بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Selamat Pagi Tuan <---> Pengucapan ini sering diguna pakai semasa sesebuah negara dijajah. Persepsinya ialah pengucapan tersebut adalah wajib dan tiadanya pengucapan tersebut akan menjadi satu bahan teguran dan besar kemungkinan menjadi satu kesalahan dan boleh dihukum.
Mentaliti si pengucap dan pendengar serta penerima pengucapan tersebut adalah berbeza dan memberikan kesan besar kepada individu mengikut kedudukan masing-masing. Sama ada mewakili sebagai rakyat negara yang terjajah, khalayak negara terjajah, khalayak penjajah atau wakil penjajah.
Kesannya cukup mendalam. Bagi rakyat negara yang terjajah dan golongan majoritinya yang tidak kisah akan mengucap "Selamat Pagi Tuan" dengan selamba. Agaknya hanya memikirkan "aku bekerja dengan tuan dan aku perlu hormati dia".
Kalau ikut bahasa ramai sekarang, antaranya "Ada aku kisah", "Aku peduli apa" dan "Tahu tak apa". Yang penting aku dapat gaji, ada pendapatan. Aku sokong mana yang menang, peduli apa yang kalah.
Dalam pada itu sanggup pula jadi tali barut, dalam pada tak kisah, tak peduli dan tahu tak apa. Puncanya imbuhan yang diperolehi.
Tidak disedari "tuan" yang disangka tidak kisah, memiliki versi, visi dan missi bersamaan dengan tarafnya sebagai penjajah. Yang lebih malang penjajah akan beroleh kejayaan cemerlang kerana berjaya mencuit, mengusik dan mempersenda cara hidup khalayak yang dijajah.
Tambah malang lagi kehormatan perempuan dan lelaki yang terjajah pun habis terobek sama. Akibat "buat bodoh", "buat tak reti" atau "buat tak tahu". Belum lagi sentuh bab Agama.
Akhirnya tanpa disedari agama dan kepercayaan khalayak terjajah pun berjaya dikucar-kacirkan dengan aturan dan tegahan tertentu dalam diari hidup mereka. Mendukacitakan setelah negara tersebut merdeka, masih ada warisan tinggalan penjajah tersebut.
Jadi satu kebanggaan pula kerana dapat bekerja dengan tuan penjajah dalam tiada sedar. Malah menjadi bahan cerita apabila pulang ke rumah setelah selesai kerja harian. Sibuklah bercerita yang gah dan yang buruk tentang tuan itu tadi kepada keluarganya, jirannya dan canangan kepada masyarakat keliling.
Penjajah semakin lama semakin berjaya meresapkan gaya hidupnya ke dalam jiwa masyarakat setempat. Berjaya menerapkan resepi dan nilai-nilai murni mereka "Yes Man" berkurun-kurun lamanya dan menjadi warisan dalam jiwa bekas anak didik jajahnya. Tiada istilah "no". "No way" adalah, "tuan" yang bertegas menjawab.
Kalau ada yang tidak percaya lihatlah telatah "big brother", "big mama", "boss-boss", "taukeh-taukeh" dan "big boss" sekarang ini. Yes or No ... sampaikan ada yang sanggup edit jadi "Yes" bagi jawapan "No"., dari lontaran soalan big boss pihak mereka. Inilah yang dinamakan semangat ketuanan. Hamba abdi di zaman awal penjajahan Amerika Syarikat, mana boleh "say no". Memang kena tembak, tak pun kena pancung.
Terjadilah aturan, larangan, undang-undang, ugutan, cercaan dan penghinaan terhadap Islam, yang di warisi dari penjajah. Dengan pelbagai istilah yang dibudayakan seperti "Fatwa", "Amanat", "Pertubuhan Haram", "Ajaran Sesat", "Taksub", "Tafsir Semula Al-Quran Mengikut Peredaran Zaman" dan segala bagai.
Pejuang Islam dipanggil pengkhianat, penderhaka dan segala bagai istilah selain dari diburu, dihukum bunuh dan jenazahnya dihinakan oleh penjajah. Akhirnya lembu punya susu, sapi dapat nama. Nama-nama pejuang Islam terkambus dimamah usia dunia yang semakin mengurang sebelum perentah Allah, kiamat.
Setelah berjaya melakukan penghapusan roh Islam dalam jiwa rakyat yang dijajah, penjajah meninggalkan tanah jajahannya. Merdekalah tanah air itu dengan tinggalan warisan yang memperlekeh roh Islam.
Akhirnya samangat bangsa lebih gah dari roh Islam yang menyatakan Islam bersaudara dan hormat agama lain. Islam agama Allah yang mewajibkan umatnya patuh perentah dan larangan Allah S.W.T.. semakin tenggelam dengan semangat bangsa yang tidak ada nilai untuk dibawa ke muka pengadilan di Padang Mahsyar.
Penjajah juga berjaya mengkekkan, mengkuihkan, melaukkan dan meninggalkan semangat ketuanan yang sebati dan dijana sehingga ke hari ini dengan hanya kata ucap yang bermula "Selamat pagi tuan". Lebih tidak karuan yang kononnya sesama Islam., ucapan "Selamat Malam Sayang" sudah menjadi "sebatian" dalam jiwa.
Benarlah kenyataan Hadis Nabi saw., tentang "Tanda-tanda Kiamat Kecil" antaranya ialah ucapan "Assalamualaikum wbt" akan hanya diucapkan kepada yang dikenali sahaja.
Rasa malu dan rasa kekok menerajang lubuk hati, kalau ucapan Assalamualaikum wbt itu diucapkan kepada orang Islam yang dia tidak kenal, sedangkan Islam itu bersaudara. Tambah menyedihkan sudah ada arahan dari "tuan", "tak payah salam-salam" (jabat tangan), nanti buang masa atau bahasa lembut kononnya "nanti ambil banyak masa".
Ukhwah dan Hak-Hak Muslim
Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu di sini *kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali*. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya yang muslim. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.
~Riwayat Imam Muslim~
Hadith ini merupakan antara amanat terakhir Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Ada sumber yang mengatakan hadith ini diucapkan sewaktu khutbah wida’. Di dalam hadith ini, Rasulullah mengajar umat Islam supaya mementingkan perpaduan dan mengamalkan adab-adab dan tatasusila terutama sekali sesama Muslim.
Perpaduan adalah salah satu intipati terbesar dalam Islam. Di dalam al-quran, terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa umat Islam supaya bersatu. Antaranya, dalam surah al-‘Imran: 103:
‘Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..’
Dan di dalam surah At-Taubah ayat ke 71, Allah menyebut:
‘Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi ‘awliya’ (setia atau penolong) bagi sebahagian yang lain.’
Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam al-quran yang menyeru ke arah perpaduan, dan banyak juga ayat yang melarang perpecahan. Kita dapat melihat ayat-ayat ini dalam surah ali-Imran: 103, seperti yang disebut tadi.
Terdapat banyak juga hadis yang menyeru umat Islam supaya bersatu. Di dalam satu hadis yang direkod oleh Imam Muslim:
‘Sesungguhnya Allah menyukai 3 perkara untuk kamu dan mengharamkan 3 perkara untuk kamu. Dia menyukai kamu menyembahNya dan meleraikan segala perkara denganNya, kamu berpegang teguh pada tali Allah dan kamu tidak berpecah. Dan Dia tidak tidak menyukai bercakap-cakap kosong, terus-menerus bertanya, dan membazir kekayaan.’
Pengajaran:
Agama Islam adalah agama yang harmoni dan sangat mementingkan keamanan dan perpaduan sesame umat Islam. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil secara terus dari hadis ini.
1. Jangan saling berdengki.
2. Jangan saling menipu.
3. Jangan saling membenci.
4. Jangan saling membelakangi.
5. Jangan menjual di atas penjualan orang lain.
Perkara-perkara yang dinasihati Nabi s.a.w. tersebut semuanya berkaitan dengan hak-hak seorang Muslim. Seorang Muslim mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh Muslim yang lain. Perkara-perkara yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan antara penyakit hati yang sangat mudah untuk berlaku di dalam kehidupan seharian kita di mana jua. Justeru, biarpun kelihatan perkara kecil, Rasulullah mengingatkan umat Islam untuk menjaga perkara-perkara ini sebagai hak seorang Muslim.
Rasulullah s.a.w. menyambung nasihat baginda dengan bersabda:
‘Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara’
Hendaklah umat Islam saling bergaul dan memperlakukan orang lain seperti saudara dalam kecintaan, kasih sayang, keramahan, kelembutan dan tolong-menolong dalam kebaikan dengan hati ikhlas dan jujur dalam segala hal.
Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, mendustanya dan menghinanya.
Inilah indahnya ajaran Islam. Rasulullah menekankan bahawa seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain. Agama Islam mempersaudarakan umatnya atas talian aqidah yang suci. Dan inilah dia talian yang diiktiraf oleh Allah di dalam al-quran.
Betapa Islam sangat menghargai harga dan nilai seorang Muslim. Menelantarkan di sini bermaksud tidak member bantuan dan pertolongan. Maksudnya, jika ia meminta tolong untuk melawan kezaliman, maka menjadi keharusan saudaranya sesame Muslim untuk menolongnya jika mampu dan tidak ada halangan syar’i.
Taqwa
Akhir sekali, setelah baginda mengingatkan tentang hak-hak dan adab-adab seorang Muslim, Rasulullah mengaitkan pula kesemua perkara ini dengan taqwa. Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bahawa perkara yang membezakan seseorang dari seorang yang lain ialah taqwa. Orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah, meskipun dipandang rendah oleh orang lain.
Nilai seorang Muslim
Harga
seorang Muslim sangat tinggi dan tidak boleh diperkotak-katikkan orang
lain. Setiap Muslim mempunyai hak dan wajib dihormati dan dijaga haknya.
Islam sangat melarang seorang Muslim untuk merendah-rendahkan seorang
Muslim yang lain.
Subhanallah.. Indahnya agama Islam...
Subhanallah.. Indahnya agama Islam...
Sumber:
Waris yang perlu diwasiatkan tentang roh Islam dengan mengabaikan semangat bangsa dan semangat ketuanan. Roh Islam menyakinkan umatnya tiada pecah belah kerana telah tertulis didalam kepatuhan kepada perentah dan larangan Allah S.W.T..
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan