بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
SUMBER: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Kepada semua penjawat awam dan rakyat Malaysia..hentikan perbuatan zalim kepada yang bersuara kerana benar.
-We Are All Mejar Zaidi Ahmad-
Ada pula makhluk send benda ini - tidak diketahui tujuannya semata-mata provokasi sebagai meraih undi, seperti biasa menakut-nakutkan yang kadang-kadang kedangkalan ini boleh membuakkan rasa curiga, rasa kurang pasti dan ada rasa pecah belah. Permainan gaya ini sebenarnya sudah berpuluh-puluh tahun dimainkan, terutama waktu pilihan raya umum.
Islam diperkukuhkan pada diri masing-masing selaku muslim. In Syaa Allah, Allah S.W.T., sentiasa bersama kita. Dalam perlindunganNya, kerahamatanNya, keredhaanNya, kenikmatanNya dan keberkatanNya. Apa perlu kita takut?. Islam agama yang menganjurkan sikap dan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Islam bersaudara. Islam menganjurkan juga menghormati penganut agama lain.
Alhamdulillah aku seperti biasa bila jumpa hal-hal begini acap kali - sudah jadi perkara biasa - yang penting kekuatan kita kepada ajaran dan amalan Islam, mematuhi perentah dan larangan Allah S.W.T.. In Syaa Allah kita selamat dunia dan akhirat.
Dari zaman aku belasan tahun inilah juga bahan flashback yang dimainkan oleh sesetengah pihak, berulang-ulang cerita yang sama sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Mereka yang baru hidup mungkin sesak nafas, geram dan segala bagai emosi. Bukankah perkara ini membahayakan keamanan dan kerukunan bebilang kaum negara kita.
Peliknya semasa berkuasa sejak berpuluh-puluh tahun dahulu kenapa tidak diarah siasat untuk menghurai bahan berita begini, siapa gerangan punca cerita. Kalau tidak percaya, tengoklah kalau parti itu berkuasa lagi (In Syaa Allah tidak di izinkan Allah S.W.T., untuk terus berkuasa) perkara ini akan senyap semula begitu sahaja, tiada kesudahan.
Terang-terang nota-nota seperti itu menyalahi undang-undang, dengan kata lain boleh menjahanamkan keamanan negara. Nauzubillah Minzaliq. Masuk sahaja pasca pilihan raya, eh!, keluar lagi cerita dungu seperti dalam Butiran dibawah.
Please fwd!!!!!!PERHATIAN !!!Risalah ini adalah risalah asal dlm bahasa Cina yg telah saya alihkan ke dlm bahasa Melayu. Saya terima risalah ini semasa saya berada di Melaka. Oleh kerana saya boleh bertutur dlm bahasa Cina dan bergaul dgn org Cina mereka mengedarkan risalah ini kerana menyangka saya org Cina…
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa MelayuTajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan mengingatkan kita semua supaya menyedari hakikat matlamat perjuangan bangsa Cina Malaysia.
Malaysia harus berada dalam didikan Cina mulai masa ini telah meningkat maju hingga dapat menguasai pelbagai aspek pembangunan dan ini diakui oleh pemimpin Melayu sendiri. Orang Cina telah banyak mencapai kejayaan dan kekayaan. Wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi.
Kita dapat MEMBELI KERAKYATAN DENGAN HARGA RM50 SAHAJA. Saya ingin menyatakan bahawa kaum Cina patut bersepadu DEMI MERUNTUHKAN BANGSA MELAYU.Dahulu kini atau masa akan datang Malaysia akan berada di dlaam tangan bangsa kita, bangsa kita bangsa Cina.
PEMIMPIN MELAYU AMAT LEMAH DAN BANYAK YANG PANDAI BERLAGAK DARIPADA MENJAGA KEPENTINGAN BANGSA SENDIRI. Maka dengan adanya kesempatan ini perjuangan kita berhasil dan kemenangan dalam 20 arena politik dan tenaga sukarela kita.
Ayuh... kita hapuskan hasrat murni sesetengah pemimpin Melayu agar kedudukan kita tidak terjejas dan bangsa MELAYU TERUS MUNDUR DI BAWAH TELUNJUK KITA. Kita tanamkan sikap boros, murah hati dan suka memberikan pinjaman wang kepada bangsa Melayu agar mereka akan memuji tindakan kita dan mereka memuji orang Cina kaya dengan ilmu psikologi dan wang ringgit yang dapat menenggelami mata orang Melayu.
Hingga kini undang-undang diberi dan dibubarkan suara kita adalah utama. Pada masa ini, ramai pemimpin yang takut akan suara-suara kita tetapi orang yang paling kita takuti ialah DR MAHATHIR yang sekarang ini di belakang kerajaan.
Mari kita bersatu padu demi keuntungan dan perniagaan yg menjadi bidang bangsa Cina mulia.MULA-MULA KITA TUMPANG NEGARA ORG KEMUDIAN KITA JAJAH DENGAN CARA YG BERKESAN DAN RAPI.SEMUA PEMIMPIN DAP ADA MATLAMATNYA. INI MUNGKIN DALAM DUA ATAU TIGA PILIHANRAYA LAGI. KEMUDIAN KITA AKAN BERKUASA SEPENUHNYA DAN AKAN MEMECAH-BELAHKAN PEMIMPIN MELAYU YANG BODOH ITU.
Pemimpin orang Melayu itu sama seperti mereka berniaga iaitu modal banyak tetapi bodoh tidak mendapat keuntungan. Rancangan bangsa Melayu bodoh dan dikatakan tidak berjaya lembab, kerja lambat dan banyak menggunakan wang dan ini merugikan mereka sendiri SIKAP DENGKI ORANG MELAYU SENDIRI SEMAKIN MENINGKAT DAN MENYERONOKKAN KITA.Kita bangsa Cina jangan sayang wang ringgit kerana ini SENJATA KITA UTK MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA dan kita cuba sedaya upaya utk menjatuhkan perniagaan mereka.
Sehingga kini kita telah menjatuhkan 15% daripada perniagaan mereka.Kita mesti berjuang dan menjaga kaum kita. Kita jadikan orang Melayu kolot dan bodoh macam Papua New Guinea (macam org asli, macam orang binatang). Kemudian kita beri ubat dan racun agar mereka khayal dan asyik serta lahap pada orang Melayu. Biar kita bertolak ansur secara bangsa kita dan berpura2 hormat kepada mereka dan memanggil mereka Tuan atau Encik agar mereka kembang bontot (bangga).
Apatah lagi kalau kita memuji-muji mereka. KALAU PERLU MASUK ISLAM PUN TAK MENGAPA…Ini boleh jadi lebih baik kerana dapat menjalankan dakyah dalam diam-diam tanpa disyaki. Kita buat-buat percaya kepada agama mereka dan membiarkan mereka merasa bahawa kita menghormati mereka.Inilah senjata kita iaitu menjaga anak-anak kita dan generasi kita dari lembah DADAH kerana dadahlah yang merosakkan akhlak manusia.
KITA GUNAKAN DADAH UNTUK MEROSAKKAN ORANG MELAYU yang BAKAL MEMIMPIN NEGARA MEREKA HINGGA…sahaja hampir 60% kemajuan ini tercapai dgn selamat dari ilmu orang Melayu akan pudar dan tidak akan berguna lagi kerana dipengaruhi dadah yg kita beri.
Dalam 10 hingga 15 tahun lagi cerdik, pandai Melayu akan hilang dan generasi akan datang semuanya akan lemah dan hilang ilmu mereka.SAYA RASA TAKUT, DENGAN ILMU TAUHID DAN BATIN, TETAPI TELAH HILANG DAN DISEBABKAN FITRAH KITA. BIAR ILMU MEMPERTAHANKAN MEREKA YANG HANDAL-HANDAL ITU AKAN BERPECAH BELAH DAN SETERUSNYA KITA BUNUH ORANG MELAYU DAN KITA PECAH-BELAHKAN MEREKA DGN MENGGUNAKAN DAKWAH KERANA MEREKA BERPEGANG KEPADA DAKWAH AJARAN MEREKA YANG MUDAH DIPESONGKAN.
Ternyata kita telah Berjaya melakukan dgn mengelirukan pemimpin ABIM dan melagakan dengan “PAS”. Dengan ini kita dapat memecahkan parti PAS dan UMNO. Mungkin. Kita memecahkan pemimpin sama-sama mereka dalam kelompok yang lebih kecil lagi. Sabah dan Sarawak akan berpecah dari Malaysia atas angkara kita dan di bawah pimpinan Mahathir yg telah tua dan mementingkan diri sendiri.
Maka kita akan menjadikan Malaysia Negara kita apabila beliau tiada dan di sinilah berlakunya punca keruntuhan mereka seperti mana TUN ABDUL RAZAK DAN TUN DR. ISMAIL ORANG KUAT MELAYU yang telah tiada.Kita harus aktif dengan persatuan kita dan dari persatuan kita berdamping dan dapat tahu apa yg harus berlaku demi cita-cita kita.
Di sekolah sudahpun Guru-guru Cina memupuk rasa benci kalau boleh membunuh bangsa Melayu. Sepandai-pandai Melayu akhirnya Melayu hilang.Dari pandai-pandai murid melayu, hanya 20% hingga 30% yg berjaya. Lihat di hospital lebih 80% terdiri dair kaum Cina. Oleh itu ramai dapat menolong kita bergembira dan berusaha lagi supaya tidak terbuang peluang ini.
RAHSIA KERAJAAN, RAHSIA POLIS MAHUPUN TENTERA, KITA USAH RISAU, KERANA KITA ADA ORG DALAM. PEREMPUAN, JUDI, ARAK DAN DADAH SEMUA DAPAT MEMBANTU KITA… Adakah saudara Cina tidak bersemangat berganding bahu dgn saya? Saya yakin ini adalah benar.
Orang Cina terkenal dengan sikap bersatu padu dan berkelompok dari dulu lagi.Marilah kita sama-sama berjuang di samping pemimpin Cina yg berkaliber. DAP akan menjadi kuat, jadi kita akan mewujudkan semangat datuk nenek kita terulung di Malaysia.Pemimpin-pemimpin hebat kita sedang berusaha mahu menawan negeri Melayu yang kuat. Ini adalah Johor.
Bila yang paling kuat berjaya ditawan, negeri yang lain akan lagi senang. Kita pun sudah diberi bantuan Singapore.Kita dahulu yg pandai bersyarah di Melaka dahulu. Marilah kita memuji perjuangan Hang Li Poh dan laksamana Shing Ho Yang berjaya memikat dan membuktikan ada raja melayu dahulu yg senang diperdayakan dengan ramai orang Cina ke Melaka.
Inilah perjuangan kita.Saya sangat berharap agar semua orang Cina menumpaskan hak orang Melayu kepada hak org Cina. Bangunlah bangsa Cina dengan apa sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan.Kejayaan kita berasaskan kerjasama serta persefahaman bangsa Cina yang sememangnya cerdik pandai….Ke arah matlamat kita:….
MALAYSIA HAK ORANG CINA 10 TAHUN LAGI. PERHATIAN Org2 Melayu insaflah dgn catatan ini, drpd hamba Allah yg cintakan agama, bangsa dan tanahair.
**Buatlah salinan dan fwd kpd semua bangsa Melayu kita!!!! <<< siap buat saranan lagi.
Rumusan Admin:
Tetamu blog perasan tidak ayat ini - "di bawah pimpinan Mahathir yg telah tua dan mementingkan diri sendiri." ... tetamu blog sendiri tahu siapa Perdana Menteri Malaysia sebelum pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke 13 05-05-2013. Sepertinya satu nota ulangan dari beberapa kali pilihan raya yang terdahulu. (Klik Like tanda tetamu sependapat dengan admin).
Banyak cara lain untuk meraih undi secara berhemah sebenarnya. Bayangkan yang membaca ini manusia berusia budak-budak sekolah yang sudah pandai faham, awal remaja, remaja atau mereka yang baru pertama kali mengundi.
Perasaan sudah mula terbentuk sejak seseorang itu masih bayi lagi, lapar menangislah, hendak bercakap tidak pandai lagi. Sudah pandai bercakap dan sudah dewasa, buat cerita meraih simpati dengan mengadu domba dengan butiran yang ketara hanya rekaan semata-mata. Macam cerita fiksen.
Nota tersebut lebih merupakan kepada mengajak bangsa-bangsa saling berprasangka, was-was dan ragu-ragu tentang erti kejujuran masing-masing. Sebenarnya siapa yang tidak jujur?. Mungkinkah mereka yang bimbang kehilangan kuasa?.
Nota ini juga lebih kepada sikap individu yang mengamalkan tadbir urus secara pecah perentah. "If you say no <-> get loss - so you all, must be say yes everytime". Berapa ramai jutawan Melayu lahir, kalau bimbangkan ekonomi Cina yang lebih berupaya. Jutawan Melayu yang ada pun habis lingkup bengkrap dikerjakan. Sebabnya say "No".
Sekarang ini pun aku sudah nampak kaum India sudah mula jadi satu kuasa pemodal baru. Mudah kata Melayu ini kalau sudah kaya raya pun susah, sebabnya kalau ikut bahasa kampung orang Cina, asyik-asyik kena "pau" dengan tokoh-tokoh politik yang korup.
Selagi Melayu duduk depan dan Islam dibelakang nama Melayu, akan itulah hasilnya turun-temurun, walau pun pemimpin Melayu silih berganti atau pun parti Melayu yang lain pula menjadi penguasa. Islam dulu baru Melayu bukan Melayu Islam.
Besar harapan aku jenis-jenis permainan surat-surat, makalah-makalah dan pelbagai sudah lama aku jumpa sejak remaja dahulu dan itulah juga isinya tidak lari. Cuma diubah sedikitlah supaya nampak tidak sama tetapi motifnya tetap serupa.
Siapa yang tidak mahu Malaysia aman tenteram, tanahnya subur berkat pemimpin menegakkan Islam dalam keluarganya terlebih dahulu. Barulah pemimpin itu tegar Islamnya bila diberi amanah sebagai penguasa Kerajaan atau Pemerentah Malaysia.
Harapan aku selepas pilihan raya ini, penguasa yang beroleh kejayaan sebagai parti yang diamanahkan Kerajaan Malaysia, siasatlah siapa pereka surat atau berita tersebut dan penyebarnya. Supaya tidak seperti dulu, habis pilihan raya terus senyap dari perkara-perkara tersebut. Agaknya permainan merekalah menyebabkan mereka terus berkuasa dengan cara yang kurang moralnya.
Jangan jadi sesetengah pemimpin politik "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih", lebihnya ialah dia lebih derhaka kepada Raja-Raja Melayu. Bagusnya Raja-Raja Islam Melayu.
Teringat lagu "Anak Kecil Bermain Api, ..... Tanah jadi milik orang". Sudahnya orang yang "mengimarahkan" lagu tersebutlah yang menggadaikan segala bagai milik Malaysia. Singapura tergadai sudah, Pulau Batu Puteh, Dua Blok Minyak jadi milik Brunai dan Jual bersyarat kepentingan KTMB di Singapura.
Diam tak diam rupa-rupanya 3 harta Malaysia sudah jadi satu blok Singapura punya. Kalaulah lagu "Anak Kecil Bermain Api ... " itu dipadankan dengan apa yang telah terjadi, rasa-rasanya orang itu akan salahkan api sebab jauh dari kuali atau pun periuk belanga. Dia tetap tidak bersalah.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan