بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهKLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
Dalam kehidupan sehari-hari kita ada keluarga dan kita ada kenalan. Dari kalangan keluarga dan kenalan itu tadi, biasanya ada kenalan sepermainan semasa kecil, kenalan rapat, kenalan zaman sekolah, kenalan semasa di versiti dan mungkin juga kenalan itu telah menjadi sebahagian keluarga kita kerana susur galur kekeluargaan dan proses pernikahan atau perkahwinan.
Kita tahu juga sedikit sebanyak butiran tentang beberapa orang kaum keluarga dan kenalan kita, seperti di mana mereka tinggal dan kita tahu jalan untuk menuju bertamu di rumah mereka. Kita ada nombor telefon mereka untuk dihubungi. Tahu ''user'' rangkaian sosial mereka serta email dan sebagainya. Penambah baik explorer kita tentang apa yang kita "nak" atau teruja "g2".
Begitu juga dalam Umno, wujud ''adik abang'' kerana Umno sekarang Umno 1998. Bukan Umno 1946. Ini kerana Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 itu
telah diisytiharkan haram oleh mahkamah pada 1988. ..................... Paling mengejutkan di mahkamah, apabila Mahathir sendiri mahukan Umno diharamkan, melalui kenyataan peguamnya, Sri Ram. ..................... Melihat sejarahnya Umno yang ada hari ini bukanlah parti yang mewarisi
secara sambung-menyambung daripada pertubuhan yang ditubuhkan pada 1946. Umno 1998 nama dia Umno Baru.
Pada tahun 1998 beberapa orang bekas pemimpin dan pemimpin Umno 1946 telah bersungguh-sungguh dan ada kalangan mereka telah bersatu padu untuk menghidupkan kembali parti yang telah mati dengan nama yang sama (Umno) dan dengan cara yang masing-masing punya caralah hai.
Pada tahun 1998 beberapa orang bekas pemimpin dan pemimpin Umno 1946 telah bersungguh-sungguh dan ada kalangan mereka telah bersatu padu untuk menghidupkan kembali parti yang telah mati dengan nama yang sama (Umno) dan dengan cara yang masing-masing punya caralah hai.
Maka Umno yang ada sekarang sebenarnya adalah Umno Baru yang didaftarkan pada 13 Februari 1988. . Umno kini didaftarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (TDMM). Kejayaan TDMM turut bererti berjaya menyingkirkan dan mengatasi usaha beberapa orang pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang lainnya untuk mendaftarkan semula Umno dengan nama yang sama.
Yolah, takkanlah dalam masa yang sama, mana boleh ada nama yang sama dan segala-galanya sama. Kecualilah nama sama tetapi "bin"nya lain, "gen"nya pun lain. Lahirlah parti baru "apa nama" parti itu. Oh ya!, Parti Semangat 46 (PS46). Tetapi tidak lama usia PS46 itu. Sepakat akhirnya PS46 membubarkan PS46 dan ada kalangan bekas ahli PS46 turut kembali bersama-sama dan bersatu hati dengan "Che Det" dalam Umno.
Perbezaan antara Umno dan Umno Baru bukan sekadar dari segi undang-undang. Umno baru juga berbeza dari segi politik dan fahaman. Perbezaan antara kedua-dua parti bernama sama untuk zaman yang berbeza. Umno yang asal ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar. Umno Baru kemudiannya berjaya menggugurkan perkataan baru itu dan selanjutnya diterima oleh Mahkamah sebagai pewaris kepada Umno tahun 1946 berserta dengan aset kepentingannya.
The Sultan Abdul Samad Building housed the Supreme Court
at the time of the 1988 Malaysian constitutional crisis.
Sumber rujukan:
Bagaimanapun Mahathir tentu menyedari jika Umno lama dihidupkan semula, ia akan mengandungi seteru politiknya seperti Ku Li, Musa dan pendokong Team B. Dan bila pemilihan 24 April diisytiharkan tidak sah, maka peluang Mahathir untuk memenangi semula pertandingan itu dikatakan terjejas disebabkan imej buruknya mengendalikan parti sehingga terpaksa membawa masuk perwakilan tidak sah untuk memenangkannya.
Bagi saya, reaksi Mahathir yang nampak marah dengan keputusan pengharaman itu adalah dibuat-buat. Beliau sebenarnya cukup lega kerana tidak perlu lagi berentap dengan Ku Li. Untuk menubuhkan parti baru (tanpa disertai musuh politiknya) Mahathir tidak perlu bimbang sedikit pun. Sebagai PM dan Menteri Dalam Negeri, segala-galanya di tangan beliau.
Empat hari selepas itu, Mahathir mendaftarkan parti baru, Umno 88, manakala Ku Li bersama Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein cuba mendaftarkan Umno Malaysia. Pihak Pendaftar Pertubuhan kemudiannya menolak kedua-dua permohonan itu atas alasan pengharaman Umno belum digazetkan lagi.
Beberapa hari kemudiannya Mahathir mendaftarkan Umno Baru dan ia diluluskan. Motif sebenarnya makin terserlah apabila dalam bulan Mac 1988, Mahathir meminda Akta Pertubuhan, supaya satu pertubuhan baru yang ahli-ahlinya kebanyakan dari satu pertubuhan yang telah diharamkan, boleh mengambil-alih harta, wang dan juga tanggungan pertubuhan yang telah diharamkan itu.
dinmerican.wordpress.com/.../umno-barus-hidden-agenda-mass-immigra...
5 days ago – Stupid is as stupid does.--Forrest Gump-Tom Hanks.
www.malaysiakini.com/columns/230609
May 20, 2013 – Umno Baru's hidden agenda ... were unhappy with the results of GE13, he had unwittingly confessed that Umno Baru has a hidden agenda.
https://twitter.com/KEADILAN/status/336365165207490560
May 19, 2013 – Instantly connect to what's most important to you. Follow your friends, experts, favorite celebrities, and breaking news. Twitter / anwaribrahim: Blog: Umno Baru's hidden ...
https://twitter.com/anwaribrahim/status/336365164964241409
May 19, 2013 – Blog: Umno Baru's hidden agenda: Malaysiakini When Ahmad Zahid Hamidi – the new home minister – told disgr... http://bit.ly/13ACLLF #fb ...
https://www.flitto.com/twitter/154/145640
me2day Blog: Umno Baru's hidden agenda: Malaysiakini When Ahmad Zahid Hamidi – the new home minister – told disgr... http://t.co/ROJYc5k3dB #fb ...
inagist.com/all/336365164964241409/
May 20, 2013 – Umno Baru's hidden agenda « Demi Rakyat. Read more at anwaribrahimblog.Umno Baru's hidden agenda | Eye On Pakatan Rakyat
pakatanrakyat.com.my/.../umno-barus-hidden-agenda/Translate this page
May 20, 2013 – Umno Baru's hidden agenda ... were unhappy with the results of GE13, he had unwittingly confessed that Umno Baru has a hidden agenda. United Malays National Organisation - Wikipedia, the free ...
en.wikipedia.org/wiki/United_Malays_National_Organisation
Up to this day, UMNO is the longest continuing ruling party in the world. ... 1.1 Independence; 1.2 Post-separation; 1.3 The New Economic Policy; 1.4 UMNO Baru (New UMNO); 1.5 Post-Mahathir ..... is committed to carrying out a transformation programme as its main agenda based on approaches and .... Hidden categories: ...Oi, barua Umno Baru | uppercaise
uppercaise.wordpress.com/2013/03/.../barua-umno-ba...Translate this page
Mar 8, 2013 – Oi, barua Umno Baru .... Is EPF speculating? Truth, learning and global norms · Umno Baru's hidden agenda · 10 things Anwar must do ...
Umno 1946, Umno 1988 dan Umno masa depan...
Tetapi cuba bandingkan kemenangan Umno yang lama dalam pilihan raya
terdahulu iaitu pada tahun 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1981 dan
1986. Melihat sekali imbas pilihan raya yang dihadapi oleh Umno asal
ialah kejayaan besar mereka berbanding parti yang kini.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan