Khamis, 9 Mei 2013

485. Berita Baik dan Berita Duka - Untuk Orang Di Sini/Di Sana dan Untuk Orang Di Sana/Di Sini.

Ada pihak di sini menjadi duka disebalik kemenjadian berita baik pihak di sana. Ada pihak di sana menjadi duka disebalik kemenjadian berita baik pihak di sini. Bagus juga meneropong dan menerawang olahan atau sebaran berita.


Selagi namanya Melayu atau Malay jauh bezanya dengan Islam. Itulah mudahnya Malay jadi porak peranda berantakan. Puncanya kadang-kadang seperti budak-budak Malay bergaduh berebut gula-gula yang ditabur oleh orang Malay dewasa yang senteng.

Orang Islam memberi atau bersedekah tidak akan sesekali menaburkan barangan yang hendak disedekahkan, melainkan diserahkan dengan lafaz dan niat yang cukup cermat mengikut perentah dan larangan Allah S.W.T.. Orang Islam mengamalkan seumpama tangan kanan bersedekah tanpa pengetahuan si tangan kirinya.
=============================
=============================
Layaran: 
============================
Layaran:
Ada yang tanya agaknya mana satu PAS dapat, DAP dapat dan PKR dapat - biasalah bila Malay tanya. Sangka baik ajelah ikut ajaran Allah patuh Perentah dan LaranganNya.
=====================================
=====================================
Teringat aku dulu bai - kursus BTN ada lagu Anak kecil main api lagi ... badan dah lah penat sebab baru lepas jugle tracking and ikhtiar hidup - time lunch ada la provokasi entah dari pihak mana "kata makanan tengah hari peserta semua telah diracun". Aku memang ngah lepak masa tu sambil baring-baring di kaki pergunungan. Tiba-tiba suasana hingar bingar. Dapatlah aku punca kejadian. Aku relax lagi. 

Dah dekat 5 minit bertekak sesama sendiri, kononnya kerana percaya khabar-khabar angin. Aku bangun dan buat ucapan sepatah dua kata sebelum aku "meninggal dunia". 

Selepas memberi salam, maklum semua Malay. (Kalau Islam tak kan bertekak pasal nak lunch - lagi pun sikap dan bahasa Malay bab makan ni pelek-pelek - sindir menyindir bab makan pun ada - kira kasar dan kesat bahasa bila bab makan pun ada). Yang dalam kurungan tu aku tak la masukkan dalam ucapan - maut aku nanti. 

Saudara-saudara Islamku sekelian (peserta semua lelaki) andai hari ini hari penghabisan hayatku, uruskanlah jenazahku sebagaimana sepatutnya sebagai seorang Islam. Maaf dan Terima kasih saudara-saudara Islamku. 

Habis berucap aku ke khemah lunch - baca Bismillah baca doa makan, aku pun makan sebagaimana sepatutnya sebagai seorang Islam. Makan buah-buahan dulu. Yang lain tengok je kalau-kalau aku maut kena makanan beracun. Dekat hendak sudah barulah masing-masing beratur untuk lunch bila tengok aku tak mati-mati. Masa itu usia aku 27 tahun, kira kalau mati masa tu mati mudalah ... 
=====================================


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 








Tiada ulasan: