Pokok Kisah Sebagai Sandaran Muhasabah Diri Kerana Allah S.W.T..
"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang
tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan
apa-apa untuk rakyat.
06 Mei, 2013.
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan
kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13
tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum
Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah
dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan
rakyat.
"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai
kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak
fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita
pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri
Bendahara di sini.
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada
Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167
undi.
Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.
BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun),
kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu
menggantikan beliau dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya". ~bernama
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan