Jumaat, 10 Mei 2013

Mengamal untuk keredhaan Allah S.W.T.. 486


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
1). Doa kuat beribadah dan terjaga dalam ketaatan kepada Allah S.W.T.. 

::- Doa supaya kuat ibadah dan terjaga dalam ketaatan -::

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma a'innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibaadatika.

Artinya : "Ya Allah, Bantu aku untuk mengingat-Mu (berdzikir), dan bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu." 


Allahumma aamiin : Ya Allah kabulkanlah doa kami.

Semoga Allah selalu meneguhkan hati kita dalam keimanan dan ketaatan kepada-Nya. 

==========================================================
2). 10 Surah Al Quran - Keistimewaan Yang Allah S.W.T.. kurniakan. 

-=|[ 10 Surah Al-Qur'an Dapat Menghalangi Dari 10 Ujian Besar Allah SWT ]|=- (R)

1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT..

2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3. Surah Dukhan dapat membantukita ketika menghadapi ujian AllahSWT pada hari kiamat.

4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir.

5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di alam kubur.

6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7. Surah Al-Kafirun dapat menghalangi kita menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita menjadi golonganmunafiq­..

9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10. Surah An-Nas dapat melindungi kita dari penyakit was-was.

===========================================
3). HATI-HATI PERANGKAP HUTANG

"Jiwa seorang mukmin ditahan kerana hutangnya sehingga dilunaskan." (HR. Tirmizi)

Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama para sahabatnya mengebumikan jenazah. Mereka duduk sambil merenungi kematian. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w mendongakkan kepala baginda ke langit, kemudian menepukkan dahinya dengan telapak tangan.

Rasulullah s.a.w pun spontan berkata , "Subhanallah, betapa berat ancaman yang diturunkan."

Para sahabat yang hadir terkejut mendengar Rasulullah tiba-tiba berkata seperti itu. Membuak rasa hairan dan ingin tahu berada dalam kepala sahabat, apa maksud ungkapan Nabi Muhammad s.a.w itu. Namun mereka hanya diam, tidak ada berani bertanya. Barulah keesokan harinya seorang sahabat bernama Muhammad bin Abdullah bin Jahsy r.a. bertanya, "Wahai Rasulullah ancaman berat apakah yang turun?"

Kemudian, Rasulullah s.a.w pun bersabda, "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya seorang lelaki terbunuh fi sabilillah kemudian dihidupkan kembali, kemudian terbunuh, kemudian dihidupkan kembali, kemudian terbunuh sedangkan dia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga hutangnya dilunaskan."

Tidak tertutup kemungkinan seorang mukmin boleh terjebak dalam perangkap hutang. Ketika berhadapan dengan masalah kewangan, memilih untuk berhutang menurut sebahagian orang adalah satu penyelesaian alternatif. Walaupun demikian, seorang mukmin perlu mengetahui dan menyedari bahawa berhutang mempunyai kesan mudarat (bahaya) yang luar biasa. 

===================================
4). Hadis palsu!.

Haram menyebarkan hadis palsu kecuali untuk memberitahu mengenai kepalsuannya. 


Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." (Muttafaqun 'alaih).
========================================
5). Ganjaran kebaikan dari Allah S.W.T..

::- Balasan Kebaikan dari Allah -::

Allah Ta'ala berfirman :
“Sungguh, Allah tidak akan menzhalimi seseorang walaupun sebesar dzarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil dzarrah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya”. (QS. An-Nisaa’: 40)

(*) Dzarrah adalah sesuatu yang terkecil dan teringan.
Maksudnya : Allah tidak akan mengurangi pahala orang-orang yang mengerjakan kebajikan walaupun sebesar dzarrah, bahkan kalau dia berbuat baik pahalanya akan dilipatgandakan oleh Allah. 

=============================================================
6). Memisahkan Islam dengan Politik.
====================================================
7). Fitrah Hidup Di Jumaat (malam dan siangnya).

::- Amalan di malam Jum'at & hari Jum'at -::

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Perbanyaklah shalawat kepadaku pada pada hari Jum'at dan malam Jum'at. Barangsiapa yang bershalawat kepadaku satu kali niscaya Allah bershalawat kepadanya sepuluh kali." (HR. Al Baihaqi, shahih).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi, shahih).

Di antara bentuk shalawat yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah :

Allahumma shalli 'alaa Muhammad wa 'alaa aali Muhammad, kamaa shallaita 'alaa Ibrahim wa 'alaa aali Ibrahim, innaka Hamiidum Majiid. Allahumma barik 'aala Muhammad wa 'alaa aali Muhammad, kama baarakta 'alaa Ibrahim wa 'alaa aali Ibrahim, innaka Hamiidum Majiid.

Mari kita amalkan. Semoga Allah memudahkan kita untuk mengamalkannya. Aamiin.

==================================================
8). 5 Perkara Penambah Baikkan orang Islam. 
[Hikmah Ibn Qayyim]

5 hal yang semakin menambah baiknya dengan 5 hal

• Sihat dengan hidup yang damai.
• Berpergian jauh dengan ditemani sahabat yg baik.
• Keelokan paras diikuti dengan keelokan akhlaq.
• Tidur dengan keadaan fikiran tenang.
• Malam hari dengan dzikir kepada Allah. 


[Ibn Qayyim al-Jauziyyah]
============================
9). Zikir waktu pagi.

=================================
10). Zikrullah.

=================================
11). Wahai aku ingatlah Dua Kalimah Syahadah "Sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw pesuruh Allah".

-=|[ HANYA 3 PERTANYAAN ]|=- (R)

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pert­anyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh­ tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.


=========================================

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 


Lain-lain pautan: current.com 

Tiada ulasan: