Ahad, 5 Mei 2013

465. Ahad 5 Mei 2013 Pilihan Raya Umum Ke 13 Negara Malaysia.

                                                      Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semua tetamu blog.

Hari ini satu lagi sejarah tercatit untuk Negara Malaysia. HARI MENGUNDI. Harapan aku semuga Allah S.W.T., melindungi Malaysia dari sebarang kacau ganggu yang akan melenyapkan erti keamanan. Sebenarnya hati aku rasa berdebar-debar. Debaran itu aku kembalikan kepada Allah S.W.T..

Sejak beberapa kali aku mengundi, inilah kali pertama aku merasai bahang kehebatan kempen. Jujur aku katakan ke dua-dua belah pihak memang sama-sama power. Jadi sedemikian rupa kerana selama ini parti penguasa cukup selesa tanpa tentangan sengit dari pihak yang dianggapkan pembangkang.

Rupa-rupanya setelah 55 tahun, team yang sering menjadi pembangkang mengambil masa untuk bersatu. Lama. Menariknya dalam pada hendak bersatu, asyik-asyik kena provok dengan pihak penguasa kerajaan. Pihak lawan yang memang tidak ingin melihat parti lawannya itu bersatu. Bersatu parti lawan seperti kesatuan komponen partinya, bererti parah masa depan politiknya. Parah sebab sudah ada yang boleh menandinginya.

Pilihan raya kali ini pun ada sedikit pelik dan ada kelainannya. Dari segi pemasangan sepanduk atau bahan-bahan kempen, kelihatannya Barisan Nasional mendahului parti lawan. Kebiasaannya parti lawan Barisan Nasional yang mendahului aktiviti tersebut. Awal-awal lagi sebaik sahaja pembubaran, jentera parti bahagian pemasangan bahan kempen BN telah memulakan kerja.

Sebentar lagi kira-kira tidak sampai 3 jam lagi pintu tempat mengundi mula dibuka. In Syaa Allah pastinya awal malam dan sehingga lewat malam nanti, akan diistiharkan satu persatu keputusan DUN dan Parlimen sehingga selesai dan diketahui parti mana yang berjaya mengambil amanah sebagai wakil Kerajaan Malaysia.

Menjadi harapan aku, mana yang menang bersyukurlah kepada Allah S.W.T.. usah buat sikap budak-budak tidak cukup umur. Begitu juga pihak yang tewas, terimalah hakikat seadanya. Yang penting selaku pemimpin politik sama-sama jaga, nasihatkan dan ingatkan orang-orangnya dan penyokong-penyokongnya supaya tega dengan sebarang keputusan.

Usahlah bila menang jadi megah dan lupa diri. Fikirkan tanggung-jawab jadi pemimpin Negara Malaysia bukan perkara enteng. Berat amanahnya lebih-lebih lagi bagi pemimpin Islam. Bagi pemimpin yang lain patuhlah agama masing-masing. Yang kalah belajarlah, untuk menang di lain masa. Adat ada menang ada kalah. Terima hakikat kehidupan sebaik-baiknya. Setiap kekalahan ada di antaranya nanti bertindak sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Biar masing-masing jadi Pihak Kerajaan yang kuat dan Pembangkang yang hebat. Kedua-dua pihak kena jujur. In Syaa Allah Malaysia semakin indah, semakin sejahtera dan semakin bersatu padu rakyat jelatanya, sebab pemimpin politik semakin Islam, matang, bijak dan berkarisma.

Wassalamu.

                                                             Rupa Google sempena PRU13

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: