"Islam Agama Allah dan menghendaki setiap hambaNya menuruti perentah dan
laranganNya. Selagi hidup dan berjuang dengan mengutamakan untuk
memartabatkan Melayu, semangat Melayu dan ketuanan Melayu - selagi
itulah sifat-sifat buruk laku yang diketahui dan yang disembunyikan,
tidak akan terbendung kepunahannya akibat mamahannya dengan gaya
kononnya berdikit-dikit supaya orang tidak nampak, tetapi yang
sebenarnya memang gelojoh dan tamak haloba". Sangkanya hanya "ah!, orang tak
nampak". Sedangkan Allah Maha Melihat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha
Berkuasa. Itulah kerajaan sebenarnya dalam Islam - Kerajaan Allah
S.W.T..
Nota ini bukanlah nota yang mengaitkannya dengan Kerajaan Malaysia. Tetapi kepada gaya Umno yang seumpama "Ketam mengajar anaknya berjalan betul" atau "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". (Memperjelaskan perbezaan berparti di Malaysia).
PAS sebenarnya pernah bergabung dengan Umno satu ketika dahulu (Search Google) dan carilah sebab-sebab perpecahan gabungan tersebut. (Dapatkan sumber dari ke dua-dua pihak dan pelbagai sumber yang berkecuali).
Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Islam Umno dan memperjuangkan Islam tolak Hudud. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. (Islam dengan yang bukan Islam).
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? (malah UMNO pernah berbunuhan sesama sendiri rebut jawatan.. Kes Mokhtar Hashim & Dato Taha adalah buktinya - GB). (Bunuh)
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. (Masjid dan Surau)
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. (Tujuan disebalik syarat tauliah)
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. (Tanpa bicara dan penafian hak asasi kemanusiaan)
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja.Ini angkara siapa?. (Tanah Rezab Melayu dan penggadaian wilayah dan kepentingan Malaysia).
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?. (Bahasa Melayu dan PPSMI)
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. (Penafian hak)
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS. (Persefahaman dan Kesepakatan).
11) DAP tidak bersikap begini - Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung. (Berkepentingan)
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?. (Double Standard).
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas nama perkauman atau Assobiyyah. (Semangat Melayu dan ketuanan). Dalam DAP ada ahli-ahli dan wakil rakyat Islam Melayu. Cuba tanya MCA dan MIC sekutu rapat Umno.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekali pun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. (Kezaliman, Penindasan dan Penafian).
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat. (Pembaziran dengan bercontohkan perbezaan nilai RM yang disebut harga sesuatu projek dengan nilai sepatutnya untuk projek tersebut).
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. (PAS, DAP dan PKR, Tiada rekod penderhakaan kepada Raja dan Sultan sebagaimana yang dilakukan oleh Umno).
ISLAM Melayu Wakil Parti Dap.
Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 ini adalah penyebab utamanya.
Pautan asal (Sumber): Sebab-Sebab PAS Berkawan Dengan DAP Terbongkar. dan diedit mengikut kesesuaian pendapat peribadi admin blog ini.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan