubahan. Mereka tidak ingin ummah dan dunia ini berubah ke arah yang lebih baik.

Kelihatan semua Nabi-Nabi ini terpaksa berdepan dan berlawan dengan kekuasaan wewenang penguasa yang zalim, mencengkam dan menghambakan rakyat kecil.

Episod perjuangan gerakan Nabi Musa as, bangkit dari puak yang tertindas menentang kerajaan Firaun. Nabi Ibrahim as, melawan kerajaan Namrud. Gerakan Nabi Isa as., bersama hawariyyun menentang kekuasaan Romawi dan Yahudi. Maka para Nabi ini telah bangun mengajar kemerdekaan atau pembebasan.

Malah semua Para Nabi mengajak dan mengatakan “ TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”. Ertinya kita harus membebaskan diri dari semua ketakutan terhadap semua hal, kecuali kepada Allah S.W.T.. Inilah yang dikatakan gerakan aliran kiri (‘leftist’).

Gerakan ‘leftist’ adalah kekuatan perjuangan rakyat yang ingin merdeka dari penghambaan kepada manusia dan inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.

Maka gerakan ‘leftist’ adalah Perjuangan Ugama yang menentang ketundukan kepada selain dari Allah S.W.T.
.
(lll)
"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. 

Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO telah membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. Ini kerana UMNO telah banyak memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi dalam peristiwa Bukit Kepong

Ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu. Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. 

Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM. 

Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yang dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas. 

Pada saya, tindakan  YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yang sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya. 

Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu? 

Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak(**) oleh masyarakat Cina(***). Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat. Maklumlah orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. 

Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dalam filem tersebut. KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. 

<>Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.

Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis(****), Mat Indera telah menghalang kominis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yang dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pada Polis British itu. 

Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumentari tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an. Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan. Al-Fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin...."

(lV) 
Begitu juga dalam Umno, wujud ''adik abang'' kerana Umno sekarang Umno 1998. Bukan Umno 1946. Ini kerana Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 itu telah diisytiharkan haram oleh mahkamah pada 1988. ..................... Paling mengejutkan di mahkamah, apabila Mahathir sendiri mahukan Umno diharamkan,  melalui kenyataan peguamnya, Sri Ram. .....................  

Melihat sejarahnya Umno yang ada hari ini bukanlah parti yang mewarisi secara sambung-menyambung daripada pertubuhan yang ditubuhkan pada 1946. Umno 1998 nama dia Umno Baru.Pada tahun 1998 beberapa orang bekas pemimpin dan pemimpin Umno 1946 telah bersungguh-sungguh dan ada kalangan mereka telah bersatu padu untuk menghidupkan kembali parti yang telah mati dengan nama yang sama (Umno) dan dengan cara yang masing-masing punya caralah hai.

Rujukan pendapat serta hujahan persetujuan dan sanggahan:
Boleh diperolehi dari taipan berwarna biru di atas. Salam dan terima kasih.

Impian dan Harapan yang kalau dulu jadi nyata, sekarang tidak mungkin:
Utusan Melayu (tulisan Jawi) zaman 60anlah yang bertanggung jawab mengajar aku erti semua jenis fahaman politik, menghargai pendapat dan hujah masyarakat.

Aku rasa Entry ini akan diedit dan salin siar di akhbarnya untuk bacaan umum Rakyat Malaysia. Seperti apa yang pernah aku menangi 2 kali tempat pertama dan sekali tempat kedua dalam saingan hujahan di ruangan akhbar budak-budak sekolah "Utusan Pelajar" satu ketika dulu, terlalu besar peranan Utusan Melayu waktu ini, dalam mencerna ilmu pengetahuan tambahan dan sampingan dalam hidup aku.

Aku sedih dan terasa., sekarang Utusan jadi "Utusex", salah siapa?, salah mulut lancang?, atau salah aku?.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

=================================================================
Ruangan Forum: 

Guru ramai pembangkang?

ARKIB : 28/05/2013

DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. 

Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO

Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah

Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang

Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu

Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia.
Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri. 

Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan

Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan.
Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda. 

Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia

Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran

Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan

Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara. 

Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.
Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita

Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat hampas saja

Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu. Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap

Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan. Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu. Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang m(M)elayu

Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!.

GELORA LANGKAWI
Bukit Tinggi, Baling

Sumber: Guru ramai Pembangkang. © Utusan Melayu (M) Bhd
======================================================================

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

553. Asal boleh je.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Entry ni aku malas nak celoteh ... nanti ada mood celoteh baru aku update lagi entry ni... Jap lagi nak bancuh simen, sambung buat rumah ...

..................Tengok gambo nie............................... Aku tak tahu nak taip apa ayat. Ha3.
Kalaulah kat Singapura ... pic macam nie ... Gurau je la.
Asal bertutup.
Selamatkan harta anda dengan cara begini...
Boleh nyandar macam nak tgk tv kat rumah...
Janji berpintu, owang lain x nampak kaki kita...
Jangan buat lagu nie k, bukan bimbang disaman tapi kan kah lagi baik kita faham memahami...
X yah beli beg dia, of coz jimat...
Penat dah...
Selesa dua-dua...
Yang ini bukan aku k...

Sumber:
Google Picture.



Baca Juga: 
Amalan untuk memusnahkan sel kanser

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Aku sebenarnya suka dengar bila sameone sebut "asal boleh je".... tu jadi tajuk Entry 553 nie. Lunak dengar, dia menyedari ke tidak itu aku x tahulah. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

552. Sendal Pintu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Dunia telefon semakin canggih. Teringat dulu masa zaman budak-budak. 2 Pot atau tin susu, dibersihkan, kira "projek kitar semula" zaman terkinilah. Tebuk satu lubang pada 2 tin susu tersebut (Tengok Picture lah k) Kalau dah tahu abaikan. 
Kemudian hubungkan 2 tin tersebut dengan tali, dawai atau kawat dengan kepanjangan yang tertentu, ikut suka, jangan rintang kat jalan raya sudah. Kira part nostalgia lah nie.
                                                "Gambo" pun adoyai ...X agak-agak "asal boleh je" ... hu3.
                                    Yang nie dikonon-kononkan telefon selular terawal dan tercanggih zaman tu.

Telefon untuk yang jauh jadi dekat. Boleh tengok suara, boleh dengar muka. Eh! ... Itulah ayat mula-mula aku tertaip tak sengaja. Yang aku tebalkan taipan tu lah. Korang betulkan sendirilah ayat tu. He3.

Bertekak guna telefon pun ada. Hahaha aku pun pernah buat, bila ingat balik malunyerrrr "buruk perangai". Ingat tu aku bermuhasabah dirilah kerana Allah S.W.T., jua. Meh say sama-sama "Alhamdulillah". Sms pun ada untuk tekak-tekak, kadar murah sikit, tetapi tetap jadi bertekak berbayar, bukan bertekak free, "glamor sikit beb".

Nak murah lagi free chat user "Yahoo". Tetapi Yahoo chat dah x popular lagi pada akulah. Sebabnya sudah x ada chat room. Yahoo sudah sedut semula kemudahan-kemudahan tersebut.

Sampai sekarang aku guna telefon tangan jenis ''sendal pintu''. Aku selesa dengan jenis ni, memang x canggih, tetapi aku selamatkan keadaan. Dan paling aku x suka bila call keluar "voice mail". Nama "mail" juga kena sebut, walau pun fon sana beteri "kong" atau di"off"kan. Kena duit lak tu.

Mana yang ada sistem "voice mail" tuu tolonglah!, call center phone masing-masing musnahkan "voice mail" tuuu. Senang-senang korang tolong "empayar telefon bimbit" tu dapat duit free kawan korang dan korang pun pernah kena, "Juta-juta Ringgit Malaysia" sehari tuuuuuuuuuuuu. Buang kerjasama tidak rasmi dengan pemilik syarikat telefon tanpa tali tuu. Cepat!!!.

 Aku sedih bila aku call aku sms, "bo layan". Orang tuu call aku kena layan, sms kena jawab. Dua-dua sistem tu aku kena usahakan kadar segera. Kalau tidak "dot, dot, dot" x pun "dit dit dit" atau pun do re mi fa so la ti dooooooooooooooooooooooooooooooo'.

Sekarang dah macam-macam rupa dan jenis telefon rumah dan telefon tangan. Macam-macam ada maaa.
                                                                       Google Hari Ini Akhir Mei 2013.
Sumber:
Google 1.
Google 2.
Google 3.
Ini je yang aku ada.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_')