"Islam Agama Allah dan menghendaki setiap hambaNya menuruti perentah dan
laranganNya. Allah Maha Melihat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha
Berkuasa. Itulah kerajaan sebenarnya dalam Islam - Kerajaan Allah
S.W.T..
Minta PBB buat siasatan ada yang kata minta kuasa luar, minta kuasa besar kacau ganggu politik Malaysia - TIDAK BOLEH, salah konon. Bila Ada pihak minta warga asing yang di IC kan mengundi partinya dengan imbuhan wang dan pelbagai kemudahan hingga ke teket burung besi atau belon HALAL dan DIBOLEHKAN. Pada hal ada antaranya baru 2 hari di Malaysia.
Kebahagiaan, kesenangan, kemenangan serta kehilangan dan kesangsaraan, kesusahan, kekalahan serta kelahiran BUKAN milik kita sebenarnya - Semuanya dari Allah S.W.T.. jua kerana Dia Maha Hak, Maha Pencipta, Maha Pemilik - So sesuatu itu Qhadaq dan Qhadar Allah S.W.T.. dan jauh sekali sebagai NASIB kerana nasib akan membawa kita ke alam thoghut.
Islam mewajibkan umatnya patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T.. Cakap tak serupa bikin, bukan amalan Islam. Waspadalah dengan manusia yang hipokrit, mohon sentiasa perlindungan Allah S.W.T., supaya kita tidak terpedaya dengan manusia penipu, bermuka-muka dan penjenayah, seumpama kata bidalan seperti, talam dua muka, gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan harapkan pagar, pagar makan padi.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan